Bidang Kuasa Berisiko Tinggi Dan Tidak Bekerjasama
Berpandukan Cadangan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) 2012, institusi pelapor dikehendaki mengguna pakai langkah-langkah ketekunan wajar yang dipertingkat dalam hubungan dan transaksi perniagaan dengan pelanggan dari negara-negara berisiko tinggi dan yang tidak bekerjasama.

Di samping itu, apabila FATF menggesa negara anggotanya dan negara lain mengguna pakai langkah-langkah pencegahan terhadap negara berisiko tinggi dan yang tidak bekerjasama mempunyai kekurangan AML/CFT yang strategic, institusi pelapor tersebut mesti mengguna pakai langkah pencegahan terhadap pelanggan dari negara tersebut.

Untuk tujuan ini, FATF mengeluarkan Kenyataan Awam tiga kali setahun bagi mengumumkan negara-negara yang dikenal pasti sebagai negara berisiko tinggi dan yang tidak bekerjasama serta langkah-langkah yang akan diambil ketika berurusan dengan pelanggan dari negara tersebut.

Sebagai rujukan bagi pematuhan oleh institusi pelapor, Kenyataan Awam yang relevan adalah seperti berikut:
  1. FATF Public Statement – 24 June 2016
    • The FATF reaffirmed its call on its members and other jurisdictions to apply countermeasures against the DPRK. 
    • Memandangkan pemakaian Pelan Tindakan oleh Iran dan komitmen politik peringkat tingginya untuk menangani kekurangan AML/CFT strategik negara tersebut, dan keputusannya untuk mendapatkan bantuan teknikal dalam pelaksanaan Pelan Tindakan tersebut, FATF telah menggantung langkah pencegahan terhadap Iran bagi tempoh 12 bulan. Oleh itu, FATF menggesa negara anggotanya dan meminta semua negara untuk terus menasihati institusi kewangan masing-masing untuk mengguna pakai ketekunan wajar yang diperingkat ke atas perhubungan dan urus niaga perniagaan dengan individu biasa dan yang sah dari segi undang-undang dari Iran, sejajar dengan Cadangan 19 FATF.
  2. FATF Public Statement – 19 February 2016
    • FATF mengesahkan semula gesaan kepada anggotanya dan negara lain untuk mengguna pakai langkah terhadap negara Iran DPRK. 
    • Myanmar telah dikeluarkan daripada Kenyataan Awam FATF susulan pengiktirafan terhadap penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap sistem AML/CFTnya.
  3. Kenyataan awam berikut juga mengesahkan gesaan FATF terhadap anggotanya dan negara lain untuk mengguna pakai langkah-langkah terhadap negara Iran dan DPRK, dan gesaan ke atas negara anggota untuk mempertimbangkan risiko yang timbul daripada kekurangan yang dikaitkan dengan setiap negara yang tersenarai di dalamnya:

*Kenyataan awam dikeluarkan sebelum 2014 boleh didapati di laman sesawang FATF di http://www.fatf-gafi.org/publications/high-riskandnon-cooperativejurisdictions/?hf=10&b=0&s=desc(fatf_releasedate

  **Senarai negara-negara berisiko lebih tinggi dikemas kini secara berkala dan boleh didapati di laman sesawang FATF di http://www.fatf-gafi.org/topics/high-riskandnon-cooperativejurisdictions/.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup