Page 169 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 169

                                Daya Ketahanan Operasi
• Kod Tatalaku SC membimbing tatalaku dan tingkah laku yang diharapkan daripada semua kakitangan dan akibat pelanggaran. Ia memberikan kejelasan kepada kakitangan tentang nilai dan prinsip SC yang dipatuhi dengan standard tadbir urus yang baik dan tatalaku profesional.
• Kad Skor Korporat SC yang baharu dan penjajarannya di seluruh organisasi dan semua peringkat memberikan ketelusan dan garis pandangan mengenai objektif strategik korporat, bidang tumpuan utama dan hasil yang dijangkakan kepada kakitangan. Tumpuan untuk mengukur hasil dan impak akan membentuk minda ke arah membina operasi yang mampan.
• Pengenalan SC DNA yang menyatukan nilai teras dan kecekapan kepimpinan menyediakan asas untuk membina budaya padu yang memberi tumpuan kepada pihak berkepentingan dan bakat dalam organisasi. Ia juga menekankan keperluan untuk menegakkan integriti dan bersikap inovatif di samping kekal berhemat dengan mempertimbangkan kesan risiko terhadap organisasi dan memupuk pembinaan pemimpin yang berdaya tahan.
• Dasar Penggiliran Kerja yang diwujudkan menyediakan peluang peningkatan kemahiran untuk kakitangan dan ini selaras dengan pembangunan berstruktur inisiatif bakat dalam SC.
• Operasi IT dan keselamatan siber dinilai secara berterusan, dengan mempertimbangkan risiko teknologi dan keselamatan siber yang kian berkembang. Proses berterusan ini bertujuan untuk memastikan bahawa infrastruktur SC adalah dilindungi secara berkesan daripada ancaman seperti perisian hasad (malware), akses yang tidak dibenarkan, ancaman orang dalam dan gangguan lain yang mungkin menjejaskan operasi SC. Selain daripada proses dan teknologi yang telah dilaksanakan, inisiatif kesedaran pengguna yang berterusan sedang dijalankan untuk membantu mengukuhkan daya tahan SC terhadap pancingan data dan serangan kejuruteraan sosial lain yang mungkin melepasi pintu laluan keselamatan.
• Tahun ini, SC telah memulakan pelaksanaan Pelan Induk Teknologi dan Analitik (TAAM) tiga tahun. TAAM menggariskan satu siri inisiatif yang bertujuan untuk memastikan ketahanan operasi
dan teknologi jangka panjang. Inisiatif ini merangkumi pembangunan infrastruktur yang teguh dan selamat, disokong oleh kerangka aplikasi yang mampu menangani keperluan semasa dan masa hadapan.
• Pada tahun pertama pelaksanaan TAAM, kami telah memberi keutamaan kepada inisiatif-inisiatif asas. Ini termasuk peningkatan infrastruktur, pemodenan sistem sandaran, penambahbaikan keselamatan siber dan penubuhan Perkhidmatan Platform Berpusat untuk aplikasi kami. Langkah- langkah asas ini akan mendahului pembangunan aplikasi yang dikenal pasti, yang kesemuanya sejajar rapat dengan keutamaan strategik SC. Tumpuan kami kekal kepada usaha meningkatkan penyeliaan, pemantauan, perlindungan pelabur dan penginstitusian pengetahuan.
Langkah Pencegahan Rasuah
• Selaras dengan keperluan Pelan Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACP), SC membangunkan Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (OACP) pada tahun 2020. OACP merangkumi strategi tiga tahun yang bertujuan untuk mengukuhkan tadbir urus, integriti dan kawalan pencegahan rasuah. Memandangkan pelan tindakan OACP SC dari kitaran sebelumnya semakin hampir siap, SC telah membangunkan OACP bagi tahun 2024 hingga 2026 yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pencegahan Rasuah SC (JAR – Jawatankuasa Anti-Rasuah).
• Dengan pengumuman OACP 2024 - 2026, bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) telah diadakan yang terdiri daripada wakil daripada semua jabatan dalam SC. Bengkel ini mengenal pasti potensi kelemahan dan faktor risiko yang boleh menyebabkan timbulnya rasuah atau menjejaskan integriti dan memberi peluang untuk mengenal pasti rancangan mitigasi untuk meningkatkan tadbir urus yang baik.
• Berdasarkan penilaian bengkel CRA, jabatan terpilih telah menyertai bengkel Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi selama tiga hari. Semasa bengkel OACP ini, cadangan pelan tindakan telah dibincangkan dan inisiatif tambahan telah dikenal pasti. OACP yang akan datang bagi tempoh 2024-2026 akan merangkumi strategi dan inisiatif yang memfokuskan kepada tiga bidang keutamaan iaitu Tadbir Urus, Integriti dan Pencegahan Rasuah. Ia juga akan melengkapkan usaha SC untuk membangunkan pasaran modal dengan integriti dan memastikan kakitangannya
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 167
 



















































































   167   168   169   170   171