MyCIF ialah dana pelaburan bersama yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) sempena Bajet 2019 untuk melabur bersama dalam PMKS melalui platform pendaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (pembiayaan P2P).
Mengulas tentang Laporan Tahunan MyCIF 2023 yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi SC Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, “MyCIF telah memacu hampir RM2 bilion pelaburan swasta melalui pelaburan sebanyak RM289 juta tahun lepas, membuktikan peranan pentingnya dalam memupuk pertumbuhan segmen ECF dan pembiayaan P2P.
“Sektor pertanian khususnya menyaksikan peningkatan sebanyak 86% dalam penerbit yang disokong oleh skim pertanian MyCIF. Tambahan pula, MyCIF mampu mencapai kadar yang lebih tinggi bagi PMKS di luar Lembah Klang iaitu 49% daripada 40% pada tahun sebelumnya. Ini bukti MyCIF menyokong keterangkuman dalam kalangan PMKS,” tambahnya.
Sejak penubuhannya, MyCIF menerima jumlah peruntukan sebanyak RM250 juta daripada Kerajaan, dan berjaya melabur bersama RM930 juta dalam lebih 6,000 PKS, mencapai kesan berganda 3.7 kali ganda. Ini memperoleh RM3.82 bilion dalam pelaburan swasta, menjadikan jumlah dana yang diperoleh dengan sokongan myCIF kepada RM4.75 bilion.
Selain itu, MyCIF telah menjana pulangan positif bersih ke atas modal berjumlah RM20.7 juta atau 8.2% daripada jumlah peruntukan daripada MoF.
Dengan tambahan sebanyak RM100 juta yang diperuntukkan dalam Bajet 2024, MyCIF akan terus menyokong inisiatif dalam bidang tumpuan iaitu pertanian, penjagaan kesihatan, pendidikan, alam sekitar, komuniti dan pembangunan aset Wakaf melalui Majlis Agama Islam Negeri, selaras dengan agenda keterjaminan makanan dan kemampanan.
Pada Hari Terbuka MyCIF baru-baru ini yang diadakan bulan lepas dan dihadiri Menteri Kewangan II YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, MyCIF telah mempamerkan impak positif lima tahunnya terhadap PMKS. Menteri turut menekankan keperluan untuk meningkatkan profil MyCIF dalam kalangan PMKS dan pelabur di peringkat nasional.
Semasa acara itu, dua insentif baharu diumumkan untuk PMKS termasuk dalam segmen huluan sektor pertanian dan bio-ekonomi, berkuat kuasa sehingga akhir 2025.
Ini termasuk:
- Pelaburan pada kadar pembiayaan 0% dalam kempen pembiayaan P2P yang layak; dan
- Pelepasan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam kempen ECF yang layak.
Dalam satu pengumuman baru-baru ini di Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF), Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim melanjutkan insentif ini untuk memasukkan PMKS yang membiayai projek pembangunan aset Wakaf termasuk dalam segmen huluan pertanian yang sama. Ini merupakan pengiktirafan peranan Wakaf dalam memajukan agenda keselamatan makanan negara.
Berdasarkan kejayaan MyCIF, skim pelaburan bersama lain telah dikenal pasti sebagai komponen penting Pelan Hala Tuju MSME 5 Tahun SC untuk meningkatkan akses PMKS dan syarikat peringkat pertengahan (MTC) kepada pasaran modal.
Laporan Tahunan MyCIF dan butiran lain boleh didapati di
sini.