Page 53 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 53

                                 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
  Pasukan Petugas (Task Force) Mengenai Penipuan dan Aktiviti Tidak Berlesen
Pada awal tahun 2023, Pasukan Petugas mengenai Aktiviti/Penipuan telah ditubuhkan untuk memberikan tumpuan yang lebih besar terhadap bidang yang dikenal pasti untuk menyekat peningkatan aktiviti/ penipuan tidak berlesen. Beberapa hasil yang ketara daripada Pasukan Petugas adalah seperti berikut:
• Penambahbaikan pada laman web Senarai Peringatan Pelabur SC untuk menjadikannya lebih teguh, dinamik dan mesra peranti mudah alih.
• Pembangunan alat dalam laman web SC yang dikenalpasti sebagai ‘Semak Sebelum Labur’ yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk orang ramai menyemak dan mengesahkan kesahihan entiti dan individu.
• Sesi libat urus bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membahaskan tentang anti-penipuan dalam khutbah Jumaat yang bertemakan ‘Jerat Serupa Jerami’ di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan, yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
• Pembangunan ‘Scam Meter’ dalam laman web SC untuk membantu mengenal pasti dan meningkatkan kesedaran petanda penipuan yang kerap berlaku dalam peluang pelaburan.
• Sebanyak empat wawancara radio dan dua wawancara TV dilakukan untuk menyebarkan kesedaran tentang penipuan dan aktiviti tidak berlesen.
Kebimbangan Meningkat terhadap Aktiviti oleh Syarikat Awam Tidak Tersenarai dan Entiti yang Menawarkan Produk Amanah Tunai
Selain daripada penipuan dan aktiviti tidak berlesen, SC juga memerhatikan beberapa kemungkinan tatalaku buruk oleh UPC yang biasanya menawarkan saham keutamaan dan entiti yang menawarkan produk Cash Trust. Tinjauan SC mencadangkan bahawa terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan pelanggaran undang-undang sekuriti termasuk penawaran saham oleh UPC kepada pelabur runcit tanpa mendaftarkan prospektus dengan SC.
Dalam hal ini, beberapa penyiasatan telah dimulakan oleh SC yang melibatkan tawaran UPC dan entiti yang menawarkan produk Cash Trust. Ini termasuk kemungkinan pelanggaran seksyen 58 (keperluan untuk lesen perkhidmatan pasaran modal), seksyen 232 (keperluan untuk mendaftarkan prospektus berhubung dengan sekuriti) dan seksyen 179 (penggunaan peranti yang menimbulkan keraguan dan penipuan) CMSA.
Khususnya berkenaan UPC, SC juga sedang menyemak rangka kerja kawal selia semasa. Ini dipertimbangkan untuk memperkenalkan keperluan bagi penilaian dan usaha wajar dalam menangani sebarang jurang yang merugikan dan berbahaya kepada pelabur.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   51






















































































   51   52   53   54   55