Page 155 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 155

                                 BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
     DATO’ ALIZATUL KHAIR OSMAN KHAIRUDDIN
Dilantik 15 Ogos 2023
Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1976 dan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics, University of London, UK, pada tahun 1982.
Dato’ Alizatul Khair berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan kehakiman sejak 1976. Antara jawatan yang disandangnya
ialah sebagai Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan, Timbalan Ketua Bahagian Sivil Jabatan Peguam Negara dan Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang pada tahun 1995.
Dato’ Alizatul Khair kemudiannya dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam (2003), Hakim di Mahkamah Tinggi Shah Alam (2004), Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2008) dan Hakim Mahkamah Rayuan pada 2011.
Pada 2017, Dato’ Alizatul Khair telah dilantik ke Mahkamah Persekutuan di mana beliau berkhidmat sehingga bersara pada 2019.
KEMAL RIZADI ARBI
Dilantik 15 Januari 2024
Kemal Rizadi Arbi membawa bersama 30 tahun pengalaman global dalam industri kewangan
dan sektor korporat kewangan Islam, perbankan pelaburan, kewangan korporat, pengurusan dana, kemampanan kewangan, teknologi kewangan, aset maya, dan sebagai pengawalselia, penggubal dasar dan pemaju strategik pasaran modal (termasuk pasaran modal Islam) di rantau Timur Tengah dan Asia.
Beliau kini bertugas sebagai Penasihat dengan kerajaan Oman dan telah bersama Presiden Eksekutif dan Pejabat Naib Presiden di capital Market Authority (Oman CMA) sejak 2013, yang mengawal selia dan membangunkan industri kewangan di Oman yang berkaitan dengan pasaran modal dan sektor insurans (konvensional dan Islamik). Beliau telah terlibat dalam pembangunan pasaran modal Islam di Oman sejak awal pengenalan kewangan Islam.
Sebelum menyertai CMA Oman, beliau telah mewujudkan inisiatif pembangunan pasaran modal Malaysia dan ASEAN+3 (termasuk pasaran modal Islam), melalui pelbagai jawatan kanan di SC.
Beliau juga bertugas sebagai Penasihat Lembaga Pengarah syarikat awam tersenarai dalam pelbagai industri mengenai urus niaga korporat, di samping menggalas tanggungjawab sebagai pegawai kanan korporat dan bank pelaburan di Maybank dan Avenue Capital Resources Bhd (sebelum ini dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia). Selain itu, beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pengurusan aset yang sebelum ini dimiliki oleh Johor Corporation berkenaan pengurusan dana.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Aktuari dari University of Iowa, AS sebagai pemegang biasiswa JPA. Beliau juga memiliki Ijazah MBA (Kewangan) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIFP) dari Universiti INCEIF (INCEIF), Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   153


















































































   153   154   155   156   157