Page 136 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 136

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  InvestSmart® @ Ekspo Institusi Pendidikan TVET @KKDW 2023
Pada 14 dan 16 Julai 2023, SC telah dijemput untuk membantu mengendalikan reruai FEN di InvestSmart Ekspo Institut Pendidikan TVET. Majlis ini dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk mempromosikan program dan peluang latihan yang disediakan oleh agensi/institusi TVET@KKDW. Acara ini telah menarik lebih 1,000 peserta.
InvestSmart® @ Forum Kesejahteraan Pengurusan Ekonomi dan Kewangan Berpaksikan Konsep Malaysia MADANI
Pada 25 Julai 2023, SC sekali lagi mengendalikan reruai FEN, kali ini di Forum InvestSmart® @ Kesejahteraan Pengurusan Ekonomi dan Kewangan Berpaksikan Konsep Malaysia MADANI. Program tersebut telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan kakitangan yang disasarkan adalah daripada kementerian, agensi kerajaan dan badan berkanun. Program telah dihadiri lebih 100 peserta.
Kerjasama InvestSmart® dengan Universiti dan Sekolah
Sepanjang tahun, SC telah dijemput oleh pelbagai universiti dan sekolah untuk memberi ceramah mengenai pelaburan dan pemesejan anti-penipuan:
• Pada 14 Julai 2023, Universiti Sunway menjemput SC untuk memberi ceramah mengenai penipuan pelaburan di bengkel anti penipuan. Bengkel ini bertujuan memperkasakan golongan dewasa muda untuk melindungi diri mereka daripada penipuan dan telah dihadiri oleh lebih 100 pelajar dari universiti.
• FEN telah dijemput oleh UniKL untuk membuka reruai pameran dan memberi ceramah di majlis mereka, UniKL Financial Fusion Bootcamp, yang berlangsung dari 9 hingga 11 September 2023. Acara ini bertujuan menyediakan pendedahan dan pandangan kepada pelajar tentang celik kewangan dan untuk menghubungkan pelajar dengan pakar dalam industri kewangan. Sebagai Pengerusi Bersama FEN, SC ditawarkan slot untuk membincangkan penipuan pelaburan kepada 186 pelajar UniKL yang menghadiri majlis tersebut.
   134   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

























































































   134   135   136   137   138