Pemantauan dan Penyeliaan Juruaudit Pie dan Kumpulan Wang Jadual

Pengawasan AOB ke atas juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual dilakukan melalui pendaftaran, pemeriksaan dan fungsi penguatkuasaan.

AOB telah mendaftar dan mengiktiraf 41 firma audit dan 387 juruaudit individu yang berdaftar dan diiktiraf.


Garis Panduan Mengenai Kewajipan Berterusan untuk Juruaudit Berdaftar (Garis Panduan) yang menggariskan kewajipan yang mesti dipatuhi oleh juruaudit berdaftar, telah dikeluarkan pada 2023. Perkara ini menurut seksyen 31E(1)(a) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) yang menyatakan tanggungjawab AOB termasuk
melaksanakan dasar yang menyumbang kepada sistem pengawasan audit yang berkesan di Malaysia.

Objektif Garis Panduan ini ialah untuk mengukuhkan rangka kerja bagi juruaudit berdaftar dan memastikan
pemantauan dan penyeliaan yang lebih baik terhadap juruaudit berdaftar.

AOB menjalankan pemeriksaan ke atas juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual untuk menggalakkan audit berkualiti tinggi dan penyata kewangan teraudit yang boleh dipercayai.

Maklumat mendalam tentang program pemeriksaan, termasuk penemuan pemeriksaan lazim, hasil semakan, analisis trend dan usaha pemulihan yang diambil oleh firma audit yang diperiksa akan dibentangkan secara berasingan dalam
Laporan Pemeriksaan Tahunan 2023 (AIR)

Tindakan penguatkuasaan AOB tertumpu untuk mencapai tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan pendaftar AOB.

Tanggungjawab

  • Menjalankan siasatan tentang kemungkinan ketidakpatuhan terhadap piawaian pengauditan dan etika
  • Menilai ketidakpatuhan berdasarkan fakta yang diperoleh daripada siasatan yang dilakukan
  • Mengenakan sekatan penguatkuasaan yang bersekadar berdasarkan sifat dan keseriusan pelanggaran

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup