Page 59 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 59

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 Sorotan Kejayaan Kes Penguatkuasaan SC
Bekas jurubank pelaburan perdaya 10 pelabur dengan sekuriti yang tidak wujud
Pada 29 Mac 2023, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman ke atas Chua Yi Fuan (Charles) atas satu pertuduhan penipuan sekuriti dengan mempertimbangkan 16 pertuduhan penipuan sekuriti lain, yang kesemuanya merupakan kesalahan di bawah seksyen 179(b) CMSA.
Charles mengaku bersalah dan dihukum penjara selama tiga tahun serta dikenakan denda sebanyak RM1 juta, di manakegagalannyamembayardendaakanmenyebabkan hukuman penjara selama 12 bulan.
17 pertuduhan penipuan sekuriti yang dihadapi oleh Charles adalah kerana memperdaya 10 pelabur dengan membuat mereka percaya yang kononnya mereka sedang melabur dalam skim pelaburan yang tidak wujud melibatkan langganan sekuriti yang tidak wujud, yang menyebabkan 10 pelabur menanggung kerugian sebanyak RM1,738,292.
Baca selanjutnya di siaran media ‘Bekas Jurubank Pelaburan Dipenjara Tiga Tahun Kerana Memperdaya Pelabur’. https://www.sc.com.my/resources/media/media-release/ former-investment-banker-jailed-three-years-for- deceiving-investors
Pengembalian RM2.36 juta kerana dagangan orang dalam
Pada 13 April 2023, SC berjaya membuktikan kes dalam tuntutan sivil terhadap Toh Kai Fatt (Toh) atas kesalahan dagangan orang dalam. Mahkamah Tinggi memerintahkan Toh untuk membayar sejumlah RM2.36 juta, yang merupakan jumlah yang sama dengan tiga kali keuntungan yang diperolehnya sebagai hasil daripada dagangan orang dalam, untuk membayar penalti sivil sebanyak RM250,000 kepada SC, dan melarangnya daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat yang awam tersenarai selama lima tahun. Toh juga dilarang daripada melakukan perdagangan dalam mana-mana sekuriti selama lima tahun.
Bacaan lanjut di siaran media ‘SC Menang Saman Sivil Dagangan Orang Dalam. https://www.sc.com.my/resources/media/media-release/ sc-wins-insider-trading-civil-suit
Sabitan dan hukuman kerana gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasatan SC disahkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan
Amiruddin Nin
Pada 28 Jun 2023, Mahkamah Tinggi mengesahkan Pensabitan dan hukuman terhadap Amirruddin Nin (Amirruddin) atas satu pertuduhan di bawah seksyen 32(8)(a) AMLATFPUAA kerana gagal mematuhi arahan bertulis untuk hadir di hadapan Pegawai Penyiasat SC pada 2017. Mahkamah Tinggi juga mengesahkan hukuman penjara satu hari dan denda sebanyak RM100,000 bagi pertuduhan tersebut. Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak pengesahan sabitan dan hukuman bagi dua dan tiga pertuduhan berserta denda harian sebanyak RM2,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen.
Pada asalnya, SC menuduh Amirruddin dengan tiga pertuduhan pada 19 Februari 2020 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Selepas perbicaraan penuh, Mahkamah Sesyen menghukum Amirruddin atas ketiga- tiga pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara satu hari, denda RM100,000 bagi setiap daripada tiga pertuduhan tersebut, dan juga mengenakan denda harian sebanyak RM2,000 selama 979 hari bagi kesalahan berterusan.
Baca selanjutnya mengenai kemas kini pendakwaan jenayah SC pada 2023. https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/ actions/criminal-prosecution/updates-on-criminal- prosecution-in-2023
Ong Kar Kian
Pada 11 September 2023, Mahkamah Rayuan mengesahkan hukuman ke atas Ong Kar Kian atas tiga pertuduhan di bawah seksyen 32(8)(a) AMLATFPUAA kerana gagal mematuhi arahan bertulis untuk hadir di hadapan Pegawai Penyiasat SC pada 2018. Mahkamah Rayuan juga mengesahkan hukuman penjara satu hari dan denda sebanyak RM25,000 bagi setiap pertuduhan. Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak denda harian sebanyak RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen.
Pada asalnya, SC menuduh Ong Kar Kian dengan tiga pertuduhan pada 10 Disember 2020 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Pada akhir kes pembelaan, hakim Mahkamah Sesyen menghukum Ong Kar Kian dan menjatuhkan hukuman penjara satu hari, denda RM25,000 bagi setiap pertuduhan dan juga mengenakan denda harian sebanyak RM1,500 selama 673 hari bagi
          LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 57
 















































































   57   58   59   60   61