Page 61 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 61

                                Memanfaatkan Tindakan Pentadbiran SC
Selain daripada memulakan tindakan jenayah atau sivil, SC juga memanfaatkan kuasanya di bawah undang- undang untuk tindakan pentadbiran, yang menyediakan satu spektrum penuh sekatan dan pemulihan terhadap individu yang melakukan pelanggaran (Jadual 25).
Pada 2023, sejumlah penalti sebanyak RM19.53 juta telah dikenakan terhadap 40 individu atas salah laku dan pelanggaran di bawah undang-undang sekuriti serta garis panduan yang dikeluarkan oleh SC seperti berikut:
• Sembilan pengantara berlesen kerana lewat mengemukakan laporan tahunan dan/atau pulangan pelaburan untuk dana tawaran borong yang berkaitan;
• Lapan individu yang melanggar peruntukan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan Kewangan 2007 (SICDA), termasuk menyebabkan dan/atau membenarkan sahamnya didaftarkan dan/atau dikekalkan dalam akaun dagangan pihak ketiga dan yang menjalankan urus niaga sahamnya dalam akaun dagangan pihak ketiga;
• Empat individu yang menjalankan perniagaan dalam aktiviti dikawal selia dengan memberi nasihat pelaburan tanpa lesen;
• Tiga individu yang terlibat dalam urus niaga yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram;
JADUAL 25
Sekatan pentadbiran yang dikenakan
• Satu entiti dan pengarahnya yang gagal memohon pengiktirafan daripada SC berkaitan dengan menjadikan tersedia, menawarkan untuk langganan atau beli, atau mengeluarkan pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti asing dan kegagalan untuk mendaftarkan dokumen pendedahan dan prospektus;
• Satu entiti dan empat pengarahnya yang mengemukakan maklumat palsu mengenai kesahihan status Individu Berkelayakan mereka kepada SC (melalui Pengisytiharan Tahunan) dan Bursa Malaysia (melalui Permohonan Penyenaraian);
• Satu entiti yang gagal mengemukakan maklumat yang benar, lengkap dan tepat kepada SC dan gagal segera melaporkan pelanggaran undang- undang sekuriti kepada SC;
• Sekumpulan individu yang bertindak bersama- sama kerana gagal melaksanakan tawaran mandatori; dan
• Dua entiti, yang terdiri daripada sebuah Syarikat Pengurusan Ekuiti Swasta dan Dana Ekuiti Swastanya, bersama dengan pengarah masing- masing, gagal mendaftarkan prospektus dengan SC bagi menyediakan, menawarkan untuk langganan atau beli, atau mengeluarkan undangan untuk melanggan atau membeli Saham Keutamaan Boleh Tebus Kumulatif Dana Ekuiti Swasta kepada pelabur bukan sofiskated bersama dengan pelanggaran undang-undang sekuriti yang lain.
BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
    Jenis individu
 Sekatan dikenakan
  Celaan
   Penalti
 Pengembalian wang
   Arahan
  Pembatalan lesen
  Penggantungan lesen
  Individu bertindak secara bersama
  11
   1
 -
   1
  -
  -
  Individu berdaftar
   18
    2
  -
    2
   -
   -
  Pengarah-pengarah individu yang berdaftar
 6
  2
-
  -
 -
 -
  Individu berlesen
  10
   16
 -
   1
  -
  -
  Lain-lain entiti/individu
   35
    23
  -
    12
   -
   -
 JUMLAH
  80
   44
 -
   16
  -
  -
    LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 59
 
































   59   60   61   62   63