Page 57 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 57

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 CARTA 1
Perincian kes siasatan aktif
27% Salah laku korporat
4% Halangan Siasatan
7% Pengubahan 9%
wang haram Pelanggaran 16%
RAJAH 2
Perincian kerja-kerja siasatan yang telah dijalankan
 9%
Aktiviti tidak berlesen
     15%
Penipuan sekuritit
2% Lain-lain
11% Manipulasi
       penzahiran Dagangan orang dalam
Proses penyiasatan SC memastikan bahawa aktiviti penyiasatan dijalankan secara teliti, objektif, dan berkesan mengikut proses yang betul. Pada tahun 2023, lebih daripada 1,600 notis dikeluarkan untuk memaksa individu dan entiti untuk hadir dihadapan Pegawai Penyiasat SC untuk pemeriksaan atau mengeluarkan dokumen dan maklumat tertentu kepada Pegawai Penyiasat SC, bagi tujuan pengumpulan fakta dan bukti. Siri serbuan juga telah dijalankan di pelbagai lokasi di Malaysia untuk memudahkan siasatan yang sedang berjalan bagi beberapa kes. Butiran lanjut boleh dilihat dalam Rajah 2.
Mengurangkan Risiko Pengubahan Wang Haram
Pada 2023, SC mengambil langkah di bawah AMLATFPUAA, untuk membeku dan merampas wang tunai dan saham berjumlah kira-kira RM100 juta, yang disyaki merupakan hasil daripada aktiviti haram. Tindakan ini merupakan sebahagian daripada siasatan pengubahan wang haram yang berterusan, dan pembekuan serta perampasan dana tersebut bertujuan untuk mencegah pelesapan dana sementara siasatan masih berterusan.
Memanfaatkan Unit Forensik Digital SC
Peningkatan penggunaan komunikasi digital dan peranti digital sememangnya telah meningkatkan kesukaran penyiasatan jenayah sekuriti oleh SC. Sejurus penubuhan unit Forensik Digital (DF) dalaman SC pada tahun 2020,
terdapat peningkatan yang ketara dalam memperoleh dan pemeliharaan bukti digital dengan pantas. Dengan peningkatan teknologi mudah alih, SC telah berterusan melabur dalam alat forensik mudah alih yang memudahkan pengeluaran yang cekap serta alat e-Discovery untuk melakukan analisis mendalam terhadap jumlah data besar yang diekstrak daripada bukti digital, untuk mempercepat proses pengenalpastian dan pengumpulan bukti.
Pada 2023, unit DF telah memelihara bukti dari 351 sumber digital termasuk dari sumber fizikal (komputer, telefon mudah alih, dan tablet) serta sumber dalam talian (akaun e-mel dan cloud storage). Sebahagian besar bukti digital diekstrak dan dipelihara di tempat sejurus pengenalpastian. Pemeliharaan bukti digital seperti e-mel dan mesej teks adalah penting untuk menetapkan modus operandi aktiviti jenayah yang melibatkan penipuan sekuriti, kelakuan salah korporat, dan pelanggaran pendedahan. Integrasi kemampuan forensik digital meningkatkan kecekapan penyiasatan dengan memudahkan analisis bukti digital yang dipelihara dalam kes-kes jenayah.
Kerjasama yang Efektif dengan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Lain dan Pihak Berkuasa Kawal Selia Asing
Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang- undang lain adalah sangat penting bagi SC untuk menjalankan fungsi pengawalseliaannya. SC bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain dan pihak berkuasa pengawalseliaan dalam Malaysia,
1,344
notis yang dikeluarkan untuk mendapatkan dokumen dan
maklumat
193
peti dokumen yang dirampas daripada serbuan
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 55
327
kenyataan direkodkan
351
bukti yang diperolehi daripada sumber digital
 































































   55   56   57   58   59