Page 168 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 168

                                BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 166
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Tadbir Urus dan Pematuhan
Kod Tatalaku telah diwujudkan untuk tujuan berikut:
Proses dan Prosedur Urusan
• Jabatan-jabatan di SC telah membangunkan dasar dan prosedur dalaman yang merupakan alat asas untuk mencapai mandat SC. Dokumen ini menetapkan garis kebertanggungjawaban yang jelas untuk memastikan kakitangan dan jabatan bertanggungjawab ke atas tindakan dan hasil mereka. Jabatan dikehendaki menyemak dokumen itu tepat pada masanya untuk memastikan ia kekal relevan.
• Pewujudan Polisi dan Garis Panduan Pemerolehan adalah bertujuan untuk memastikan keadilan, ketelusan dan pendekatan berstruktur untuk mendapatkan dan memperoleh barangan dan perkhidmatan untuk SC. Ini termasuk penyediaan strategi pemerolehan yang menawarkan panduan komprehensif sepanjang keseluruhan proses pemerolehan, pengukuhan tadbir urus dan kawalan pemerolehan yang baik.
• Polisi dan Garis Panduan Pengurusan Aset disediakan untuk memastikan aset SC, yang diperuntukkan kepada kakitangan untuk tugas mereka, dilindungi dan diselenggara dengan secukupnya. Polisi dan garis panduan menetapkan perlakuan ke atas aset di SC.
Pengurusan Maklumat dan Pengetahuan
• Polisi Pemberian Kebenaran untuk Penzahiran Maklumat mengawal selia pemberian maklumat sulit kepada pihak luar. Sebarang permohonan untuk pengeluaran maklumat sedemikian akan dirujuk kepada satu jawatankuasa yang terdiri daripada pengurusan kanan SC untuk membuat keputusan.
• Polisi Pengurusan Rekod diwujudkan untuk memberi panduan mengenai standard dan prosedur yang perlu dilaksanakan untuk memastikan rekod boleh digunakan secara berkesan sebagai bukti atau maklumat oleh SC dalam menjalankan operasi urusan atau kewajipan undang-undangnya. Proses pengekalan dan penyebaran telah ditambah baik untuk memudahkan kakitangan mendapat pengetahuan dan maklumat untuk membantu mereka melaksanakan tugas harian.
• •
•
•
Menetapkan jangkaan tadbir urus bagi Ahli Lembaga ketika menjalankan tugas mereka.
Menggariskan jangkaan yang dikehendaki daripada kakitangan ketika berkhidmat dengan SC termasuk tatalaku beretika dan standard tingkah laku.
SC terus menyokong prinsip etika dan integriti dalam organisasi. Pihak berkepentingan luar digalakkan untuk menerima Prinsip dan Standard SC yang menumpukan kepada tatalaku beretika termasuk pengisytiharan situasi konflik kepentingan yang berpotensi, dan dasar toleransi sifar terhadap semua bentuk suapan dan rasuah.
SC mengekalkan beberapa saluran maklum balas untuk kakitangan dan pihak luar untuk mengemukakan kebimbangan atau aduan terhadap SC dan kakitangannya. Semakan ke atas aduan dan Prosedur Pemberian Maklumat Dalaman sedang dijalankan untuk memastikan proses yang lancar dan bebas yang dipertingkatkan apabila mengendalikan sebarang kebimbangan yang dibangkitkan. Selanjutnya, dalam memastikan SC diselaraskan dengan prinsip ketelusan dan mengekalkan standard etika tertinggi oleh kakitangan, pemberian hadiah dan/atau layanan kepada kakitangan SC adalah tidak digalakkan. Dasar Hadiah dan Hospitaliti telah dipertingkatkan untuk memberikan kejelasan tentang kedudukan organisasi dalam memberi, menerima dan mengisytiharkan hadiah dan/atau layanan.
Dalam melaksanakan fungsi dan peranan SC, kecermatan yang sewajarnya mesti diberikan dalam cara kakitangan mencapai dan menyampaikan objektif ini. Oleh itu program kesedaran yang menyentuh budaya integriti dan profesionalisme SC merupakan kunci dalam mengingatkan kakitangan tentang tatalaku yang dibenarkan dan dilarang. Antara inisiatif lain, pengisytiharan tahunan mengenai pematuhan Kod Tatalaku dan penyempurnaan program Pematuhan dan Etika setiap dwitahunan diwajibkan untuk semua kakitangan. Pengetahuan dan pemahaman kakitangan tentang struktur tadbir urus dan tingkah laku beretika dalam SC diperkukuh dengan program sedemikian.
•
 













































































   166   167   168   169   170