Page 131 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 131

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
    Bagi Fasa 1 program ABJAD yang dilancarkan pada tahun 2022, para pelajar dan guru-guru daripada 14 buah sekolah menengah luar bandar telah dikenal pasti sebagai ‘Ejen Pengubah’ yang akan menjalani modul literasi kewangan dan literasi digital menggunakan platform e-pembelajaran komputer. Apabila selesai, para pelajar ini akan mengenal pasti ahli keluarga untuk melengkapi modul e-pembelajaran yang sama. Pada tahun 2023, pertambahan seramai 5,399 peserta terdiri daripada para pelajar dan ahli keluarga yang menyertai Fasa 1 program ini. Selesainya Fasa 1 ABJAD, penyertaan keseluruhan seramai 12,500 orang pelajar, guru dan ahli keluarga telah dicapai. SC telah memulakan Fasa 2 ABJAD pada 20 Disember 2023 di mana sasaran penyertaan terdapat seramai 12,500 lagi guru, pelajar dan orang dewasa daripada komuniti luar bandar. ABJAD Fasa 2 dijangka selesai pada 31 Disember 2024.
#FinPlan4U x Global Money Week 2023 Maya
Bersempena Sambutan Global Money Week 2023 oleh OECD, InvestSmart® menganjurkan meja khidmat runding #FinPlan4u maya dari 20 hingga 24 Mac 2023. Acara ini telah dilancarkan dengan kerjasama FPAM dan MFPC bagi menawarkan sesi konsultasi perancangan kewangan bersemuka percuma selama sejam kepada orang awam. Sepanjang minggu tersebut, seramai 56 individu memperoleh manfaat dari sesi perundingan perancangan kewangan bersama perancang kewangan yang berlesen.
 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   129






























































































   129   130   131   132   133