Page 162 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 162

                                BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 • •
•
•
•
•
• •
•
•
•
•
Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat;
Menggalakkan dan mengawal selia semua perkara berkaitan dengan pengurusan dana, termasuk skim unit amanah dan PRS;
Menyelia dan memantau aktiviti mana-mana syarikat pemegangan bursa, bursa saham, rumah penjelasan bursa derivatif, dan depositori pusat;
Mengambil semua langkah yang wajar untuk mengekalkan keyakinan pelabur dalam pasaran modal dengan memastikan perlindungan yang mencukupi untuk pelabur;
Meningkatkan dan menggalakkan tatalaku yang betul dalam kalangan organisasi yang mengambil bahagian, peserta, badan gabungan, peserta depositori serta semua individu yang berlesen atau berdaftar di bursa, rumah penjelasan dan depositori pusat, yang mana berkenaan;
Membasmi amalan tidak sah, tidak bermaruah dan tidak wajar dalam pasaran modal, dan pemberian nasihat pelaburan atau perkhidmatan lain berkaitan dengan pasaran modal;
Mempertimbangkan dan membuat saranan bagi pembaharuan undang-undang sekuriti;
Meningkatkan dan menggalakkan pembangunan pasaran modal di Malaysia termasuk penyelidikan dan latihan yang berkaitan;
Menggalakkan dan meningkatkan kawal seliaan kendiri oleh persatuan profesional atau institusi pasaran dalam pasaran modal;
Mengeluarkan lesen, mendaftar, memberi kebenaran, meluluskan dan menyelia semua individu yang terbabit dalam aktiviti yang dikawal selia atau menyediakan perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang termaktub di bawah mana-mana undang-undang sekuriti;
Menggalakkan dan mengekalkan integriti semua individu berlesen, individu berdaftar, individu yang diluluskan dan peserta dalam pasaran modal;
Mendaftarkan atau mengiktiraf semua juruaudit entiti kepentingan awam (PIE) atau kumpulan wang jadual dan menjalankan pemantauan ke atas mana-mana individu yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan
PIE atau kumpulan wang jadual, berhubung dengan aktiviti pasaran modal;
• Meningkatkan keyakinan dalam kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit di Malaysia, dan menggalakkan dan membangunkan rangka kerja pemantauan audit yang berkesan dan kukuh di Malaysia;
• Mengambil semua langkah munasabah untuk memantau, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik yang timbul daripada pasaran modal;
• Menggalakkan dan mengawal selia tadbir urus korporat dan piawaian perakaunan yang diluluskan bagi syarikat-syarikat tersenarai; dan
• Menetapkan dan meluluskan standard kelayakan profesional bagi pasaran modal.
Suruhanjaya juga mempunyai fungsi dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah undang- undang sekuriti.
Mesyuarat Lembaga
Sebanyak 11 mesyuarat Lembaga telah diadakan pada tahun 2023. Korum yang diperlukan ialah lima. Rekod kehadiran mesyuarat dinyatakan dalam Jadual 1.
JADUAL 1
Kehadiran di mesyuarat Lembaga
 Ahli Lembaga
  Bilangan mesyuarat yang dihadiri
  Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin
    11/11
  Tan Sri Gooi Hoe Soon
  11/11
  Datuk Dr. Zunika Mohamed
   9/11
  Datin Rashidah Mohd Sies1
   10/11
  Lynette Yeow Su-Yin2
   5/5
  Tan Sri Mazlan Mansor
    11/11
  Dato’ Mohammad Faiz Azmi3
   4/4
  Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin3
   4/4
   160
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Nota:
1 Mengakhiri penggal sebagai Ahli Lembaga pada 12 Januari 2024.
2 Mengakhiri penggal sebagai Ahli Lembaga pada 10 Jun 2023.
3 Dilantik menganggotai Lembaga pada 15 Ogos 2023.
 









































   160   161   162   163   164