Page 191 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 191

                                  BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 (c) prestasi SC tidak mewujudkan aset dengan penggunaan alternatif dan SC mempunyai hak yang boleh dikuatkuasakan untuk pembayaran untuk prestasi yang disempurnakan setakat ini.
(i) Levi
Levi sebagai peratusan daripada pertimbangan atas setiap pembelian dan jualan sekuriti yang direkodkan di Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) berkaitan kelas sekuriti yang berlainan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 24 SCMA dan Perintah Suruhanjaya Sekuriti (Levi ke atas Urus Niaga Sekuriti) (Pindaan) 2009.
SC memperakui levi daripada Bursa Malaysia sebagai pendapatan pada suatu masa secara terakru.
(ii) Yuran dan caj
SC mencatatkan yuran dan caj sebagai pendapatan dari masa ke masa apabila perkhidmatan dilaksanakan. SC merekodkan yuran dan caj yang diterima terdahulu sebagai suatu liabiliti.
(iii) Yuran pelesenan
Yuran pelesenan diperakui sebagai pendapatan apabila perkhidmatan telah dilaksana dari masa ke semasa. SC merekodkan yuran pelesenan yang diterima terdahulu sebagai suatu liabiliti.
(iv) Yuran pendaftaran
Yuran pendaftaran diperakui pada suatu masa apabila pendaftaran juruaudit didaftarkan.
(h) Pendapatan kewangan
Pendapatan kewangan diperakui ketika ia terakru dengan menggunakan kaedah faedah efektif dalam keuntungan atau kerugian. Ia terdiri daripada:
(a) faedah yang diperolehi daripada deposit bank dan sekuriti pendapatan tetap;
(b) pelunasan premium atau diskaun ke atas pembelian sekuriti pendapatan tetap yang diukur pada kos terlunas.
Untuk keuntungan/kerugian bersih ke atas aset kewangan bagi FVTPL, perubahan dalam nilai saksama atau pelupusan aset kewangan diiktiraf dalam untung atau rugi apabila ia timbul.
(i) Pendapatan lain
Termasuk dalam pendapatan lain ialah:
(i) Pendapatan penalti atas juruaudit yang gagal mematuhi apa-apa peruntukan atau syarat yang dikenaka di bawah Bahagian IIIA – Lembaga Pemantauan Audit SCMA. Pendapatan penalti yang diperakui pada suatu masa menurut seksyen 31Z SCMA di mana AOB mengenakan penalti monetari terhadap juruaudit kerana gagal mematuhi syarat pendaftaran AOB. Amaun penalti adalah terhad dan akan digunakan bagi perancangan dan pelaksanaan program pembinaan keupayaan yang berkaitan dengan profesyen perakaunan dan pengauditan.
(ii) Pemulihan kos penyiasatan dan tindakan undang-undang yang diiktiraf pada suatu masa. Menurut CMSA Seksyen 200 dan 201, SC dibenarkan boleh pulih amaun dari seseorang yang melanggar CMSA Seksyen 175, 176, 177, 178, 179 dan 181 dan juga 188 di mana sebarang amaun dipulih oleh SC boleh mula-mula sekali dibayar ganti kepada SC untuk semua kos penyiasatan dan tindakan undang-undang berkenaan dengan pelanggaran.
(iii) Sisa jumlah yang diiktiraf pada suatu masa di mana CMSA Seksyen 200 dan 201 menyatakan sampai satu tahap sebarang amaun yang diperolehi tidak diagihkan kepada orang-orang yang mengalami kerugian atau kerosakan akibat pelanggaran undang-undang, jumlah tersebut hendaklah samada dibayar kepada Capital Market Compensation Fund atau disimpan oleh SC untuk membiayai kos pembangunan dan pemudahan program pendidikan untuk pelabur pasaran modal dan profesional atau kos mengawal selia pasaran modal, dengan kelulusan Menteri Kewangan.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 189
 












































































   189   190   191   192   193