Page 130 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 130

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Klinik Digital Bersemuka untuk Bandar B40 Termasuk Warga Emas – Klinik Silap Labur Duit Lebur
SC telah bekerjasama dengan Pepper Labs Sdn Bhd, sebuah usahawan sosial yang berpengalaman dalam berinteraksi dengan masyarakat terpinggir dan golongan B40, serta usahawan mikro untuk menjalankan program ini, yang direka terutamanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penipuan dan aktiviti tidak berlesen yang dipromosikan secara dalam talian melalui platform media sosial. Berdasarkan kejayaan Fasa 1 pada tahun 2022, ini merupakan Fasa 2 program dan bermula pada 28 November 2023 dimana ia melibatkan sekurang-kurangnya 2,000 peserta dari golongan B40 di Lembah Klang. Fasa 2 program dijangka akan siap pada 30 Jun 2024.
Program Agen Bijak Labur Desa
SC juga bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk memanfaatkan inisiatif KKDW yang sedia ada bersama komuniti luar bandar. Secara khususnya, SC bekerjasama dengan 191 Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah kementerian untuk melaksanakan program Agen Bijak Labur Desa (ABJAD) Fasa 2 kepada golongan dewasa dari komuniti luar bandar di seluruh negara. ABJAD merupakan inisiatif pendidikan pelabur oleh InvestSmart® yang menyasarkan populasi bukan bandar di Malaysia. Objektif ABJAD, antara lain, ialah:
• Mewujudkan masyarakat luar bandar yang berpengetahuan kewangan dengan meningkatkan kesedaran mereka terhadap penipuan dan skim haram, lalu memperkasa mereka untuk melindungi kekayaan sendiri;
• Meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar berkaitan produk perlaburan bagi membina kekayaan mereka; dan
• Meningkatkan literasi digital masyarakat luar bandar khususnya bagi menggalakkan penggunaan digital di dalam servis kewangan digital dan bagi memastikan mereka bersiap sedia untuk menghadapi sesuatu cabaran (seperti pandemik COVID-19).
Selain daripada penglibatan dengan KKDW, SC juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi membantu mengenal pasti 20 buah sekolah menengah luar bandar seluruh negara untuk terlibat dalam ABJAD Fasa 2. Menggunakan kaedah ‘train-the-trainers’, guru-guru dan para pelajar dari sekolah yang dikenal pasti, dan pengurus daripada pusat PKD ini akan dilatih sebagai ‘Ejen Pengubah’ dalam menyebarkan kesedaran anti-penipuan kepada ahli keluarga dan dewasa yang lain
dalam komuniti mereka masing-masing. SC juga terlibat dalam acara KKDW seperti Pusat Komuniti Desa Mobil Negeri Perak 2023 dan Simposium Penyelidikan KKDW Tahun 2023 yang berperanan sebagai platfom untuk SC terlibat dan mengendalikan perkongsian pengetahuan bersama penduduk luar bandar, termasuk ketua komuniti.
                  128   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
























































































   128   129   130   131   132