Page 173 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 173

                                Di samping itu, bagi pihak yang kurang mendapat perhatian, SC akan terus membangunkan program untuk memupuk celik kewangan kumpulan sasaran. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, SC juga akan menyokong masyarakat melalui gabungan inisiatif berbentuk sumbangan dan bukan sumbangan.
Tadbir urus
Rangka kerja tadbir urus kemampanan yang teguh adalah penting untuk memastikan akauntabiliti yang sesuai, pengawasan dan semakan perkara berkaitan kemampanan dalam SC.
Untuk mengukuhkan tadbir urus perkara berkaitan kemampanan, pada 2023 SC menubuhkan Jawatankuasa Kemampanan Lembaga (BSC) yang bertanggungjawab untuk menyediakan pengawasan ke atas strategi dan inisiatif berkaitan kemampanan dan ESG, serta pengawasan ke atas penggubalan dalaman kedudukan dasar SC berhubung kemampanan dan perkara berkaitan ESG untuk SC sebagai sebuah organisasi. BSC juga boleh menyediakan pengawasan ke atas kemampanan SC dan strategi berkaitan ESG serta kedudukan dasar untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal.
Di peringkat Pengurusan Kanan, SC telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Kemampanan (SSC) untuk membimbing dan memantau kemampanan dan perkara berkaitan ESG yang utama untuk SC. SSC disokong oleh Jabatan Kemampanan Organisasi SC, yang berfungsi sebagai titik fokus untuk memacu dan menyokong pelaksanaan kemampanan dan strategi kemampanan berkaitan ESG untuk SC, termasuk yang dikenal pasti dalam Pelan Hala Tuju SFI.
Risiko dan peluang berkaitan iklim
SC telah mewujudkan proses untuk mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko dan peluang berkaitan iklim organisasi yang material. Sebagai sebahagian daripada SFI, ini termasuk Analisis Senario yang membantu SC sebagai sebuah organisasi untuk mengharungi ketidakpastian dengan mempertimbangkan dua senario yang munasabah untuk 2050 – senario 2oC dan 4oC, bersama-sama dengan daya penggerak yang berkaitan.
SC juga telah menilai kesan dan kemungkinan risiko iklim organisasi di bawah kedua-dua senario yang munasabah. Hasil yang berkaitan akan dimasukkan ke dalam perancangan strategik SC dan amalan pengurusan risiko sekiranya sesuai.
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 171
 
























































































   171   172   173   174   175