Dana Pelaburan Tertakluk Kepada Ujian Tekanan

Latihan ujian tekanan makro dijalankan berdasarkan data 30 September 2022 dimana sejumlah 1,105 dana pelaburan dengan agregat NAV sebanyak RM553.80 bilion telah diuji.4 Ini sebahagian besarnya terdiri daripada dana aset campuran diikuti oleh ekuiti dan dana bon/ sukuk. Sehubungan dengan peruntukan aset, majoriti pegangan terdiri daripada ekuiti (47.64%), diikuti oleh tunai dan setara tunai (25.82%) dan bon korporat/ sukuk (14.08%). Sementara itu, skim pelaburan kolektif (CIS), sekuriti kerajaan dan pelaburan lain membentuk baki 12.46% daripada peruntukan tersebut. Pecahan lanjut komponen utama kelas aset domestik ditunjukkan di bawah (Carta 1).

Majoriti pegangan tunai dan setara tunai terdiri daripada deposit dan penempatan pasaran wang, dengan tiga kumpulan utama perbankan domestik menyumbang lebih separuh daripada jumlah pegangan. Berdasarkan ukuran daya saing pasaran, Indeks Herfindahl-Hirschman (HHI) menunjukkan bahawa terdapat tahap penumpuan yang rendah dalam pegangan deposit dan penempatan (Carta 2).5

Seterusnya dalam kelas aset ekuiti, pegangan dalam ekuiti domestik adalah terutamanya dalam sektor kewangan,6 diikuti oleh sektor pengguna asasi dan perindustrian. Melalui pemerhatian, tahap penumpuan dalam kelas aset ini adalah sederhana (Carta 3).

Dari segi profil kematangan sekuriti kerajaan, 80.18% daripada sekuriti kerajaan yang dipegang mempunyai baki tempoh lebih daripada dua tahun, diikuti oleh pegangan yang mempunyai baki tempoh antara satu hingga dua tahun iaitu 11%, dan yang mempunyai baki tempoh kurang daripada satu tahun iaitu 8.82%
(Carta 4).

Nota:
* Bilangan mungkin tidak tepat kerana pembundaran


4 Tidak termasuk dana dengan NAV sifar, dana tanpa aset pelaburan dalam portfolionya dan dana yang melabur terutamanya dalam aset hartanah.
5 Menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia, HHI kurang daripada 1,500 menandakan pasaran tidak tertumpu (berdaya saing); antara 1,500 hingga 2,500 menandakan tahap tumpuan yang sederhana; dan lebih 2,500 menandakan pasaran yang sangat tertumpu.
6 Sehingga 30 September 2022, kaunter kewangan membentuk 19.55% daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup