LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT LAPORAN TAHUNAN 2023

Memupuk pengauditan bebas berkualiti tinggi bagi memelihara keyakinan terhadap kualiti dan keandalan penyata kewangan teraudit entiti berkepentingan awam dan kumpulan wang jadual di Malaysia.

PERUTUSAN PENGERUSI

Pengiktirafan yang diterima daripada CG Watch 2023 mengukuhkan kedudukan AOB sebagai pengawal selia audit
yang dipercayai dan dihormati di rantau ini. Pengiktirafan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa kepimpinan teguh semua ahli lembaga kami dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada pasukan pengurusan kami untuk menyokong kualiti audit.

SOROTAN

SOROTAN UTAMA FUNGSI TERAS LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT PADA TAHUN 2023

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales. 

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales. 

PENDAFTARAN

MENGUKUHKAN JANGKAAN KAWAL SELIA

  • Memperkenalkan Garis Panduan Mengenai Kewajipan Berterusan untuk Juruaudit Berdaftar untuk memastikan pemantauan dan penyeliaan yang lebih baik ke atas juruaudit berdaftar
  • Mengeluarkan AOB Alerts kepada Jawatankuasa Audit (AC) berkaitan perkara mengenai kualiti audit untuk membantu AC berkenaan tanggungjawab pengawasan mereka pada juruaudit
  • Mendaftar dan mengiktiraf 34 juruaudit individu baharu, 1 firma audit baharu dan 1 juruaudit individu asing baharu
  • Memperkukuh ekosistem pelaporan kewangan melalui siri Perbincangan AOB dengan Juruadit, AC dan Pelabur
  • Membina kapasiti dan keupayaan juruaudit berdaftar AOB dengan memudahcarakan program latihan bersasar

PEMERIKSAAN

MEMPERKUKUH FOKUS PADA PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO

  • Memeriksa 15 firma audit, 50 rakan kongsi dan 50 tugasan audit
  • 22 kes rujukan telah diselesaikan

PENGUATKUASAAN

HASIL PENGUATKUASAAN TERTUMPU DAN BERKESAN

  • Menetapkan kualiti melalui tindakan penguatkuasaan - 3 rakan kongsi audit dicela, dilarang menerima pelanggan audit entiti berkepentingan awam (PIE) dan kumpulan wang jadual dan sejumlah RM75,000 penalti kewangan telah dikenakan
  • Meningkatkan ketelusan dalam komunikasi - maklumat tambahan mengenai tindakan penguatkuasaan diberikan dalam siaran akhbar untuk memberi pemahaman yang lebih baik tentang

RM905.5

billion

RM519.5

billion

RM4.8

billion

RM39.3

billion

345
Registered individual auditors
12
Recognised individual auditors
41
Registered and recognised audit firms
Audited
1,203
PIEs
RM1,718
billion market capitalisation
Audited
1,203
schedule funds
RM716
billion NAV
Malaysia Menduduki Tempat Pertama dalam Kategori Juruaudit dan Pengawal Selia Audit dalam CG Watch 2023

Malaysia terus menduduki tempat pertama untuk kualiti juruaudit dan pengawal selia audit dalam Corporate Governance (CG) Watch 2023 yang dikeluarkan oleh Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia (ACGA). Malaysia memegang gelaran ini buat penilaian ketiga secara berturut, dengan peningkatan enam mata daripada skor sebelumnya.
CG Watch 2023 merupakan hasil tinjauan dwitahunan oleh ACGA dan CLSA Ltd ke atas 12 negara Asia termasuk Australia. Negara-negara dinilai berdasarkan kategori seperti tadbir urus kerajaan dan awam, penguatkuasaan, peraturan tadbir urus korporat, pelabur dan juruaudit serta pengawal selia audit. Skor Malaysia sebanyak 92 dalam kategori juruaudit serta pengawal selia audit jauh melebihi skor purata 74 oleh 12 pasaran serantau.
Kedudukan ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha AOB dan keberkesanan rangka kerja pengawasan audit di Malaysia.
Profil Juruaudit Individu dan Firma Audit yang Berdaftar dan Diiktiraf AOB
 setakat 31 Disember 2023
374
Juruaudit
individu
berdaftar
13
Juruaudit
individu
diiktiraf
41

Firma audit
berdaftar dan
diiktiraf

Mengaudit
1,256
PIE
RM1,744
BILION
Pemodalan Pasaran Syarikat Awam Tersenarai (PLCs)
Mengaudit
1,399
Kumpulan Wang Jadual
RM696
BILION

Nilai Asset Bersih (NAV)

Pemantauan dan Penyeliaan Juruaudit Pie dan
Kumpulan Wang Jadual

Pendaftaran dan Pengiktirafan Firma Audit dan Juruaudit Individu

Pengawasan AOB ke atas juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual dilakukan melalui pendaftaran, pemeriksaan dan
fungsi penguatkuasaan.

AOB telah mendaftar dan mengiktiraf 41 firma audit dan 387 juruaudit individu yang berdaftar dan diiktiraf.

Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan dan
Inisiatif Pembangunan Kapasiti

Libat Urus dan Perbincangan Tentang Kualiti Audit

Libat urus proaktif dengan pihak berkepentingan utama termasuk juruaudit, penyedia penyata kewangan, jawatankuasa
audit, pelabur dan rakan pengawal selia adalah penting untuk menggalakkan pelaporan kewangan dan amalan audit
berkualiti tinggi. Libat urus ini membantu AOB untuk lebih memahami keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan
ini dan menyelaraskan usaha untuk impak maksimum.

Menyokong Penggunaan dan Pelaksanaan Piawaian

Pembangunan dan Pelaksanaan Piawaian dan Peraturan

Pembangunan piawaian perakaunan dan pengauditan dan pelaksanaan seterusnya adalah penting untuk
meningkatkan tahap kualiti audit.

Selaras dengan usaha mempengaruhi kualiti audit dengan mengukuhkan profesion perakaunan, AOB mengambil bahagian sebagai pemerhati dalam mesyuarat yang diadakan oleh Lembaga Piawaian Pengauditan dan Jaminan (AASB) dan Lembaga Piawaian Etika (ESB) Institut Akauntan Malaysia (MIA).

AOB membantu merapatkan jurang antara industri dan profesion dalam memahami cabaran berbeza yang timbul daripada isu perakaunan dan pengauditan semasa, dan juga menyumbang pandangan mengenai hal-hal yang perlu diberikan perhatian.

Penyata

Pernyataan daripada ahli-ahli Lembaga Pemantauan Audit dan penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023

Lembaga AOB terdiri daripada Pengerusi Bukan Eksekutif, Pegawai Eksekutif, dan lima orang Ahli Bukan Eksekutif lain yang dilantik oleh SC. Ahli Bukan Eksekutif merupakan wakil daripada pengawal selia iaitu BNM dan SSM, profesion perundangan, profesion perakaunan dan sektor swasta. Pegawai Eksekutif bertanggungjawab ke atas pentadbiran harian AOB.

Pengerusi Bukan Eksekutif AOB dilantik untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun manakala Ahli Bukan Eksekutif Lembaga dilantik untuk tempoh tidak melebihi dua tahun. Pengerusi Bukan Eksekutif dan Ahli-ahli Bukan Eksekutif layak untuk lantikan semula setelah tamat tempoh perkhidmatan mereka.

Lain-Lain

Akronim dan Singkatan

MUAT TURUN LAPORAN


Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup