Page 128 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 128

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  investED juga menjadi sebahagian daripada acara kami dalam InvestSmart® Fest tahun ini. investED merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju pelbagai pembinaan keupayaan, berskala besar SC yang dirangka untuk memupuk saluran individu berbakat ke dalam pasaran modal. InvestSmart® menampilkan ceramah oleh investED dua kali sehari dan mempunyai pameran khusus dan ruang temu duga untuk pengambilan graduan secara serta-merta.
ISF 2023 menarik lebih 13,000 pengunjung dan mengumpulkan 37 peserta pameran yang terdiri daripada institusi pasaran modal, persatuan, pemain industri dan agensi kawal selia dan kerajaan lain yang berkaitan. Acara 3 hari itu mempamerkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengantara pasaran modal termasuk saham, bon, unit amanah, skim persaraan swasta, ETF ECF, pembiayaan P2P, DIM dan DAX.
Sepanjang tiga hari, ISF 2023 menampilkan 22 ceramah dan perbincangan panel oleh pakar industri terkemuka yang berkongsi pandangan mereka tentang pasaran modal Malaysia dan peluang pelaburan yang tersedia. Berikutan tema tahun ini ‘Sedekad Memperkasa Rakyat Malaysia’, terdapat sesi khusus mengenai kesedaran anti-penipuan, disertakan dengan pelbagai sesi lain yang turut mempunyai unsur- unsur pesanan anti-penipuan di dalamnya. Sesi ini juga disiarkan secara langsung di saluran Facebook dan YouTube InvestSmart® untuk menjangkau khalayak yang lebih luas.
Selain itu, SC dengan kerjasama Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) dan Majlis Perancang Kewangan Malaysia (MFPC) menyediakan sesi rundingan perancangan kewangan percuma selama satu jam bersama perancang kewangan berlesen di bawah inisiatif #FinPlan4u. Sejumlah 500 sesi telah disediakan kepada orang ramai dari 17 hingga 19 November 2023.
   126   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA





























































































   126   127   128   129   130