Kemas Kini Pendakwaan Jenayah Pada 2015
Bil. Jenis Kesalahan Pesalah Fakta Kes Tarikh pertuduhan

Hasil pendakwaan jenayah  – Individu didenda dan dipenjara

1. Bersubahat dengan United U-Li Corporation Bhd (U-Li) dalam mengemukakan kenyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Yue Chi Kin Yue Chi Kin (Yue) dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 122B (b)(bb) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) kerana bersubahat dengan U-Li dalam mengemukakan kenyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia dalam Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004.  Pada ketika itu, Yue merupakan rakan kongsi audit di Messrs Roger Yue, Tan & Associates yang mengaudit keputusan kewangan U-L bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004. Yue dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 April 2009.
Pada 9 Januari 2014, Mahkamah Sesyen memerintahkan Yue untuk membela dirinya atas pertuduhan tersebut. Pada 21 Oktober 2015, Mahkamah Sesyen mendapati Yue bersalah di bawah seksyen 122B (b)(bb) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) SIA dan menjatuhkan hukuman satu tahun penjara dan denda RM400,000 (atau 6 bulan penjara).
2. Memberi kebenaran dengan sengaja bagi pengemukaan kenyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia Chin Keem FeungShukri bin Sheikh Abdul Tawab Chin dan Shukri, bekas Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Transmile Group Bhd (TGB) yang juga merupakan bekas ahli Jawatankuasa Audit TGB, dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 122B(b)(bb) SIA kerana dengan sengaja membenarkan pengemukaan  kenyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Kenyataan mengelirukan tersebut adalah berhubung dengan pendapatan TGB yang dimasukkan dalam “Laporan Sukuan Keputusan yang Digabungkan yang Belum Diaudit bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2006.” Chin dan Shukri dikenakan pertuduhan  pada 14 November 2007. Pada 28 Oktober 2011, Mahkamah Sesyen mendapati Chin dan Shukri bersalah di bawah seksyen 122B(b)(bb) SIA dan kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun dan denda RM300,000 (atau penjara 6 bulan).  Pada 17 September 2015, Mahkamah Tinggi mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen dan menolak rayuan Chin dan Shukri. Chin dan Shukri memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.
3.

Terlibat dalam tindakan yang dianggap sebagai penipuan berhubung dengan pembelian sekuriti

Jenayah pecah amanah

(Lybrand) Ngu Tieng Ung(Daniel) Wong Jit Kiang

2 pertuduhan dikenakan terhadap Ngu Tieng Ung, pengarah Pancaran Ikrab Bhd (PIB) pada ketika itu, kerana melakukan tindakan yang dianggap sebagai penipuan kepada PIB dengan menggunakan dana PIB sebanyak RM15.5 juta untuk membiayai pembelian saham PIBnya walhal wang tersebut sepatutnya tidak digunakan untuk tujuan tersebut.

Ngu juga dikenakan pertuduhan kerana melakukan pecah amanah berhubung dana PIB sebanyak RM21.5 juta.
Ngu juga dikenakan pertuduhan alternatif kepada 3 pertuduhan utama kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM37 juta dana PIB.

Wong Jit Kiang dikenakan pertuduhan kerana bersubahat dengan Ngu dalam kesemua pertuduhan tersebut.

Ngu Tieng Ung dan Wong Jit Kiang dikenakan pertuduhan pada 5 Mei 2005.
Wong Jit Kiang gagal hadir di mahkamah sejak 23 Mac 2009, dan pada 24 Mac 2010, Mahkamah Sesyen membenarkan pembatalan pertuduhan yang tidak dikira pembebasan terhadapnya. Waran tangkap terhadapnya masih berkuat kuasa.

Pada Oktober 2010, Ngu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan utama di bawah SIA dan dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM1 juta bagi setiap pertuduhan. Pada Ogos 2011, setelah merayu, Mahkamah Tinggi, mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman tersebut, dan menetapkan kes bagi perbicaraan semula ke Mahkamah Sesyen.

Perbicaraan semula terhadap Ngu bermula pada Januari 2012. Pada Ogos 2013, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ngu untuk membela diri atas pertuduhan alternatif kerana melakukan pecah amanah RM37 juta dana PIB. Pada 11 September 2015, Mahkamah Sesyen menyabitkan kesalahan pecah amanah Ngu di bawah seksyen 409 Kanun Jenayah dan menjatuhinya hukuman penjara 6 tahun dan denda RM1 juta, atau penjara 2 tahun.

Ngu telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukumannya.  Pihak Pendakwaan juga telah memfailkan rayuan silang terhadap hukuman Ngu. 

Hasil pendakwaan jenayah – Individu Didenda

1. Pecah amanah di bawah seksyen 409 Kanun Jenayah; Dalam pertuduhan alternatif Bersubahat dengan Kiara Emas Asia Industries Bhd (KEAIB) dalam melanggar syarat kelulusan SC di bawah seksyen 32(6)  Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) yang dibaca bersama dengan seksyen 40 dan seksyen 109 Kanun Jenayah Tan Hooi Chong Tan, dikenakan pertuduhan pecah amanah berhubung dengan penyelewengan hasil terbitan hak KEAIB berjumlah RM16,937,739.20  pada tiga kejadian, antara 16 hingga 31 Disember 1996. Dalam pertuduhan alternatif, beliau turut dikenakan pertuduhan dengan tiga kesalahan bersubahat dengan KEAIB dalam melanggar syarat yang dikenakan oleh SC melalui surat kelulusan bertarikh 14 November 1996, berhubung dengan penggunaan hasil terbitan hak KEAIB. Tan dituduh pada 16 September 2004 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.  Pada 10 November 2009, beliau mengaku bersalah di atas tiga pertuduhan alternatif yang dikenakan di bawah seksyen 32(6) SCA kerana melanggar syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui surat kelulusan bertarikh 14 November 1996 berhubung dengan penggunaan hasil terbitan hak KEAIB.  Pada 23 Mac 2012, Mahkamah Tinggi memerintahkan kes dibicarakan semula di Mahkamah Sesyen atas alasan pengakuan tersebut adalah sah.  Pada 2 Oktober 2015, selepas rundingan rayuan menurut seksyen 172C Kod Prosedur Jenayah, beliau membuat pengakuan bersalah terhadap tiga pertuduhan alternatif tersebut. Beliau dikenakan denda sebanyak RM200,000 bagi setiap pertuduhan, berjumlah RM600,000 bagi 3 pertuduhan (atau penjara 6 bulan bagi setiap pertuduhan).
2. Memberi kebenaran dengan sengaja bagi pengemukaan kenyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia dan mengakibatkan penerbitan prospektus Inix Technologies Holdings Bhd mengandungi maklumat palsu. Jimmy Tok Soon GuanMok Chin FanCheong Kok YaiNormah binti Sapar Mok, Cheong & Jimmy (pengarah Inix Technologies Holdings Bhd) dikenakan dengan 4 pertuduhan di bawah seksyen 122B(b)(bb) SIA kerana memberi kebenaran dengan sengaja bagi pengemukaan kenyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia dalam 4 laporan sukuan Inix bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2006; iaitu  31 Oktober 2005, 31 Jan 2006, 30 April 2006 dan 31 Julai 2006.  Di samping itu mereka juga dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 55(1)(a) SCA kerana mengakibatkan penerbitan prospektus  Inix mengandungi maklumat palsu. Normah (Eksekutif Akaun Kanan di Inix) dikenakan pertuduhan bersubahat dengan Jimmy dalam melakukan semua kesalahan yang dinyatakan di atas.

Pada 29 September 2011, Mok, Cheong dan Normah mengaku bersalah kepada semua pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.   Jimmy mengaku bersalah kepada semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada 13 Oktober 2011. Bagi kesemua 4 pertuduhan di bawah seksyen 122B SIA, Jimmy, CEO dan Pengarah Eksekutif Inix pada ketika itu, didenda seperti berikut:

  • RM200,000 (atau penjara 18 bulan) masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua; dan
  • RM150,000 (atau penjara 12 bulan) masing-masing bagi pertuduhan ketiga dan keempat.

Bagi kesalahan di bawah seksyen 55 SCA Jimmy didenda RM400,000 (atau penjara 2 tahun)
Mok dan Cheong setiap seorang didenda RM50,000 (atau penjara 6 bulan) bagi setiap pertuduhan di bawah seksyen 122B SIA dan RM125,000 (atau penjara 1 tahun) bagi pertuduhan di bawah seksyen 55 SCA.
Normah didenda RM50,000 (atau penjara 6 bulan) bagi setiap satu dari empat pertuduhan di bawah seksyen 122B SIA dan RM150,000 (atau penjara 1 tahun) bagi kesalahan di bawah seksyen 55 SCA.
SC membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.  Pada 9 Julai 2013, Mahkamah Tinggi menolak rayuan SC. Hukuman denda dikekalkan. Pada 22 Julai 2013, SC membuat rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 22 April 2015, Mahkamah Rayuan menerima rayuan SC dan menjatuhkan hukuman penjara sebagai tambahan kepada denda yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen ke atas kesemua 4 individu.  Jimmy dijatuhkan hukuman:

  • Penjara 9 bulan bagi setiap satu daripada empat pertuduhan di bawah seksyen 122B SIA; dan
  • Penjara 9 bulan bagi pertuduhan di bawah seksyen 55 SCA.

Mok, Cheong dan Normah dijatuhkan hukuman:

  • Penjara 6 bulan bagi setiap satu daripada empat pertuduhan di bawah seksyen 122B SIA 1983; dan
  • Penjara 6 bulan bagi pertuduhan di bawah seksyen 55 SCA 1993.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hukuman penjara yang dijatuhkan keatas kesemua empat individu di bawah seksyen 122B SIA berjalan serentak.
Jimmy perlu menjalani hukuman penjara keseluruhan selama 18 bulan manakala Mok, Cheong dan Normah setiap seorang secara keseluruhan perlu menjalani hukuman penjara 12 bulan.

 

Pendakwaan Jenayah yang Dimulakan – Individu yang Dituduh

1. Dagangan orang dalam Tan Swee Hock Tan Swee Hock dikenakan pertuduhan dengan 28 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Beliau didakwa telah memperolehi 632,700 unit saham Transocean Holdings Bhd (THB) antara 20 Ogos 2009 dan 6 November 2009 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan tawaran pengambil alihan saham THB oleh Kumpulan Kenderaan Malaysia Bhd. Tan dituduh pada 8 Disember 2015.
2. Dagangan orang dalam Chan Sze Yeng Chan Sze Yeng dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) CMSA dengan 15 kesalahan bersubahat dengan Tan Swee Hock dalam memperolehi 379,100 unit saham Transocean Holdings Bhd (THB) antara 9 September 2009 dan 6 November 2009 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan tawaran pengambil alihan saham THB oleh Kumpulan Kenderaan Malaysia Bhd. Chan Sze Yeng dituduh pada 8 Disember 2015.
3. Dagangan orang dalam Cheng Seng Chow Cheng Seng Chow dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) dengan 15 kesalahan bersubahat dengan Tan Swee Hock dalam memperolehi 379,100 unit saham Transocean Holdings Bhd (THB) antara 9 September 2009 dan 6 November 2009 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan tawaran pengambil alihan saham THB oleh Kumpulan Kenderaan Malaysia Bhd. Cheng Seng Chow dituduh pada 8 Disember 2015.
4. Dagangan orang dalam 

Lim Kim Chuan

Lim dikenakan pertuduhan dengan 11 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Beliau didakwa telah memperolehi 398,000 unit saham M3nergy Bhd (M3) melalui akaun Tay Hup Choon dan Theng Boon Neoh antara 6 Ogos 2008 dan 11 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman tersebut adalah mengenai caj yang berkaitan dengan Tawaran Pengambilalihan Sukarela Bersyarat daripada Melewar Equities (BVI) Limited untuk memiliki saham M3. Lim dituduh pada 24 November 2015. 

 

5. Dagangan orang dalam 

Tay Hup Choon

Tay dikenakan pertuduhan dengan 9 kesalahan bersubahat dengan Lim Kim Chuan dalam melakukan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) yang dibaca bersama dengan seksyen 370(c) CMSA. Beliau didakwa telah bersubahat dengan Lim dalam memperolehi 305,000 unit saham M3nergy Bhd (M3) antara 6 Ogos 2008 dan 11 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman.  SC mendakwa bahawa maklumat dalaman tersebut adalah mengenai caj yang berkaitan dengan Tawaran Pengambil alihan Sukarela Bersyarat dari Melewar Equities (BVI) Limited untuk memiliki saham M3.   Tay dituduh pada 24 November 2015. 

 

6. Dagangan orang dalam

Theng Boon Cheng @ Tan Boon Cheng

Theng dikenakan pertuduhan dengan 11 kesalahan bersubahat dengan Lim Kim Chuan dalam melakukan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) yang dibaca bersama dengan seksyen 370(c) CMSA. Beliau didakwa telah bersubahat dengan Lim in dalam memperolehi 398,000 unit saham M3nergy Bhd (M3) antara 6 Ogos 2008 dan 11 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman.  SC mendakwa bahawa maklumat dalaman tersebut adalah mengenai caj yang berkaitan dengan Tawaran Pengambil alihan Sukarela Bersyarat dari Melewar Equities (BVI) Limited untuk memiliki saham M3.   Theng dituduh pada 24 November 2015.
7. Dagangan orang dalam Amran Bin Awaluddin Amran bin Awaluddin (Amran) dikenakan pertuduhan dengan 7 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 89E(2)(a) SIA. Beliau didakwa telah memperolehi 309,100 unit saham Ranhill Power Bhd (RPB) antara 27 Julai 2007 dan 11 September 2007 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penswastaan dan penyahsenaraian RPB. Amran dituduh pada 31 Julai 2015
8. Dagangan orang dalam Nooralina Binti Mohd Shah Nooralina Mohd Shah (Nooralina) dituduh di bawah seksyen 89E(2)(a) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) SIA dengan 7 kesalahan bersubahat dengan Amran Awaluddin dalam memperolehi 309,100 unit saham Ranhill Power Bhd (RPB) antara 27 Julai 2007 dan 11 September 2007 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penswastaan dan penyahsenaraian RPB. Nooralina dituduh pada 31 Julai 2015
9. Mengemukakan kenyataan palsu kepada  Bursa Malaysia Securities Bhd Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram Alan Rajendram dikenakan satu pertuduhan mengemukakan kenyataan palsu kepada Malaysia Securities Bhd di bawah seksyen 369(b)(B) CMSA.  Kenyataan palsu tersebut telah dibuat dalam satu pengumuman pada 29 Disember 2009 bahawa anak syarikat milik penuh Linear, LCI Global Sdn Bhd telah menerima projek pembinaan bernilai RM1.6 bilion daripada Global Investment Group (GIG), sebuah syarikat yang diperbadankan di Seychelles, untuk mereka bentuk dan membangunkan loji penyejukan daerah bersaiz 350,000 RT (tan penyejukan) di daerah Manjung, Perak, yang digelar sebagai ‘King Dome Project’. Alan Rajendram dituduh pada 9 Julai 2015.
10. Dagangan orang dalam Ramesh a/l Rajaratnam

Ramesh dikenakan pertuduhan dengan 3 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA). Beliau didakwa telah melupuskan 10,200,800 unit saham Malaysian Merchant Marine Bhd (MMM) pada 11 Januari 2010, 19 Februari 2010 dan 22 Februari 2010 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan:

  • Cadangan penurunan taraf oleh Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) ke atas penarafan kredit yang diberikan kepada Sekuriti Hutang Islam Al-Bai’ Bithaman Ajil (BaIDS) RM120 juta MMM dari kategori pelaburan kepada bukan pelaburan; dan
  • pengklasifikasian MMM sebagai syarikat PN17.
Ramesh dituduh pada 29 April 2015
11. Dagangan orang dalam Ang Pok Hong Ang dikenakan pertuduhan dengan  4 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Beliau didakwa telah memperoleh 204,000 unit saham TH Group Bhd (TH Group) antara 22 September 2008 dan 25 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penswastaan TH Group melalui pelaksanaan Pembayaran Semula Modal Terpilih. Ang dituduh pada 5 Februari 2015.
12. Dagangan orang dalam Wong Soon Soon Wong dikenakan pertuduhan dengan 3 kesalahan bersubahat dengan Ang Pok Hong melakukan dagangan orang dalam di bawah seksyen 370(c) CMSA yang dibaca bersama dengan seksyen 188(2)(a) CMSA. Beliau didakwa telah bersubahat dengan Ang untuk memperolehi 154,000 unit saham TH Group Bhd (TH Group) antara 23 September 2008 dan 25 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penswastaan TH Group melalui pelaksanaan Pembayaran Semula Modal Terpilih. Wong dituduh pada 5 Februari 2015.
13. Dagangan orang dalam Lei Lin Thai Lei dikenakan pertuduhan dengan 53 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah memperolehi 2,766,600 unit saham TH Group Bhd (TH Group) antara 5 Jun 2008 dan 22 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penswastaan TH Group melalui pelaksanaan Pembayaran Semula Modal Terpilih. Lei dituduh pada 29 Januari 2015.
14. Dagangan orang dalam Chung Yin Mui Chung dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) CMSA dengan 13 kesalahan bersubahat dengan Lei Lin Thai dalam memperolehi saham TH Group Bhd (TH Group) antara 5 Jun 2008 dan 5 Ogos 2008 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penswastaan TH Group melalui pelaksanaan Pembayaran Semula Modal Terpilih. Chung dituduh pada 29 Januari 2015.
15. Dagangan orang dalam Ng Lai Sim Ng dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) CMSA dengan 11 kesalahan bersubahat dengan Lei Lin Thai dalam memperolehi saham TH Group Bhd (TH Group antara 18 Jun 2008 dan 24 Julai 2008 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penswastaan TH Group melalui pelaksanaan Pembayaran Semula Modal Terpilih. Ng dituduh pada 29 Januari 2015.
16. Dagangan orang dalam Wong Joon Moi Wong dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) CMSA dengan 23 kesalahan bersubahat dengan Lei Lin Thai dalam memperolehi saham TH Group Bhd (TH Group) antara 1 Ogos 2008 dan 11 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penswastaan TH Group melalui pelaksanaan Pembayaran Semula Modal Terpilih. Wong dituduh pada 29 Januari 2015.
17. Dagangan orang dalam Lau Sin Ling Lau dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) CMSA dengan 6 kesalahan bersubahat dengan Lei Lin Thai dalam memperolehi saham TH Group Bhd (TH Group) antara 15 September 2008 dan 22 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penswastaan TH Group melalui pelaksanaan Pembayaran Semula Modal Terpilih. Lau dituduh pada 29 Januari 2015.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup