Garis Panduan Mengenai Kewajipan Berterusan untuk Juruaudit Berdaftar

Garis Panduan Mengenai Kewajipan Berterusan untuk Juruaudit Berdaftar (Garis Panduan) yang menggariskan kewajipan yang mesti dipatuhi oleh juruaudit berdaftar, telah dikeluarkan pada 2023. Perkara ini menurut seksyen 31E(1)(a) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) yang menyatakan tanggungjawab AOB termasuk melaksanakan dasar yang menyumbang kepada sistem pengawasan audit yang berkesan di Malaysia.

Objektif Garis Panduan ini ialah untuk mengukuhkan rangka kerja bagi juruaudit berdaftar dan memastikan pemantauan
dan penyeliaan yang lebih baik terhadap juruaudit berdaftar.

Garis Panduan ini juga menyatukan kewajipan pelaporan tahunan yang dimandatkan melalui pekeliling juruaudit
berdaftar. Garis Panduan ini antara lainnya menetapkan keperluan berikut:

Bahagian 1 Garis Panduan

(a) Pelaporan Ketelusan Tahunan
Pengeluaran dan penerbitan Laporan Ketelusan Tahunan oleh firma audit (hanya firma yang memenuhi kriteria pelaporan) di laman webnya untuk memberi maklumat tentang struktur tadbir urus firma audit, langkah yang diambil oleh firma audit untuk mengekalkan kualiti audit, dan maklumat tentang petunjuk kualiti audit firma audit.

(b) Kegiatan Pengumpulan dan Analisis Statistik
Penyerahan borang Pengumpulan dan Analisis Statistik (SGA) seperti yang ditetapkan oleh AOB yang mengandungi maklumat kewangan, pelanggan, sumber manusia dan latihan.

Bahagian 2 Garis Panduan

(c) Pertukaran Juruaudit
Kelulusan profesional oleh juruaudit yang akan keluar kepada juruaudit yang akan masuk apabila terdapat pertukaran juruaudit.

(d) Peletakan Jawatan dan Penyingkiran Juruaudit
Penyerahan pemberitahuan bertulis kepada AOB oleh juruaudit mengenai sebab yang berkaitan dengan peletakan jawatan dan penyingkirannya sebagai juruaudit.

Juruaudit hendaklah memastikan–

  • pematuhan berterusan terhadap garis panduan AOB sepanjang tempoh sah pendaftaran dan/atau
  • pengiktirafan; dan
  • bahawa maklumat yang didedahkan atau diserahkan kepada AOB adalah benar, lengkap dan tepat.

Kegagalan untuk mematuhi sebarang syarat akan menyebabkan tindakan dimulakan di bawah seksyen 31Z dan/ atau 31Q SCMA atau apa-apa tindakan lain yang dianggap perlu.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup