Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan dan Inisiatif Pembangunan Kapasiti

Libat urus proaktif dengan pihak berkepentingan utama termasuk juruaudit, penyedia penyata kewangan, jawatankuasa audit, pelabur dan rakan pengawal selia adalah penting untuk menggalakkan pelaporan kewangan dan amalan audit berkualiti tinggi. 

Libat urus ini membantu AOB untuk lebih memahami keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan ini dan menyelaraskan usaha untuk impak maksimum.

Pada tahun 2023, AOB bekerjasama dengan MICPA untuk menganjurkan bengkel untuk juruaudit berdaftar AOB untuk membincangkan penemuan lazim
yang ditemui semasa pemeriksaan firma audit dan tugasan audit.

Bengkel ini adalah sebahagian daripada siri inisiatif pembinaan kapasiti berterusan yang dijalankan oleh AOB untuk membantu profesion audit.


Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup