Page 31 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 31

                                mengenal pasti bidang-bidang untuk peningkatan berhubung keupayaan respons kepada krisis pasaran untuk masa hadapan.
SC juga menjalankan beberapa penilaian tematik mengenai topik seperti kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB), bon Tambahan Peringkat 1 (AT1), ujian tekanan dana dan aliran dana pelabur. Pada suku pertama 2024, SC akan menerbitkan Tinjauan Kestabilan Pasaran Modal keduanya yang mengandungi penilaian keseluruhan risiko dalam pasaran modal Malaysia dan perbincangan mengenai pemacu risiko sistemik yang berkaitan.1
PENGUMPULAN MODAL Ekuiti
Pada 2023, pengumpulan dana ekuiti terus didaftarkan dengan bilangan permohonan tinggi yang telah dikemukakan kepada SC, berbanding 2022.
JADUAL 1
Permohonan ekuiti
JADUAL 2
Piagam prestasi perkhidmatan – permohonan ekuiti
JADUAL 3
Prospektus ekuiti dan dokumen lain
Daripada 22 permohonan ekuiti yang diterima SC pada 2023, sembilan daripadanya adalah untuk tawaran awam awal (IPO), dua berhubung cadangan pengambilalihan yang mengakibatkan perubahan signifikan hala tuju atau dasar perniagaan, dan 11 untuk pemindahan penyenaraian ke Pasaran Utama daripada Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) (Jadual 1). Tujuh lagi permohonan telah dibawa ke hadapan dari 2022. (Sila rujuk Jadual 1A pada halaman 61 bagi Statistik Terperinci).
Daripada jumlah ini, 18 permohonan telah dipertimbangkan manakala dua telah ditarik balik dan sembilan masih dalam semakan setakat akhir tahun. Secara purata, lima pusingan pertanyaan dibangkitkan bagi setiap permohonan ekuiti yang dipertimbangkan, 99% daripadanya dikumpulkan dalam tempoh piagam masa (Jadual 2).
SC juga mendaftarkan 17 prospektus ekuiti pada 2023, terdiri daripada enam prospektus IPO dan 11 prospektus ringkas berkenaan pengumpulan dana oleh syarikat tersenarai (Jadual 3).
Bon Korporat dan Sukuk
JADUAL 4
Serahan bon korporat dan sukuk
JADUAL 5
Permohonan bon korporat dan sukuk
Pada 2023, jumlah serahan3 bon korporat dan sukuk kekal stabil dengan sejumlah 64 serahan bon korporat dan sukuk telah dibuat dengan SC berbanding 62 serahan pada tahun sebelumnya (Jadual 4). Sukuk merangkumi 67% daripada bilangan serahan, serta 57% daripada nilai nominal berhubung dengan instrumen denominasi ringgit (sukuk RM98.26 bilion; jumlah RM171.26 bilion) dan 80% daripada nilai nominal instrumen denominasi mata wang asing (sukuk AS$40.00 bilion; jumlah AS$50.00 bilion) (Sila rujuk Jadual 4A pada halaman 61 bagi Statistik Terperinci).
BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
   Bilangan permohonan
  2023
 2022
  Diterima sepanjang tahun
   22
  20
  Dipertimbangkan
    18
   18
  Diluluskan
   18
  16
   Serahan sepanjang tahun
 2023
  2022
  Bilangan serahan
   64
    62
     Permohonan sepanjang tahun
 2023
  2022
  Bilangan permohonan
  2
   2
  Dipertimbangkan
  2
   2
  Diluluskan
   2
    2
   Langkah
   Sasaran
  Pencapaian
   2023
   2022
   Bilangan permohonan ekuiti yang diproses dalam lingkungan piagam masa2
    90%
  99%
  100%
    Permohonan ekuiti
  2023
 2022
  Prospektus
   6
  19
  Prospektus ringkas
   11
  15
  JUMLAH
    17
   34
    1 2
3
Capital Market Stability Review boleh didapati di https://www.sc.com.my/resources/cmsr.
Berdasarkan bilangan maklum balas yang dikeluarkan:
(i) maklum balas pusingan pertama dibangkitkan dalam tempoh 10 Hari Pasaran (MDs) dari penerimaan serahan lengkap; dan (ii) maklum balas selanjutnya dibangkitkan dalam tempoh lima MD dari penerimaan jawapan lengkap.
Menurut Rangka Kerja Serah dan Simpan bagi Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai (Rangka Kerja LOLA).
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 29
 




















   29   30   31   32   33