Page 192 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 192

                                 BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 (j) Manfaat kakitangan
(i) Manfaat kakitangan jangka pendek
Obligasi manfaat kakitangan jangka pendek berhubung dengan gaji, bonus tahunan, cuti tahunan berbayar dan cuti sakit, caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Skim Persaraan Swasta (PRS) diukur secara tidak terdiskaun dan dikira sebagai perbelanjaan bagi perkhidmatan berkaitan yang diberikan.
Liabiliti diiktiraf bagi amaun yang jangka akan dibayar jika SC mempunyai obligasi undang- undang atau konstruktif semasa untuk membayar amaun ini disebabkan oleh perkhidmatan lampau yang diberikan oleh kakitangan dan obligasi tersebut dapat dianggar dengan andal.
(ii) Pelan manfaat wajib
Manfaat persaraan
SC memperuntukkan manfaat perubatan persaraan kepada kakitangan yang layak, yang diambil bekerja sebelum 1 Januari 2003.
Obligasi SC dalam pelan manfaat wajib ini dikira dengan menganggar amaun manfaat akan datang yang berhak diterima oleh kakitangan dalam tempoh semasa dan sebelumnya dan mendiskaun amaun tersebut.
Pengiraan obligasi manfaat wajib dilaksanakan oleh aktuari bertauliah bebas dengan menggunakan kaedah unjuran kredit unit. Apabila pengiraan terima menunjukkan potensi aset bagi SC, aset yang dikira dihadkan kepada nilai semasa manfaat ekonomi yang ada dalam bentuk apa-apa pulangan masa depan daripada pelan atau pengurangan dalam sumbangan masa depan kepada pelan tersebut. Untuk mengira nilai semasa manfaat ekonomi, perhatian diberikan kepada mana- mana keperluan pendanaan minimum yang terpakai.
Pengukuran semula liabiliti manfaat wajib bersih, yang terdiri daripada laba dan kerugian aktuari, dikira terus dalam pendapatan komprehensif lain. SC menentukan perbelanjaan atau pendapatan faedah bersih bagi liabiliti wajib bersih atau aset bagi tempoh tersebut dengan menggunakan kadar penurunan yang digunakan untuk mengukur obligasi manfaat wajib pada permulaan tempoh tahunan bagi liabiliti manfaat wajib atau aset bersih, dengan mengambil kira apa-apa perubahan dalam liabiliti manfaat wajib atau aset bersih dalam tempoh tersebut sebagai bayaran caruman dan manfaat.
Kos dan perbelanjaan berhubung dengan pelan manfaat wajib dikira dalam keuntungan atau kerugian.
Apabila manfaat satu-satu pelan diubah atau apabila satu-satu pelan dipendekkan, perubahan dalam manfaat yang berkait dengan perkhidmatan lampau atau laba atau kerugian daripada pemendekan tersebut dikira terus dalam keuntungan atau kerugian. SC mengira laba dan keuntungan dalam penyelesaian pelan manfaat wajib apabila penyelesaian berlaku.
(k) Cukai tertunda
Cukai tertunda dikira menggunakan kaedah liabiliti, memperuntukkan perbezaan sementara antara jumlah aset dan liabiliti bagi tujuan percukaian dan amaun bawaannya dalam penyata kewangan. Cukai tertunda tidak dikira sekiranya ia timbul daripada pengiktirafan awal sesuatu aset atau liabiliti dalam urus niaga yang ketika ia berlaku, tidak memberi kesan kepada perakaunan atau keuntungan bercukai.
Cukai tertunda diukur melalui kadar cukai (undang-undang percukaian) yang telah digubal atau sebahagian besarnya telah digubal menjelang penghujung tempoh pelaporan dan dijangka diguna pakai apabila aset cukai tertunda yang berkaitan diiktiraf atau liabiliti cukai tertunda diselesaikan.
Aset cukai tertunda diiktiraf berdasarkan berkemungkinan terdapat keuntungan boleh cukai yang tersedia di mana perbezaan sementara yang boleh ditolak, kerugian cukai tidak digunakan atau kredit cukai tidak digunakan, boleh digunakan.
 190   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

















































































   190   191   192   193   194