Page 153 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 153

                                 BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
     DATUK DR. ZUNIKA MOHAMED
Dilantik 1 Jun 2020
Datuk Dr. Zunika Mohamed ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi. Beliau merupakan ahli ekonomi terlatih dan telah berkhidmat dalam pelbagai bidang di beberapa kementerian sepanjang 25 tahun yang lepas, termasuk sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian.
Beliau memiliki ijazah kedoktoran Ekonomi daripada Universiti Putra Malaysia dan memperoleh ijazah pascasiswazah dan sarjana muda ekonomi masing-masing dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Texas, AS. Datuk Dr. Zunika juga mempunyai diploma Pentadbiran Awam daripada Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia.
DATIN RASHIDAH MOHD SIES
Dilantik 15 September 2020
Datin Rashidah Mohd Sies ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Kewangan, jawatan yang telah disandang oleh beliau sejak 22 Mac 2021. Datin Rashidah telah berkhidmat di Kementerian Kewangan selama lebih 29 tahun. Beliau memiliki pengetahuan dan pengalaman luas dalam isu-isu yang berkaitan dengan pelaburan, kewangan,
dasar ekonomi, belanjawan persekutuan, serta perundangan dan peraturan kewangan.
Datin Rashidah memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari International University California, AS setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Idaho State University, AS. Beliau memiliki diploma Pentadbiran Awam dari INTAN.
* Mengakhiri penggal sebagai ahli Lembaga pada 12 Januari 2024.
 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   151























































































   151   152   153   154   155