Page 32 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 32

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 SC juga menerima dua permohonan berhubung bon korporat dengan jumlah nominal RM0.22 bilion pada 2023, berbanding dua permohonan dengan jumlah nominal RM0.37 bilion yang diterima pada 2022 (Jadual 5). Kedua-dua permohonan telah dipertimbangkan dan diluluskan pada akhir tahun (Sila rujuk Jadual 5A pada halaman 62 bagi Statistik Terperinci).
JADUAL 6
Dokumen berkaitan bon korporat dan sukuk
JADUAL 8
Prestasi piagam perkhidmatan – pengambilalihan dan penggabungan
 Langkah
   Sasaran
    Pencapaian
  2023
    2022
   Dokumen tawaran diluluskan dalam tempoh 21 hari dari penerimaan notis tawaran pengambilalihan
 100%
   100%
   100%
   IAC beri tawaran pengambilalihan yang diluluskan dalam tempoh 10 hari dari tarikh penghantran dokumen tawaran
  100%5
   100%
  Dokumen skim dan surat nasihat bebas bagi skim yang diluluskan dalam tempoh 35 hari dari tarikh pengumuman oleh lembaga pengarah penerima tawaran untuk membentangkan resolusi bagi skim kepada pemegang saham untuk kelulusan
  100%
   100%6
    Bilangan dokumen
  2023
   2022
  Serahan surat ikatan amanah/surat ikatan amanah tambahan
  107
   70
  Deposit memorandum maklumat/ serahan dokumen penzahiran
 62
  52
  Serahan helaian sorotan produk
   3
    1
  Pendaftaran prospektus ringkas
  2
   -
   Sebanyak 174 dokumen telah diterima pada 2023, berbanding 123 penerimaan dokumen pada tahun 2022, mewakili 41% peningkatan dalam bon korporat dan sukuk berkaitan dengan dokumen yang diterima oleh SC (Jadual 6).
Pengambilalihan dan Penggabungan
JADUAL 7
Pengambilalihan, penggabungan dan pemerolehan wajib
SC mentadbir Kod Pengambilalihan dan Penggabungan Malaysia 2016 (Kod) dan Peraturan mengenai Pengambilalihan, Penggabungan dan Pemerolehan Wajib (Peraturan) untuk memastikan pemerolehan kawalan berlaku dalam pasaran yang cekap, kompetitif dan bermaklumat. SC juga memberi tumpuan kepada tingkah laku pihak berkaitan untuk memastikan pemegang saham syarikat penerima tawaran dilayan secara adil, diberi peluang untuk membuat keputusan mengenai merit pengambilalihan dan diberi layanan sama rata oleh pemberi tawaran.
SC menyemak semula dasar pengambilalihan secara berkala untuk memastikan keperluan menyediakan rangka kerja yang teratur di mana pengambilalihan, penggabungan dan pemerolehan wajib dijalankan. Untuk tujuan ini, perundingan awam atau libat urus dengan pelbagai kumpulan berkepentingan dianjurkan untuk mendapatkan maklum balas.
Pada 2023, SC mempertimbangkan sejumlah 62 permohonan di bawah Peraturan berbanding 77 permohonan pada 2022. Ini disebabkan terutamanya oleh bilangan tawaran/skim pengambilalihan yang lebih rendah dan pengecualian untuk obligasi tawaran mandatori menurut prosedur whitewash yang dijalankan pada tahun berkenaan (Jadual 7).
 Permohonan dan dokumen yang dipertimbangkan
 2023
  2022
  Kelulusan dokumen tawaran/skim
  10
   18
  Kelulusan pekeliling nasihat bebas (IAC)
   13
    25
  Kelulusan pekeliling whitewash4
  4
   3
  Permohonan pengecualian daripada obligasi tawaran mandatori
 19
  11
  Permohonan lain
   16
    20
  JUMLAH
  62
   77
     30
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
4
5 6
Whitewash merujuk kepada pengecualian daripada obligasi tawaran mandatori yang timbul daripada terbitan sekuriti baharu, yang diluluskan oleh SC tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk kelulusan daripada pemegang bebas pada mesyuarat agung.
Termasuk satu permohonan di mana pelanjutan masa diberikan untuk mengemukakan IAC kepada SC dan dihantar kepada pemegang sahamnya.
Termasuk satu permohonan di mana pelanjutan masa diberikan untuk menghantar pekeliling dan surat penasihat bebas bagi skim berkenaan.
 



























   30   31   32   33   34