Page 62 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 62

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 Ganti rugi melalui Notis Pelanggaran
Dalam menjalankan fungsi pemantauan, pengampang maklumat, dan pengawasannya, SC juga menggunakan instrumen penguatkuasaan bukan berdasarkan undang- undangnya, untuk menangani pelanggaran undang- undang sekuriti atau garis panduan yang tidak memerlukan permulaan sebarang tindakan penguatkuasaan formal.
Dalam keadaan demikian, SC boleh mengeluarkan Notis Pelanggaran kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti berikut:
mematuhi Notis Penggantungan dan Pemberhentian boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan rasmi oleh SC.
Pada tahun 2023, sebanyak 124 Notis Pelanggaran telah dikeluarkan oleh SC, dengan pecahan seperti dalam Jadual 26. Terdapat peningkatan dalam keseluruhan pengeluaran NotisPelanggaranolehSCdari2022hingga2023. Peningkatan ini sebahagiannya berpunca daripada pelbagai jenis ketidakpatuhan yang dikesan oleh SC terhadap penasihat Syariah di bawah Guidelines on Islamic Capital Market Products and Services (Garis Panduan SC mengenai Produk dan Servis Pasaran Modal Islam) Selain itu, SC juga mengesan ketidakpatuhan oleh pemegang lesen di bawah keperluan undang-undang sekuriti dan garis panduan SC, terutamanya Licensing Handbook (Buku Panduan Pelesenan).
JADUAL 26
Jenis Notis Pelanggaran
•
•
•
•
Surat pengawasan yang membabitkan pelanggaran – dikeluarkan menurut pelaksanaan fungsi pengawasan atau tindakan pemeriksaan dibawah seksyen 126 SCMA.
Surat amaran – dikeluarkan menurut pelaksanaan fungsi pengampang maklumat SC seperti penerbitan lesen, kelulusan cadangan korporat dan semakan ke atas prospektus. Surat amaran boleh dikeluarkan kepada individu berlesen, berdaftar atau profesional atau pakar yang lain.
Surat ketidakpatuhan – dikeluarkan menurut pelaksanaan fungsi pengampang maklumat SC bagi pelanggaran yang kecil.
Notis Penggantungan dan Pemberhentian – dikeluarkan untuk menghentikan serta mencegah pelanggaran lanjut terhadap sebarang obligasi di bawah undang-undang sekuriti. Kegagalan
Jenis Notis Pelanggaran
  Bilangan dikeluarkan
   2023
   2022
  Surat pengawasan yang membabitkan pelanggaran
  40
 33
 Surat amaran
   59
  13
 Surat ketidakpatuhan
    20
   24
 Notis Penggantungan dan Pemberhentian
  5
 6
 JUMLAH
    124
   76
    60
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
 





























































   60   61   62   63   64