Page 172 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 172

                                BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 elektrik dan pengurangan ketara dalam pelepasan GHG. Peralihan kenderaan SC daripada kenderaan bergantung bahan api fosil konvensional kepada model hibrid dan elektrik akan mengurangkan lagi pelepasan GHG dan berfungsi sebagai komitmen awam terhadap amalan mampan.
SC juga akan memperkenalkan proses pengurusan sisa untuk mengesan dan mengurus sisa SC, dan menjalankan audit tenaga untuk menilai kecekapan peralatan dan sistem sedia ada.
SC telah menyepadukan pengurusan GHG dalam prosesnya dan akan terus memantau pelepasan GHGnya, serta mempertimbangkan langkah-langkah pengurangan lain dalam jangka sederhana hingga panjang untuk memaksimumkan kecekapan tenaga dan seterusnya mengurangkan jejak alam sekitarnya. Ini mungkin termasuk mempertimbangkan sumber tenaga hijau lain, antara lain, pengumpulan air hujan dan fotovoltaik bersepadu bangunan (BiPV).
Sosial
Isu-isu sosial dan impak entiti terhadap masyarakat dan alam sekitar telah menjadi semakin menonjol dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun aspek alam sekitar dan tadbir urus sering mendapat perhatian, SC komited ke arah kemampanan yang menyeluruh, menekankan amalan sosial yang bertanggungjawab dalam organisasi dan pasaran modal.
Strategi tonggak sosial SFI SC adalah berpandukan kepada tema menyeluruh berikut:
Beberapa inisiatif peka karbon telah diperkenalkan pada 2023 untuk meningkatkan kesedaran kakitangan tentang amalan kemampanan dan untuk menggalakkan kehidupan yang lebih hijau. Ini termasuk bengkel pengkomposan, jalan-jalan eko berpandu dan bengkel kitar semula. SC kini mempunyai timbunan kompos sendiri, ditanam dan diselenggara oleh tukang kebun SC.
Tong-tong Kloth Cares juga telah diletakkan di dalam premis SC untuk menggalakkan kakitangan menderma barangan kesukaan mereka yang berasaskan fabrik, termasuk pakaian, aksesori, kasut dan tekstil isi rumah.
    SOSIAL
        Majikan Memupuk Warga korporat
pilihan celik bertanggungjawab kewangan
 170
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Berhubung kakitangannya, SC berhasrat untuk membangunkan aktiviti yang akan menggalakkan budaya kemampanan di seluruh SC, memfokuskan kepada kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kakitangannya. Ini akan membantu memupuk persekitaran kerja yang positif di samping menarik dan mengekalkan bakat terbaik, dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan jangka panjang SC sebagai sebuah organisasi.
 



















































































   170   171   172   173   174