Page 34 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 34

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
  PENGURUSAN PELABURAN DAN PRODUK
Skim Pelaburan Kolektif dan Skim Persaraan Swasta
JADUAL 9
Permohonan berkaitan dengan skim1 pelaburan kolektif dan skim persaraan swasta
  (i) Permohonan
      Dipertimbangkan
   Diluluskan
   2023
  2022
   2023
    2022
  Pemberian kebenaran bagi skim pelaburan kolektif
– Dana unit amanah
– Dana dagangan pertukaran (ETF)
– Amanah pelaburan hartanah (REIT)
  22
222 - -
40
393 - 1
 22
22 - -
  40
39 - 1
  Pemberian kebenaran bagi dana persaraan swasta
   4
 16
  4
   16
  Pengecualian/kelainan daripada garis panduan
   5
 2
  5
   2
  Permohonan lain
   204
 315
  20
   30
  Pendaftaran prospektus/dokumen penzahiran
   304
 126
  304
   126
  Pendaftaran surat ikatan
    303
  221
   303
    221
 JUMLAH
   658
 436
  658
   435
    Nota:
Termasuk dana unit amanah, dana dagangan tukaran, amanah pelaburan hartanah dan dana borong. Termasuk 7 dana yang turut layak sebagai dana SRI.
Termasuk 6 dana yang turut layak sebagai dana SRI.
Termasuk 5 permohonan untuk mendapatkan kelayakan sebagai dana SRI.
Termasuk 20 permohonan untuk mendapatkan kelayakan sebagai dana SRI.
Pada tahun 2023, SC telah mempertimbangkan sejumlah 658 permohonan berkenaan skim pelaburan kolektif (CIS) dan skim persaraan swasta (PRS), merangkumi permohonan berkenaan penubuhan dana baharu, pendaftaran prospektus dan dokumen penzahiran, pendaftaran surat ikatan dan perkara sampingan lain. Ini adalah peningkatan sebanyak 50.9% berbanding 436 permohonan yang dipertimbangkan pada 2022, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam pendaftaran surat ikatan, prospektus dan dokumen penzahiran. Syarikat pengurusan dana unit amanah dan dana dagangan bursa, serta penyedia PRS, mengemas kini dokumen sepanjang tahun, sebelum akhir tempoh peralihan untuk pematuhan peruntukan tertentu dalam garis panduan8 CIS yang berkaitan pada tahun 2023 (Jadual 9).
SC juga menerima sebanyak 44 penyerahan mengenai dana borong di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan untuk Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai (Rangka Kerja LOLA) untuk pelabur sofistikated, berbanding 45 pada tahun 2022.
SC telah menyemak semula Guidelines on Unit Trusts Funds (Garis Panduan Dana Unit Amanah) pada Disember 2021, Guidelines on private Retirement Schemes (Garis Panduan Skim Persaraan Swasta) dan Guidelines on Exchange-Traded Funds (Garis Panduan mengenai Dana Dagangan Pertukaran) pada September 2022 untuk menggalakkan daya saing dan inovasi dalam rejim pengawasan yang seimbang dan proaktif.
1 2 3 4 5
 32
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
8
 
































   32   33   34   35   36