Page 175 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 175

                                pengalaman kerja, mengembangkan peluang jaringan kerja dan memupuk perkongsian pengetahuan.
Menyedari bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan kesedaran yang lebih besar tentang pelbagai peluang kerjaya dalam pasaran modal, SC menerajui program pemupukan bakat, investED. InvestED merupakan program pembinaan kapasiti tiga tahun berskala besar dan pelbagai aspek yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pasaran modal, mewujudkan peluang pekerjaan untuk graduan, meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan graduan, dan menawarkan peluang penempatan pekerjaan kepada mereka. Seramai 171 pelatih telah diambil untuk kohort pertama dan mereka memulakan sesi pembelajaran dalam kelas di Asia School of Business selama sebulan dan selepas itu ditempatkan dalam organisasi tertentu yang mengambil bahagian. Sebanyak 49 organisasi dalam skop pasaran modal mengambil bahagian dalam latihan penempatan ini.
Mengambil bahagian dalam intervensi pembelajaran dan pembangunan memberi peluang kepada kakitangan untuk memperoleh kemahiran baharu dan meningkatkan kemahiran sedia ada. Dalam persekitaran perniagaan yang serba pantas dan sentiasa berubah hari ini, adalah penting untuk terus mengikuti teknologi baharu, trend dan amalan terbaik agar mereka boleh kekal mendahului. Penyertaan kakitangan SC dalam intervensi pembelajaran dan pembangunan mencatatkan peningkatan daripada 93% pada 2022 kepada 99.8% pada 2023. Ini mencerminkan komitmen organisasi terhadap pertumbuhan dan pembangunan profesional kakitangannya.
Kesedaran keselamatan siber merupakan aspek kritikal kepimpinan dalam era digital, kerana kebergantungan terhadap teknologi mewujudkan potensi risiko kepada ancaman siber. Kesedaran keselamatan siber membantu kakitangan memahami potensi risiko dan ancaman daripada serangan siber, melindungi maklumat sensitif dan melindungi reputasi organisasi. SC memandang serius keselamatan siber dan percaya bahawa tanggungjawab untuk melindungi aset digital kami terletak pada setiap kakitangan dalam organisasi. Selaras dengan usaha berterusan kami untuk mengukuhkan pertahanan siber kami dan melindungi data berharga kami, SC telah melancarkan Program Kesedaran Keselamatan Siber, dan mewajibkan semua kakitangan untuk mengambil bahagian. Adalah diharapkan melalui pelaksanaan kerap program latihan dan kesedaran mengenai perkara ini dapat meningkatkan kedudukan keselamatan keseluruhan SC dengan ketara.
Teknologi digital sentiasa berkembang, dan oleh yang demikian, program pembelajaran berkaitan digital melengkapkan kakitangan dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memanfaatkan teknologi dengan berkesan dan menjadi mahir dalam menggunakan peralatan dan platform digital. Sebagai sebahagian daripada strategi SC untuk meningkatkan keupayaan forensik digital kakitangan dan untuk mengendalikan bukti digital dengan lebih baik semasa penyiasatan, penyelesaian e-penemuan akan diguna pakai untuk memproses, mengenal pasti, menyemak dan menganalisis bukti digital. Enam kakitangan telah melalui program pensijilan yang bertujuan untuk meningkatkan kepakaran mereka dalam kerja-kerja penyiasatan digital.
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 173
 



























































































   173   174   175   176   177