Page 133 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 133

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Siri Dalam Talian InvestSmart®
Sejak tahun 2021, webinar secara percuma telah dianjurkan untuk orang awam bagi memperoleh pengetahuan mengenai asas produk dan perkhidmatan pasaran modal, serta kesedaran terhadap penipuan dan aktiviti tanpa lesen. Webinar ini juga memberi panduan kepada orang awam mengenai cara dan tempat untuk melabur, termasuk dalam talian. Sejumlah lebih 508 peserta menghadiri empat webinar yang dijalankan pada tahun 2023. Webinar ini dirakam dan dimuat naik ke saluran YouTube InvestSmart® untuk capaian yang lebih meluas.
Program My Money & Me oleh MFPC 2023
SC sekali lagi menyertai Program ‘My Money & Me’ dalam talian MFPC. Pada tahun 2023, MFPC menganjurkan bengkel fizikal di lapangan yang merangkumi 4 komponen utama perancangan kewangan: Perlindungan Aset, Pengumpulan Aset, Pengurusan Aset dan Pengagihan Aset di lima lokasi seluruh negara iaitu Petaling Jaya, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuantan dan Kuala Terengganu. SC telah dijemput untuk memberi ceramah di bawah komponen Pengumpulan Aset mengenai ‘Asas Pelaburan dan Cara Mengelak Penipuan Pelaburan’. Kelima-lima bengkel tersebut telah menarik lebih 1,195 peserta.
    LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   131





























































































   131   132   133   134   135