Page 171 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 171

                                INISIATIF MENGUTAMAKAN KEMAMPANAN
Bertambahnya keterukan perubahan iklim telah mendorong peningkatan gesaan di peringkat global untuk mempergiatkan usaha untuk menangani isu ini. Sebagai sebuah organisasi, SC telah mengambil langkah progresif untuk menyepadukan kemampanan ke dalam aktiviti dan operasinya, termasuk langkah yang berkaitan dengan pengoptimuman sumber dan pengurangan pembaziran.
Untuk mempergiatkan usaha kemampanannya, Inisiatif Mengutamakan Kemampanan (SFI) dijalankan pada 2023 untuk menyokong SC menjadi organisasi yang lebih mampan.
Komitmen SC adalah untuk menjadi neutral karbon menjelang 2040 dan Sifar Bersih menjelang 2050, selaras dengan komitmen iklim menyeluruh Malaysia untuk menjadi negara pelepasan gas rumah hijau (GHG) bersih sifar paling awal, menjelang 2050.
Pada 2023, SC melalui Pasukan Petugas Mengutamakan Kemampanan khas, telah membangunkan Pelan Hala Tuju SFI, yang menggariskan pelan strategik yang merangkumi tonggak alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), dan menetapkan tindakan untuk diterima pakai atau dipertimbangkan oleh SC pada masa hadapan sehingga 2050.
Alam Sekitar
Berkenaan dengan tonggak alam sekitar, SC mengumpul data yang berkaitan di bawah Skop 1 dan 2, dan data terhad di bawah Skop 3. Berikutan penilaian inventori GHGnya, pelepasan GHG SC adalah agak kecil berbanding entiti lain. Pelepasan Skop 1 SC adalah terutamanya daripada sumber pembakaran mudah alih dan tidak berubah, manakala pelepasan Skop 2 kebanyakannya daripada penggunaan elektrik di bangunan utamanya di Bukit Kiara. Pelepasan Skop 2 meliputi sumber utama pelepasan SC, berjumlah kira-kira 80% daripada keseluruhan pelepasan SC.
Pelan Hala Tuju SFI menggariskan tindakan dan pencapaian yang akan mempercepatkan peralihan mampan SC untuk mencapai Keneutralan Karbon menjelang 2040 dan Sifar Bersih menjelang 2050. Ini termasuk tindakan segera seperti menggantikan lampu konvensional dengan lampu LED secara berperingkat di seluruh premis SC. Ini dijangka membawa kepada penjimatan tenaga yang ketara dan pengurangan kepada jejak karbon SC.
SC juga akan memasang panel solar pada bangunan SC yang akan mengurangkan kebergantungannya kepada elektrik grid. Manfaat segera termasuk penurunan kos
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
   SC sebagai sebuah organisasi mampan
              Alam sekitar
Neutral karbon menjelang 2040 dan sifar bersih menjelang 2050
• Pengurusan pelepasan karbon
• Pengurangan karbon
• Analisis senario
Sosial
Impak sosial yang positif ke atas pihak berkepentingan sasaran
• Majikan pilihan • Memupuk celik
kewangan • SC sebagai
warga korporat bertanggungjawab
Tadbir urus
Pemantauan dan tadbir urus hal-hal kemampanan SC
• Pemantauan hal-hal kemampanan
• Pelaporan kemampanan
   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 169
 








































































   169   170   171   172   173