Di samping itu, AOB akan menangguhkan pelaksanaan pelaporan ketelusan audit bagi firma tertentu yang memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti yang terkandung dalam AOB Alert bertarikh 14 Ogos 2019 kepada tahun yang selepasnya. Oleh yang demikian, perubahan berikut telah dilaksanakan bagi meneruskan penangguhan ini:
- Tempoh pelaporan bagi laporan ketelusan audit pertama adalah untuk tahun fiskal yang berakhir pada atau selepas 31 Disember 2020 (bukan 31 Disember 2019); dan
- Peruntukan peralihan yang telah dimaklumkan pada 14 Ogos 2019 masih boleh digunakan untuk laporan ketelusan yang dikeluarkan oleh firma audit pada tahun 2021.
Walau bagaimanapun, penggunaan awal bagi keperluan laporan ketelusan seperti di atas dan pengeluaran laporan ketelusan adalah digalakkan.
AOB berharap agar langkah-langkah di atas akan membolehkan firma-firma yang terlibat untuk memberi perhatian yang lebih baik dan sumber untuk menangani pelbagai cabaran audit yang dihadapi disebabkan oleh penularan wabak COVID-19. Dalam situasi yang tidak pernah berlaku ini, firma audit diingatkan untuk terus mematuhi piawaian yang berkaitan demi memastikan kualiti audit.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai kenyataan diatas, sila e-mel
[email protected].