Page 135 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 135

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Bulan Literasi Kewangan FEN 2023
Bulan Literasi Kewangan 2023 (BLK2023) diadakan sepanjang bulan Oktober 2023, dengan tema ‘Bijak Wang di Era Digital’. BLK2023 dilancarkan pada 1 Oktober 2023 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 (MSAM2023) di Bertam, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh PNB. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh ahli FEN dan rakan kongsi, dalam bentuk rangkaian jelajah ke seluruh negara, forum, simposium, acara, bengkel, dan webinar BLK2023. Penyertaan SC dalam BLK2023 adalah seperti berikut:
• MSAM2023 diadakan dari 30 September hingga 8 Oktober 2023. Acara ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai pelaburan dalam unit amanah, mempamerkan produk pelaburan PNB dan syarikat pelaburan, serta mengetengah persekitaran peraturan dan perniagaan dalam industri unit amanah. Semasa acara ini, PNB menyediakan satu bahagian khusus untuk FEN menampilkan gerai pameran ahlinya dan rakan kongsi, termasuk SC. Selain berkongsi pengetahuan pelaburan dan kesedaran anti-penipuan kepada orang awam, SC juga menawarkan perkhidmatan perundingan percuma bersama perancang kewangan berlesen di meja runding #FinPlan4U. SC juga menjalankan sesi berbual ringkas harian mengenai kesedaran anti-penipuan dan permainan pelaburan. MSAM2023 menarik lebih daripada 220,000 pengunjung.
• Jerayawara FLM2023 seluruh negara – pasukan InvestSmart® mengambil bahagian di lima lokasi di utara wilayah iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, dan terlibat dengan 373 peserta.
• Menganjurkan Siri Webinar Mingguan FEN – InvestSmart® menganjurkan empat webinar di Zoom sekali seminggu. Pelbagai topik celik kewangan telah diliputi semasa webinar mingguan yang dihadiri lebih daripada 500 orang peserta.
• Minggu Celik Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2023 – SC telah dijemput untuk menjadi penceramah tentang kesedaran anti-scam semasa Sesi Perkongsian Ilmu pada 20 Oktober 2023 yang dihadiri oleh 165 peserta.
• Karnival Celik Kewangan 2023 – diadakan dari 27 hingga 29 Oktober 2023 sebagai acara akhir untuk FLM2023 dianjurkan oleh BNM di AEON Mall, Kulai, Johor. Acara itu menghimpunkan institusi kewangan dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka, serta menyediakan nasihat kepada orang ramai tentang hal kewangan. Selain mempunyai gerai khusus pada acara tersebut, pihak SC juga memberi ceramah tentang ‘Silap Labur Duit Lebur’. Acara selama tiga hari itu menarik lebih 25,000 pengunjung.
Menganjurkan #FinPlan4U® secara maya – InvestSmart® menawarkan perundingan perancangan kewangan sesi bersemuka secara maya percuma dengan perancang kewangan berlesen pada 4 dan 5 Oktober 2023. Sebanyak 20 slot (sejam setiap slot) telah ditawarkan kepada orang ramai selama dua hari itu. Inisiatif ini juga diadakan bersempena Minggu Pelabur Sedunia 2023.
  LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   133

























































































   133   134   135   136   137