Page 52 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 52

                                 BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 50
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Senarai Peringatan Pelabur dan Intervensi Berkaitan Ruang Siber
SC telah dan akan terus mencegah aktiviti penipuan dan pengendali aktiviti tidak berlesen secara proaktif. Dalam hal ini, SC sertakan nama entiti dan individu yang didapati menjalankan penipuan atau aktiviti tidak berlesen dalam Senarai Peringatan Pelabur SC secepat mungkin di mana dalam kebanyakan kes ini, ia dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas menerima aduan.
Di samping itu, SC juga dengan bantuan daripada SKMM menyekat laman web yang didapati melakukan penipuan dan aktiviti tidak berlesen. Lanjutan kepada ini, SC turut bekerjasama dengan penyedia platform media sosial seperti Meta Platforms Inc (Facebook), Google LLC dan lain-lain untuk menyekat geo-block halaman media sosial.
Pengawasan Proaktif Aktiviti Tidak Berlesen
Di samping mengambil tindakan berdasarkan aduan dan pertanyaan yang diterima, SC mempunyai unit khusus untuk memantau dan mengesan aktiviti dan penipuan dalam talian tanpa lesen secara proaktif yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia.
Sehingga 31 Disember 2023, sejumlah 569 URL (2022: 382 URL) telah dikesan melibatkan pelbagai laman web dan platform media sosial untuk potensi pelanggaran dalam menawarkan aktiviti tidak berlesen kepada rakyat Malaysia. Daripada jumlah ini, 51% adalah daripada Telegram, 27% daripada Facebook, 9% daripada Instagram dan 13% daripada sumber lain seperti laman web, YouTube, TikTok, dan sebagainya.
Pemerkasaan Pelabur
Inisiatif pemerkasaan pelabur SC, InvestSmart®, menjalankan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan amalan celik pelaburan dan kesedaran mengenai aktiviti tidak berlesen dan penipuan terhadap pihak awam. InvestSmart® terus menggunakan pelbagai alat digital dan dalam talian termasuk saluran media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube bertujuan untuk meluaskan jangkauan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan makluman, peringatan dan panduan yang pantas untuk mengelakkan aktiviti tidak berlesen serta penipuan. Dalam pembentukan mesej dan kandungan, InvestSmart® telah dibimbing oleh pandangan dan maklumat yang diperoleh daripada aduan dan pertanyaan yang diterima serta penemuan daripada kajian tinjauan yang dijalankan.
Selaras dengan ini, InvestSmart® terus menjalankan pelbagai inisiatif kesedaran anti-penipuan pada tahun 2023 yang merangkumi perkara berikut:
• Siaran tetap (poster dan video) pada platform media sosial cth. Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube;
• Mengadakan webinar InvestSmart®;
• Siaran media;
• Sesi libat urus;
• Temu bual TV dan radio; dan
• Pengumuman perkhidmatan awam (PSA) dengan kerjasama Kementerian Perhubungan Malaysia. Butiran mengenai inisiatif pendidikan pelabur SC adalah dalam Bahagian 4.
 
















































































   50   51   52   53   54