Page 33 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 33

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 SC meluluskan 10 dokumen tawaran yang melibatkan jumlah nilai7 tawaran sebanyak RM5.53 bilion atau purata RM553.43 juta bagi setiap tawaran. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM3.43 bilion berbanding tahun sebelumnya (2022: 18 tawaran dengan jumlah nilai tawaran RM2.10 bilion, dengan purata RM116.93 juta bagi setiap tawaran). Tiga daripada 10 tawaran telah dilaksanakan melalui skim, sama seperti pada 2022.
Tawaran terbesar pada 2023 adalah oleh Sime Darby Enterprise Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Sime Darby Bhd) untuk baki saham dalam UMW Holdings Bhd. Pada nilai tawaran RM2.27 bilion, ia menyumbang 41% daripada jumlah nilai tawaran pada 2023. Tawaran utama lain dari segi nilai tawaran termasuk tawaran oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk baki saham dalam Boustead Plantations Bhd pada RM1.96 bilion dan dalam Boustead Holdings Bhd pada RM703.25 juta. Tawaran selebihnya adalah jauh lebih kecil dan terdiri daripada tawaran untuk Ewein Bhd, Cyberjaya Education Bhd (dahulunya dikenali sebagai Minda Global Bhd), Damansara Holdings Bhd, Systech Bhd dan MBf Corporation Bhd, NCB Holdings Bhd dan Ajiya Bhd, yang kesemuanya mempunyai nilai tawaran bawah RM100 juta setiap satu.
Daripada 10 tawaran pada 2023, tujuh adalah berkaitan dengan syarikat penerima tawaran yang tersenarai di Pasaran Utama, satu adalah berkaitan dengan syarikat penerima tawaran yang disenaraikan di Pasaran ACE (Systech Bhd) dan dua berkaitan dengan syarikat awam tidak tersenarai (MBf Corporation Bhd dan NCB Holdings Bhd). Terdapat kurang pelaksanaan penswastaan dengan hanya tiga yang dicadangkan pada 2023 (2022: lima pelaksanaan penswastaan). Dua daripada syarikat itu telah berjaya dinyahsenarai daripada bursa saham pada 31 Disember 2023.
Dari segi sektor, sektor produk dan perkhidmatan pengguna adalah yang tertinggi dari segi nilai tawaran dengan RM2.34 bilion, mewakili 42% daripada jumlah nilai tawaran atau 20% daripada jumlah tawaran dan merangkumi tawaran untuk UMW Holdings Bhd dan Cyberjaya Education Bhd (kini dikenali sebagai Minda Global Bhd). Ini diikuti oleh sektor perladangan dengan jumlah nilai tawaran RM1.96 bilion, mewakili 35% daripada jumlah nilai tawaran atau 10% daripada jumlah tawaran, dan merangkumi tawaran untuk Boustead Plantation Bhd.
SC juga meluluskan 13 pekeliling nasihat bebas (IAC), sembilan daripadanya berkaitan dengan tawaran/skim pengambilalihan dan empat berkaitan pengecualian daripada obligasi tawaran mandatori menurut prosedur whitewash (2022: 25 IAC). Dua pekeliling whitewash juga telah diluluskan berhubung pengecualian daripada kewajipan tawaran mandatori (2022: 3 pekeliling whitewash). Walaupun terdapat penyederhanaan dalam aktiviti pengambilalihan dan penggabungan berbanding tahun sebelumnya, bilangan permohonan untuk pengecualian daripada perlu melaksanakan tawaran pengambilalihan mandatori meningkat daripada 11 pada 2022 kepada 19 pada 2023. Enam permohonan adalah berkaitan dengan pengecualian whitewash manakala baki 13 permohonan melibatkan pemerolehan atau pemindahan saham dalam ahli kumpulan pihak yang bertindak secara bersama menurut perancangan penggantian atau latihan penyusunan semula dalaman.
SC juga mempertimbangkan 16 permohonan untuk pelbagai perkara di bawah CMSA dan Peraturan, termasuk permohonan berkaitan pelantikan dan/atau peletakan jawatan pengarah syarikat penerima tawaran semasa tempoh tawaran dan permohonan lanjutan masa untuk memenuhi kewajipan tertentu di bawah Peraturan.
 7
Nilai bilangan sekuriti adalah tertakluk kepada skim tawaran/skim berdasarkan harga tawaran.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 31
 
























































































   31   32   33   34   35