Page 60 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 60

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 kesalahan berterusan. Jumlah denda yang dikenakan adalah RM1,084,500.
Baca selanjutnya di siaran media ‘Mahkamah Rayuan Mengekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara Bekas Akauntan Kumpulan Media Asia’ https://www.sc.com.my/resources/media/media-release/ court-of-appeal-upholds-conviction-and-jail-term-of- asia-media-groups-former-accountant
Menjalankan Aktiviti Pengurusan Dana Tanpa Lesen
Muhamad Fadzli Jamaludin
Pada 9 November 2023, Muhamad Fadzli Jamaludin (Fadzli) dikenakan dengan jumlah keseluruhan tiga pertuduhan di bawah seksyen 58(1) CMSA kerana mengaku menjalankan perniagaan dalam aktiviti dikawal selia pengurusan dana tanpa memegang CMSL. Kesalahan yang didakwa berlaku antara November 2018 dan April 2020 di Kuala Lumpur dan Melaka.
Baca selanjutnya di siaran media ‘SC Kenakan Pertuduhan Terhadap Bekas Pengarah Syarikat Aktiviti Pasaran Modal Tidak Berlesen’ https://www.sc.com.my/resources/media/media-release/ sc-charges-former-company-director-for-unlicensed- capital-market-activities
Seterusnya pada 29 November 2023, Fadzli dituduh dengan jumlah keseluruhan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram di bawah seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA kerana menerima hasil daripada aktiviti haram yang melibatkan lebih dari RM1.23 juta antara Ogos 2018 dan April 2020.
Aktiviti haram tersebut berkaitan dengan aktiviti pengurusan dana tanpa lesen oleh Fadzli.
Baca selanjutnya di siaran media ’SC Kenakan Pertuduhan Terhadap Bekas Pengarah Syarikat Kerana Kesalahan Pengubahan Wang Haram Melibatkan Lebih RM1.23 Juta’ https://www.sc.com.my/resources/media/media-release/ sc-charges-former-company-director-for-money- laundering-offences-involving-over-rm123-million
Penyingkiran ACE Holdings Bhd sebagai Pengawal Apex Securities Bhd
Pada 23 November 2023, SC memuktamadkan tindakan sivilnya terhadap Apex Securities Bhd (Apex Securities) dan Apex Equity Holdings Bhd (Apex Equity) di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur melalui persetujuan penghakiman antara semua pihak. Syarat- syarat penting bagi persetujuan penghakiman adalah bahawa tiada individu yang mempunyai sebarang interaksi dan/atau hubungan dengan ACE Holdings Bhd (ACE) atau mana-mana syarikat berkaitan dengan ACE yang boleh dilantik ke Lembaga Pengarah Apex Equity.
SC telah memulakan tindakan sivil untuk menyingkirkan ACE sebagai pengawal (dalam pengertian Seksyen 60(7) (b) dan/atau (c) CMSA) Apex Securities, pemegang CMSL. Apex Equity ialah syarikat induk Apex Securities. SC berpandangan bahawa ACE adalah tidak sesuai dan wajar untuk menjadi pengawal Apex Securities kerana ACE telah dikenakan sekatan pentadbiran oleh SC pada 11 Disember 2018, kerana mengeluarkan Memorandum Maklumat yang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan.
Semasa tindakan sivil itu, ACE telah melepaskan keseluruhan pegangan sahamnya dalam Apex Equity dan individu utama yang dipertikaikan SC adalah calon yang dikaitkan dengan ACE, dan telah tidak lagi kekal sebagai Lembaga Pengarah Apex Equity.
Tindakan penguatkuasaan SC menunjukkan komitmen SC untuk memastikan pematuhan ketat yang bersesuaian serta wajar dalam mengawal pemegang CMSL.
          58
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
 

















































































   58   59   60   61   62