FIKRA ACE SC Mencari Syarikat Pemula Fintech untuk Meningkatkan Pasaran Modal Islam
Program Accelerator kini dibuka untuk permohonan global

SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 11 Julai 2024

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempelawa permohonan untuk kohort kedua program FIKRA ACE Accelarator (program pemacu FIKRA ACE), selaku sebahagian daripada inisiatif FIKRA ACE.

Dilancarkan pada 2023, FIKRA ACE ialah inisiatif yang dijalankan selama tiga tahun, bertujuan untuk memajukan Pasaran Modal Islam (ICM) melalui penyelesaian teknologi kewangan Islam yang inovatif. Program ini terdiri daripada komponen Accelerator, Circle dan Excel.

Berikutan kejayaan kohort pertama tahun lepas , SC kini mempelawa permohonan untuk kohort bagi tahun 2024. FIKRA Accelerator menyediakan platform untuk syarikat pemula (startup) bagi membangunkan penyelesaian inovatif, bermula daripada idea kepada produk yang berdaya maju minimum. Program berstruktur selama lapan minggu itu terdiri daripada bengkel, program bimbingan, rangkaian sosial, dan pemudahan pembiayaan.

Program Accelerator dijangka bermula pada bulan Ogos. Ia dibuka kepada individu atau syarikat yang mempunyai kehadiran pasaran kurang daripada tiga tahun. Permohonan terbuka kepada pemohon tempatan dan antarabangsa.

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan rakan kongsi ekosistem tempatan yang strategik untuk program tersebut. MDEC akan terus menyokong syarikat pemula yang mengambil bahagian dalam program ini dengan infrastruktur, sumber dan pengetahuan pasaran untuk meningkatkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.

SC juga akan bekerjasama dengan Islamic Development Bank, yang merupakan rakan kongsi ekosistem global, untuk membantu meningkatkan kandungan program dengan pandangan dan perspektif antarabangsa.

Mereka yang berminat digalakkan untuk mendaftar mulai hari ini sehingga 31 Julai 2024 di https://www.sc.com.my/fikra-ace/accelerator.

Untuk maklumat lanjut mengenai program FIKRA ACE Accelerator, sila layari https://www.sc.com.my/fikra. Untuk pertanyaan, sila rujuk ke [email protected].

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup