Page 129 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 129

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Bersama InvestSmart® @ Penang 2023
Bersama InvestSmart® ialah acara pendidikan pelabur unggul tahunan SC untuk pelabur runcit di luar Lembah Klang. Acara itu, yang sebelum ini diadakan di Kota Kinabalu pada tahun 2019 dan Kuching pada tahun 2022, menggalakkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai produk dan perkhidmatan pasaran modal, keputusan pelaburan bermaklumat, kesedaran tentang hak dan tanggungjawab sebagai pelabur, perancangan kewangan dan persaraan yang lebih baik, mempertingkatkan pengumpulan kekayaan dan penyertaan yang lebih besar dalam pasaran modal.
Bersama InvestSmart® tahun ini telah diadakan di Pulau Pinang dari 26 hingga 28 Mei 2023 di Queensbay Mall. Bersama InvestSmart® @Penang 2023 mempamerkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengantara pasaran modal di samping menampilkan seminar yang dikendalikan oleh pakar industri dan pempengaruh terkemuka. Sejumlah 38 peserta pameran termasuk pengawal selia pasaran modal, pengantara berlesen dan berdaftar, ahli gabungan dan badan kerajaan menyertai acara selama tiga hari itu, yang menarik kira-kira 12,000 pengunjung.
Berikutan meningkatnya minat dan kejayaan khidmat meja runding #FinPlan4U di acara InvestSmart® sebelum ini, inisiatif ini sekali lagi disediakan semasa Bersama InvestSmart® @Penang 2023. Sebanyak 256 slot telah disediakan kepada orang ramai untuk mendapatkan perundingan bersemuka secara percuma daripada perancang kewangan berlesen. Untuk inisiatif ini, InvestSmart® bekerjasama dengan FPAM dan MFPC.
   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   127





























































































   127   128   129   130   131