Page 134 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 134

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Webinar Dalam Talian InvestSmart® @ Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia
Pada 21 Mac 2023, SC telah dijemput sebagai penceramah webinar dalam talian di Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) bertajuk ‘Investing Responsibly and with Confidence (Melabur Secara Bertanggungjawab dan Yakin)’. Penceramah yang lain termasuk SIDC dan FIMM. Webinar tersebut menarik 389 kehadiran.
InvestSmart® @Literasi Kewangan Bagi Golongan Belia Malaysia Kewangan Belia Siri 2023
Literasi Kewangan bagi belia (FLY) adalah inisiatif yang dimulakan oleh pelajar untuk pelajar bagi menyebarkan kesedaran dalam kepentingan pengetahuan kewangan. Siri Kewangan Belia Malaysia (MYFS) adalah acara unggul tahunan FLY, dengan tahun ini bertemakan, ‘Crisis Management and Sustainability (Pengurusan Krisis dan Kemampanan)’, bertujuan untuk memberikan penerangan mendalam kepada belia Malaysia mengenai ESG serta pengurusan sumber.
SC, selaku Naib Pengerusi Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) dijemput untuk menyampaikan ucaptama semasa pelancaran pada 19 Mac 2023. Pasukan InvestSmart® SC dan pasukan BNM mengendalikan reruai FEN di acara tersebut. Acara ini telah menarik kehadiran 100 peserta.
Pelancaran InvestSmart® @ Kementerian Pendidikan Tinggi OECD Global Money Week 2023
Pasukan InvestSmart® SC telah menyertai acara pelancaran Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) OECD Global Money Week (GMW) pada 20 Mac 2023. Acara tersebut telah diadakan di bangunan MOHE di Putrajaya. Semasa sesi separuh hari, pasukan InvestSmart® mengambil peluang untuk berhubung dengan pegawai MOHE dan menyebarkan kesedaran terhadap penipuan dan aktiviti tidak berlesen.
InvestSmart® @ BNM Karnival Celik Kewangan
SC, bersama dengan ahli FEN yang lain, telah dijemput untuk menjadi sebahagian reruai FEN di Karnival Celik Kewangan Kelantan BNM yang diadakan dari 16 hingga 17 Mac 2023 di AEON Mall, Kota Bharu. Acara tersebut adalah selari dengan pelan induk BNM, yang menekankan kepentingan rangkuman kewangan dan literasi kewangan. SC juga dijemput untuk menjadi panel pocket talk bersama BNM dalam berkongsi tips cyber-hygiene untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan kewangan. Acara ini menarik lebih daripada 20,000 pengunjung.
   132   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
























































































   132   133   134   135   136