Page 165 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 165

                                BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 pemantauan dan pelaporan risiko utama, dengan matlamat menyeluruh untuk melindungi tadbir urus, objektif dan reputasi SC.
Pengurusan Risiko
Rangka kerja pengurusan risiko organisasi SC, termasuk Polisi dan Garis Panduan Pengurusan Risiko Organisasi, berfungsi sebagai asas dan panduan untuk mengurus risiko seluruh SC. Proses ini sejajar dengan ISO 31000:2018 dan merangkumi pengenalpastian, penilaian, pelaporan, rawatan, pemantauan dan semakan ke atas risiko strategik dan operasi dalam SC.
RAJAH 1
Struktur Tadbir Urus Risiko Dalaman SC
SC secara konsisten meningkatkan pemantauan dan pelaporan risiko dalaman melalui tiga jawatankuasa kecil risiko iaitu Jawatankuasa Risiko Kewangan (FRC), Jawatankuasa Risiko Operasi (ORC) dan Jawatankuasa Risiko Teknologi dan Keselamatan Siber (TCRC). Jawatankuasa-jawatankuasa ini, yang dipengerusikan oleh pengurusan kanan SC, mengawasi bidang risiko utama yang khusus dan memajukan perkara kepada ERMC untuk perbincangan. Di samping itu, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (SHC) bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) dan melaporkan kepada ORC mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan kakitangan SC.
 Lembaga
 Lembaga mempunyai matlamat menyediakan panduan peringkat tinggi dan saluran strategik untuk menangani isu-isu risiko.
   Jawatankuasa Audit & Risiko
Jawatankuasa Pengurusan Risiko Eksekutif
Jawatankuasa Risiko Jawatankuasa Risiko Jawatankuasa Risiko Teknologi Kewangan Operasi & Keselamatan Siber
 ARC bermatlamat menyediakan pengawasan berstruktur dan sistematik terhadap tadbir urus, pengurusan risiko dan amalan kawalan dalaman SC.
    ERMC ditubuhkan untuk membincangkan risiko organisasi SC dan menyediakan hala tuju strategik bagi risiko tersebut. Ia juga bertanggungjawab menyemak dan memantau pelaksanaan pengurusan risiko organisasi dan prosedur mitigasi yang sesuai.
           FRC meliputi risiko kewangan dan pemerolehan kepada SC dan memastikan risiko sedemikian diurus dengan sewajarnya.
 ORC meliputi risiko operasi seluruh SC yang berkaitan dengan aset, bangunan, sumber manusia dan keselamatan SC.
Jawatankuasa Keselamatan
& Kesihatan menyediakan sokongan bagi hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan.
TCRC meliputi risiko teknologi dan keselamatan siber yang berkaitan dengan SC. Jawatankuasa ini juga menyediakan input dan cabaran strategik dalam mengenal pasti risiko dan pengurusan risiko utama dalam bidang ini.
  LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 163
 














































































   163   164   165   166   167