Page 154 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 154

                                  BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
     TAN SRI MAZLAN MANSOR
Dilantik 1 Mac 2022
Tan Sri Mazlan Mansor merupakan Timbalan Ketua Polis Diraja Malaysia sebelum beliau bersara pada Ogos 2020.
Beliau telah berkhidmat dalam Pasukan Polis selama hampir 41 tahun, mengetuai pelbagai jawatan kanan termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ketua Pegawai Polis Selangor dan Pesuruhjaya Polis Sarawak. Selain mempunyai pengalaman luas dalam kerja penyiasatan, Tan Sri Mazlan juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang/ Pendakwaan di Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ), Bukit Aman selepas memperoleh ijazah LL.B. (Kepujian) daripada University of Wales, Aberystwyth, UK pada tahun 1992.
Pada tahun 2021, Tan Sri telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dalam lembaga pengarah AmREIT Managers Sdn Bhd (AmREIT). Beliau telah meletak jawatan daripada lembaga
AmREIT sebelum tarikh kuat kuasa pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah SC. Tan Sri Mazlan juga kini memegang jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di RCE Capital Bhd.
Pelantikan Tan Sri Mazlan memberikan kepelbagaian kepada Lembaga Pengarah. Beliau membawa bersamanya pengalaman yang luas, berikutan pelbagai jawatan yang pernah dipegang oleh beliau sebagai pegawai kanan Polis Diraja Malaysia. Pelantikan beliau dalam lembaga pengarah kepada dua PLC, serta di AmREIT, sebuah entiti yang dikawal selia, telah memberi Tan Sri Mazlan pendedahan yang bersesuaian untuk beliau menjalankan peranan sebagai ahli lembaga bebas.
DATO’ MOHAMMAD FAIZ AZMI
Dilantik 15 Ogos 2023
Dato’ Mohammad Faiz Azmi mempunyai lebih 38 tahun pengalaman dalam bidang audit dan khidmat nasihat perniagaan di Malaysia dan UK. Baru-baru
ini, beliau telah bersara sebagai rakan kongsi dan Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia. Beliau merupakan peneraju amalan PwC’s Global Islamic Finance Team dari 2007 hingga 2012. Beliau juga merupakan Ketua Perkhidmatan Kewangan Malaysia PwC dan Ketua Audit bersama dan mengetuai sebahagian amalan ESG dan Pelaburan Syariah dalam Kemampanan dan Perubahan Iklim PwC di Malaysia.
Kebanyakan tugasan beliau baru-baru ini adalah dengan Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang melibatkan Perakaunan Akruan, bertindak sebagai Pentadbir untuk syarikat penerbangan dan entiti kerajaan tertentu, usaha kemampanan dan terlibat dalam pelancaran vaksin Covid Nasional Kerajaan Persekutuan. Beliau juga telah terlibat dalam penyediaan akaun kewangan Kerajaan Persekutuan dan penstrukturan semula serta siasatan ke atas agensi kerajaan. Beliau baru sahaja dilantik sebagai ahli lembaga pengarah SC.
Dato’ Faiz ialah ahli MIA, Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan wakil Malaysia dalam majlis ICAEW di London. Beliau
telah memegang jawatan Presiden MIA, Pengerusi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia dan Pengerusi Kumpulan ICAEW City di Malaysia. Beliau kini bertanggungjawab sebagai pengerusi MyPac (sebuah NGO pendidikan tempatan), pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaporan Kewangan Islam MASB dan ahli Kumpulan Perunding Kewangan Islam Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa. Beliau merupakan ahli majlis Tadbir Urus Iklim Malaysia.
Beliau mendapat pendidikan di Malaysia dan UK
serta memiliki ijazah sarjana dalam undang-undang
di Universiti Durham sebelum dipanggil ke English Bar. Beliau merupakan alumni Lincoln’s Inn dan ahli Inns
of Court of Malaysia. Beliau adalah ahli Worshipful Company of Chartered Accountants England dan Wales. Beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ pada 2013 oleh Sultan Selangor. Beliau juga telah memperoleh Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang dari Universiti Nottingham pada
Julai 2016.
152   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA













































































   152   153   154   155   156