Page 193 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 193

                                  BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 Cukai tertunda diiktiraf dalam untung atau rugi, kecuali apabila ia timbul daripada urus niaga yang diiktiraf secara langsung dalam ekuiti, di mana cukai tertunda juga dicajkan atau dikreditkan terus kepada ekuiti.
Aset dan liabiliti cukai tertunda diofset apabila aset dan liabiliti cukai pendapatan tertunda berkaitan dengan cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa percukaian yang sama ke atas sama ada entiti bercukai atau entiti bercukai yang berbeza di mana wujud hasrat untuk menyelesaikan baki secara bersih.
(l) Dana kepada badan-badan bersekutu
SC memperuntukkan dana kepada badan-badan bersekutu yang layak untuk menceburi aktiviti pasaran modal. Geran diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian apabila pembayaran telah dibuat.
(m) Peruntukan
Peruntukan diiktiraf semasa SC mempunyai kewajipan semasa (undang-undang atau konstruktif) akibat daripada peristiwa lampau, ianya berkemungkinan aliran keluar sumber diperlukan untuk menyelesaikan kewajipan tersebut, dan amaunnya boleh dianggarkan dengan pasti.
Peruntukan tidak diiktiraf untuk kerugian kendalian masa hadapan. Apabila ada sejumlah kewajipan serupa, kemungkinan aliran keluar diperlukan dalam penyelesaian yang ditentukan dengan mempertimbangkan kelas kewajipan secara keseluruhan. Peruntukan diiktiraf walaupun kemungkinan aliran keluar berkenaan dengan satu item yang termasuk dalam kelas kewajipan yang sama mungkin kecil.
Peruntukan diukur pada anggaran terbaik (termasuk risiko dan ketidakpastian) perbelanjaan yang diperlukan untuk menyelesaikan kewajipan semasa dan mencerminkan nilai semasa perbelanjaan yang diperlukan untuk menyelesaikan kewajipan di mana nilai masa wang adalah material.
(n) Pengukuran nilai saksama
Nilai saksama bagi aset atau liabiliti ditentukan sebagai harga yang akan diterima untuk menjual sesuatu aset atau harga yang dibayar untuk memindahkan liabiliti dalam transaksi secara tertib antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran. Pengukuran tersebut menganggap bahawa transaksi untuk menjual aset tersebut atau memindahkan liabiliti berlaku sama ada dalam pasaran utama atau jika ketiadaan pasaran utama, dalam pasaran paling berfaedah.
Bagi aset bukan kewangan, pengukuran nilai saksama mengambil kira keupayaan peserta pasaran untuk menjana manfaat ekonomi dengan menggunakan aset dalam kegunaan tertinggi dan terbaiknya atau menjualnya kepada peserta pasaran lain yang akan menggunakan aset tersebut dalam kegunaan tertinggi dan terbaiknya.
Semasa mengukur nilai saksama aset atau liabiliti, setakat yang mungkin, SC menggunakan data pasaran boleh cerap. Nilai saksama dikategorikan ke dalam peringkat berbeza dalam hierarki nilai saksama berdasarkan input yang digunakan dalam teknik penilaian seperti yang berikut:
Tahap 1: harga sebutan (tak terlaras) dalam pasaran aktif untuk aset atau liabiliti serupa yang boleh diakses oleh SC pada tarikh pengukuran.
Tahap 2: input selain harga sebutan terangkum dalam Tahap 1 yang boleh dicerap bagi aset atau liabiliti tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Tahap 3: input tak boleh cerap bagi aset atau liabiliti.
SC mengiktiraf pemindahan antara tahap hierarki nilai saksama pada tarikh peristiwa atau perubahan dalam keadaan yang menyebabkan pemindahan.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 191
 
















































































   191   192   193   194   195