Page 164 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 164

                                BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 bertanggungjawab untuk menyemak cadangan skop audit, pendekatan, yuran audit dan hasil audit juruaudit luar, termasuk menyemak semua perkara penting berkaitan penyata kewangan dengan Pengurusan dan juruaudit luar. Untuk tahun kewangan semasa 2023, ARC telah mengadakan tujuh mesyuarat.
MAJLIS PENASIHAT SYARIAH
SAC diberikan mandat untuk memastikan pelaksanaan prinsip Syariah bagi sebarang hal berkaitan ICM dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ICM di Malaysia. Ia menasihati Suruhanjaya dalam semua perkara berkaitan dengan ICM dan mengeluarkan peraturan mengenai ICM yang diterbitkan untuk manfaat industri. Sembilan ahli SAC seperti yang disenaraikan dalam Jadual 3, berkhidmat selama 3 tahun bermula dari 1 Julai 2023, sebagaimana yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 31ZK SCMA.
JADUAL 3
Ahli Majlis Penasihat Syariah
LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT
AOB telah ditubuhkan di bawah Bahagian IIIA SCMA dan mandatnya adalah untuk membantu SC melaksanakan fungsi pengawalseliaannya berkaitan dengan pembangunan rangka kerja pemantauan audit yang berkesan, menggalakkan keyakinan dalam kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit, dan mengawal selia juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual.
AOB juga menjalankan pemantauan ke atas individu yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan PIE dan kumpulan wang jadual, berkaitan dengan aktiviti pasaran modal. Ahli-ahli AOB dilantik oleh Lembaga (Jadual 4)
JADUAL 4
Ahli Lembaga Pemantauan Audit
     Ahli Lembaga Pemantauan Audit
   1. Dato’ Anantham Kasinather1
   2. Tan Sri Abu Samah Nordin2
   3. Alex Ooi Thiam Poh
   4. Salmah Bee Mohd Mydin
   5. Hong Chin Pheng
   6. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz
   7. Dato’ Seri Ahmad Johan Mohammad Raslan
   8. Dato’ Noorazman Abd Aziz3
     Ahli SAC
   1. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar1
   2. Profesor Dr. Aznan Hasan2
   3. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali3
   4. Profesor Dr. Ashraf Md Hashim
   5. Profesor Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim
   6. Profesor Madya Dr. Mohamed Fairooz Abdul Khir
   7. Dr. Shamsiah Mohamad4
   8. Profesor Dato’ Dr. Mohd Azmi Omar4
   9. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman4
   10. Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir5
11. Dr. Marjan Muhammad5
12. Penolong Profesor Dr. Akhtarzaite Haji Abdul Aziz5
       13. Burhanuddin Lukman5
            162
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Nota:
Nota:
1 Melengkapi penggal sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga
pada 30 November 2023.
2 Dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga pada 5 Januari
2024.
3 Dilantik menganggotai Lembaga pada 1 Ogos 2023.
PENGURUSAN RISIKO DAN KAWALAN DALAMAN
SC mengiktiraf kepentingan mengekalkan rangka kerja pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang teguh untuk melindungi integriti dan tadbir urusnya. Pendekatan ini diwujudkan dan disokong oleh Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga Pengarah, jawatankuasa pengurusan dan proses tadbir urus dalaman yang kukuh.
SC menjalankan semakan menyeluruh secara berkala rangka kerja pengurusan risiko dan kawalan dalaman, untuk memastikan keberkesanan dan kecukupannya. Semakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko Eksekutif (ERMC) dan Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC), memerlukan pengenalpastian, penilaian,
1
2
3
4 5
Melengkapi penggal sebagai Pengerusi Majlis Penasihat pada 30 Jun 2023.
Dilantik menganggotai sebagai Pengerusi Majlis Penasihat pada 1 Julai 2023.
Dilantik menganggotai sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat pada 1 Julai 2023.
Melengkapi penggal sebagai ahli Majlis Penasihat pada 30 Jun 2023. Dilantik menganggotai Majlis pada 1 Julai 2023.
 












































   162   163   164   165   166