Page 161 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 161

                                PERNYATAAN TADBIR URUS
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) untuk mengawal selia
dan membangunkan pasaran modal Malaysia. Misi SC • adalah untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran sekuriti dan derivatif yang adil, cekap dan telus serta memudahkan pembangunan teratur bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing. Ia komited • untuk memastikan pelabur dilindungi, pasaran yang adil
dan teratur, serta memantau, mengurangkan dan • mengurus risiko sistemik yang muncul daripada pasaran modal. Tanggungjawab, kuasa dan bidang kuasa SC • ditakrifkan dengan jelas dan digariskan dalam undang- undang sekuriti, iaitu SCMA, Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Akta Industri Sekuriti • (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).
 MENGENAI SURUHANJAYA Ahli-ahli Lembaga
Lembaga bertanggungjawab atas keseluruhan tadbir urus Suruhanjaya. Menteri Kewangan melantik ahli-ahli Lembaga. Ahli-ahli Lembaga terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Ketua Eksekutif dan tujuh ahli lain termasuk individu-individu yang mewakili sektor kerajaan dan swasta. Pengerusi diamanahkan dengan pentadbiran harian SC sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 4B(1) SCMA.
Dato’ Seri Dr. Awang Adek menjawat jawatan Pengerusi pada 1 Jun 2022. Profil ahli Lembaga dipaparkan di halaman 150 hingga 153 dan penglibatan mereka dalam pelbagai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga dinyatakan di halaman 161.
Pengerusi dilantik untuk tempoh tiga tahun, dan layak untuk pelantikan semula setelah tamat tempoh perkhidmatannya. Ahli Lembaga lain pula dilantik untuk tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula apabila tamat tempoh perkhidmatannya.
Individu yang memegang jawatan sepenuh masa dalam mana-mana PLC, menjadi ahli Dewan Rakyat atau/dan Dewan Negara atau menjadi pegawai atau pengarah kepada sesuatu entiti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya, adalah tidak layak memegang jawatan sebagai ahli Lembaga.
• gagal menzahirkan kepentingannya; atau
• terlibat dalam aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam melaksanakan tugas.
SCMA menghendaki seseorang ahli Lembaga menguruskan konflik kepentingan dengan menzahirkan kepentingannya dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau mana-mana jawatankuasa. Apabila penzahiran telah dibuat, beliau–
• tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasanya; dan
• tidak boleh diambil kira dalam pembentukan korum Lembaga atau jawatankuasanya, berkaitan dengan perkara tersebut.
Fungsi Suruhanjaya
Fungsi Suruhanjaya adalah seperti berikut:
• Menasihati Menteri tentang semua perkara berkaitan dengan pasaran modal;
• Mengawal selia semua perkara berkaitan dengan pasaran modal;
• Memastikan peruntukan undang-undang sekuriti dipatuhi;
Seorang ahli Lembaga juga tidak layak memegang jawatan sekiranya beliau–
disabitkan sesuatu kesalahan di bawah undang- undang termasuk penipuan, ketidakjujuran, rasuah atau keganasan;
diisytihar muflis;
gagal menjalankan tugasnya;
gagal menghadiri 3 mesyuarat Lembaga secara berturut-turut tanpa sebab;
berkelakuan dengan cara yang boleh mencemarkan reputasi Suruhanjaya;
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 159
 







































































   159   160   161   162   163