Page 163 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 163

                                Kerja-kerja Lembaga dalam mentadbir urus SC dimudahcarakan oleh pelbagai jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18 SCMA, seperti yang disenaraikan dalam Jadual 2.
JAWATANKUASA AUDIT DAN RISIKO
Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC) terdiri daripada ahli bukan eksekutif SC seperti ditunjukkan dalam Jadual 2, yang dilantik oleh Lembaga. Tujuan, bidang kuasa dan tanggungjawab ARC dinyatakan dalam Piagam Jawatankuasa Audit & Risiko seperti yang diluluskan oleh
JADUAL 2
Jawatankuasa Lembaga
Lembaga. Pada asasnya, ARC menyediakan pengawasan terhadap tadbir urus, pengurusan risiko dan amalan kawalan dalaman SC.
Jawatankuasa Audit & Risiko mempunyai peranan mengawasi fungsi audit dalaman, termasuk menyemak hasil audit dan meluluskan rancangan audit dalaman tahunan.
ARC menyemak kesesuaian, kebebasan dan prestasi juruaudit luar dan membuat cadangan kepada ahli Lembaga bebas bukan eksekutif untuk pelantikan tahunan/pelantikan semula juruaudit luar. ARC juga
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
    Jawatankuasa
  Tanggungjawab utama
    Ahli
    1. Jawatankuasa Audit dan Risiko
 Menyemak keberkesanan sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman SC dan menyemak penyata kewangan tahunan.
   • Tan Sri Gooi Hoe Soon (Pengerusi) • Datuk Dr. Zunika Mohamed
• Datin Rashidah Mohd Sies1
• Lynette Yeow Su-Yin2
• Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin3
   2. Jawatankuasa Terbitan
Menyemak dan membuat keputusan mengenai penyenaraian syarikat utama dan perniagaan amanah di Pasaran Utama; pemerolehan aset yang mengakibatkan perubahan besar dalam hala tuju atau dasar sesebuah syarikat atau amanah perniagaan tersenarai di Pasaran Utama; dan penyenaraian sekunder atau penyenaraian silang syarikat asing atau amanah perniagaan asing di Pasaran Utama.
  • Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin (Pengerusi)
• Tan Sri Gooi Hoe Soon
• Datin Rashidah Mohd Sies1
• Lynette Yeow Su-Yin2
• Dato’ Mohammad Faiz Azmi3
• Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin3
   3. Jawatankuasa Pengambilalihan
dan Percantuman (TOM)
  Menyemak permohonan pengambilalihan dan percantuman yang bersifat khusus dan/atau kompleks serta perkara yang berkaitan dengan dasar negara.
    • Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin (Pengerusi)
• Tan Sri Gooi Hoe Soon4
• Datin Rashidah Mohd Sies1
• Lynette Yeow Su-Yin2
• Dato’ Mohammad Faiz Azmi
   4. Jawatankuasa Pelesenan
Menyemak dan membuat keputusan berkenaan permohonan bagi pemberian baharu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) yang baharu, permohonan wakil niaga berlesen baharu, pelantikan pengarah, pengurusan utama atau pegawai pematuhan yang dikemukakan bersama dengan permohonan CMSL baharu, dan mempertimbangkan sebarang cadangan dasar yang berkaitan dengan isu-isu pelesenan.
  • Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin (Pengerusi)
• Tan Sri Gooi Hoe Soon4
• Dr. Zunika Mohamed
• Tan Sri Mazlan Mansor
• Dato’ Mohammad Faiz Azmi3
   5. Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran (NRC)
  Menilai dan merumuskan ganjaran bagi Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) dan membuat cadangan yang sewajarnya kepada Menteri Kewangan.
    • Tan Sri Gooi Hoe Soon (Pengerusi)4
• Dr. Zunika Mohamed
• Lynette Yeow Su-Yin2
• Tan Sri Mazlan Mansor (Pengerusi)5
• Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin3
   6. Jawatankuasa Kemampanan6
 Menyediakan pengawasan ke atas perumusan kedudukan dasar dalaman SC serta kedudukan dasar untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal berhubung kemampanan dan strategi berkaitan ESG.
   • Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin (Pengerusi)
• Tan Sri Gooi Hoe Soo
• Datuk Dr. Zunika Mohamed
• Dato’ Mohammad Faiz Azmi3
    Nota:
1 Melengkapi penggal sebagai Ahli Lembaga pada 12 Januari 2024.
2 Melengkapi penggal sebagai Ahli Lembaga pada 10 Jun 2023.
3 Dilantik sebagai Ahli Lembaga pada 15 Ogos 2023.
4 Melengkapi penggal sebagai Ahli TOM dan Jawatankuasa Pelesenan pada 26 September 2023.
5 Dilantik sebagai Pengerusi NRC pada 26 September 2023.
6 Ditubuhkan pada 26 September 2023.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 161
 




































   161   162   163   164   165