Page 58 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 58

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 JADUAL 23
Permintaan bantuan penyiasatan kepada ahli IOSCO
Kes Jenayah dan Sivil yang sedang berjalan di Pelbagai Mahkamah
Sebagai tambahan kepada usaha berterusan penguatkuasaan jenayah SC yang dijalankan dengan persetujuan pihak Pendakwa Raya, SC memulakan 15 tindakan sivil (termasuk pengeluaran surat tuntutan) bagi tahun 2023. Selain itu, jumlah pengembalian dan penalti sivil yang diperoleh SC pada tahun 2023 berjumlah RM18.6 juta, dan akan digunakan mengikut undang-undang yang merangkumi pembayaran pampasan terhadap pelabur yang terkesan. Jumlah yang dikembalikan oleh SC pada 2023 melalui tindakan penguatkuasaan sivilnya mewakili peningkatan sebanyak tiga kali ganda melebihi daripada tahun 2022 yang berjumlah RM13.38 juta (Jadual 21).
Bagi 2023, terdapat 32 kes berterusan di mahkamah pada peringkat pertama atau peringkat rayuan, melibatkan 53 individu seperti yang disenaraikan dalam Jadual 24.
Jenis kes ini merangkumi kelakuan salah korporat, dagangan orang dalam, penipuan sekuriti, manipulasi pasaran, aktiviti tidak berlesen serta kesalahan pengubahan wang haram.
JADUAL 24
Kes jenayah dan sivil yang sedang berjalan
Bidang kuasa
  Bilangan permohonan
 Hong Kong
   9
 Singapura
   6
 Australia
    3
 United Kingdom
  3
 British Virgin Island
    2
 Amerika Syarikat
  2
 Kanada
    1
 Denmark
  1
 Ireland
    1
 Jepun
  1
 Pakistan
   1
 JUMLAH
    30
    dalam usahanya untuk bekerjasama dan mengumpul bukti bagi tujuan menetapkan pelanggaran yang disiasat di bawah undang-undang sekuriti. Ini termasuk antara lain, Polis Diraja Malaysia, BNM, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Untuk kes yang melibatkan penyiasatan lintas sempadan, SC utamanya menggunakan Memorandum persefahaman dua hala IOSCO (IOSCO MMOU) untuk tujuan mengumpul maklumat dan/atau bukti dalam bidang kuasa masing- masing. Pada tahun 2023, SC membuat 30 permintaan bantuan penyiasatan kepada 11 pihak berkuasa kawal selia asing (Jadual 23). Kebanyakan permintaan ini dibuat untuk mencari bantuan dalam mendapatkan bukti dokumentari seperti dokumen perbankan dan dokumen berkaitan dengan transaksi sekuriti, serta merakam kenyataan dari saksi yang berada di luar negara. Dokumen dan pernyataan tersebut adalah penting dalam penyiasatan SC untuk membantu mengenal pasti pemilik dan penguasa yang mendapat manfaat bagi transaksi perbankan dan sekuriti. Ini amat penting dalam kes yang melibatkan jenayah dagangan orang dalam dan manipulasi pasaran.
Sebaliknya, SC juga memberikan bantuan penyiasatan kepada ahli IOSCO. Pada 2023, SC membantu tiga pihak berkuasa kawal selia asing, dalam mengumpul maklumat dan/atau dokumen yang diperlukan bagi tujuan penyiasatan mereka yang berterusan.
Usaha untuk Mengembalikan Wang Kepada Pelabur
SC tetap komited dalam melindungi pelabur. Lanjutan daripada kejayaan SC dalam tuntutan sivil dan penyelesaian kawal selia, SC telah mengembalikan wang kepada 119 pelabur pada 2023 yang berjumlah RM301,208. Selain itu, sejumlah RM4,586,915.35 telah dikenal pasti bagi pengembalian wang yang melibatkan 658 pelabur.
  Jenis tindakan
 Mahkamah
  Bilangan kes
 Bilangan individu
 Tindakan Jenayah
     Mahkamah Sesyen
   8
  13
  Mahkamah Tinggi
    7
   10
  Mahkamah Rayuan
   6
  9
  Tindakan Sivil
   Mahkamah Tinggi
  9
 19
  Mahkamah Rayuan
    1
   1
  Mahkamah Persekutuan
   1
 1
 JUMLAH
     32
   53
    56
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
 





























   56   57   58   59   60