Kemas Kini Pendakwaan Jenayah pada 2016

No.

Jenis Kesalahan

Pesalah

Fakta Kes

Tarikh Pertuduhan

Hasil Mahkamah Jenayah dan Rayuan – Individu Didenda dan Dipenjara

1. Dengan sengaja membenarkan pengemukaan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram, bekas pengarah LFE Corporation Bhd (LFE), dituduh pada 24 Jun 2010 dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan seksyen 369(b)(B) CMSA kerana dengan sengaja membenarkan pengemukaan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd berkaitan keputusan kewangan belum diaudit LFE bagi empat suku tahun bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Pada 10 Oktober 2012, Mahkamah Sesyen menyabitkan Alan Rajendram atas kesemua pertuduhan dan menjatuhinya hukuman penjara 12 bulan dan denda sebanyak RM300,000 bagi setiap pertuduhan. Hukuman penjara tersebut dijalankan serentak. Alan Rajendram menfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya ke Mahkamah Tinggi.
2. Pada 28 November 2016, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Alan Rajendram dan mengesahkan sabitan dan hukuman bagi kesemua empat pertuduhan. Mahkamah Tinggi juga membenarkan permohonan Alan Rajendram bagi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan.
3. Jenayah pecah amanah
  • Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram
  • Eswaramoorthy Pillay s/o Amuther
Alan Rajendram dikenakan pertuduhan pada 24 Jun 2010 atas dua kesalahan jenayah pecah amanah (CBT) di bawah seksyen 409 Kanun Jenayah. CBT tersebut membabitkan penggunaan RM9 juta dan RM9.9 juta wang LFE.  Tindakan tersebut didakwa dilakukan pada 4, 11 dan 16 Januari 2007. Eswaramoorthy Pillay dikenakan pertuduhan pada 29 Jun 2010 atas dua kesalahan kerana bersubahat dengan Alan Rajendram untuk melakukan kesalahan CBT. Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah Sesyen membebaskan Alan Rajendram dan Eswaramoorthy Pillay. Pihak Pendakwaan kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi dan pada 21 Januari 2016, disahkan pembebasan oleh Mahkamah Sesyen. Pihak Pendakwaan kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan.
4. Pada 3 November 2016, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan dan memerintahkan Alan Rajendram untuk membela dirinya atas pertuduhan CBT.  Kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Sesyen dan kes pembelaan ditetapkan pada 20 April 2017. Mahkamah Rayuan bagaimanapun mengesahkan pembebasan Eswaramoorthy Pillay.
5. Melantik individu tidak berlesen untuk menjalankan aktiviti wakil pengurus dana Dr. Barjoyai Bardai Dr. Barjoyai, pengarah sebuah syarikat pengurus dana, Perdana Technology Ventures Sdn Bhd (PTV), dikenakan pertuduhan pada 27 September 2002 di bawah seksyen 18(2) yang dibaca bersama dengan seksyen 122(1) SIA kerana melanggar syarat lesen pengurus dana PTV dengan membenarkan dua individu yang tidak berlesen untuk bertindak sebagai wakil pengurus dana syarikat tersebut. Mahkamah Sesyen menyabitkan Dr. Barjoyai pada 13 Mac 2008 dan mendendanya sebanyak RM100,000 (atau, lapan bulan penjara). Pada 13 Ogos 2010, Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen. Dr. Barjoyai kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap sabitan tersebut dan pihak pendakwaan membuat rayuan silang terhadap hukuman denda tersebut. Pada 21 Oktober 2016, Dr. Barjoyai Bardai menarik balik rayuannya dan pihak pendakwaan menarik balik rayuan silangnya.

Pendakwaan Jenayah yang Dimulakan – Individu Dikenakan Pertuduhan

1. Dagangan orang dalam

Fong Chiew Hean

Fong dikenakan pertuduhan dengan 9 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah memperoleh 891,000 unit saham Three-A Resources Bhd (3A) melalui dua akaun antara 7 September 2009 dan 5 Oktober 2009 ketika mempunyai maklumat dalaman. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan cadangan usaha sama antara perniagaan 3A dan Wilmar International Limited. Fong dikenakan pertuduhan pada 25 Oktober 2016.
2. Dagangan orang dalam

Fang Siew Yee

Fang SY dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 188(3)(a) CMSA kerana memaklumkan kepada Fong Chiew Hean on 5 September 2009 maklumat dalaman yang berkaitan dengan cadangan usaha sama antara perniagaan Three-A Resources Bhd (3A) dan Wilmar International Limited. Fang SY juga dikenakan pertuduhan atas 8 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah memperoleh 2,720,000 unit saham 3A melalui akaun Tan Bee Geok antara 27 Ogos 2009 dan 5 Oktober 2009. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan cadangan usaha sama antara perniagaan 3A dan Wilmar serta maklumat berkaitan dengan cadangan penempatan tertutup sehingga 20% modal terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar. Fang SY dikenakan pertuduhan pada 25 Oktober 2016
3. Dagangan orang dalam

Fang Chew Ham

Fang CH dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 188(3)(a) CMSA kerana memaklumkan kepada Fong Chiew Hean pada 5 September 2009 maklumat dalaman yang berkaitan dengan cadangan usaha sama antara perniagaan Three-A Resources Bhd (3A) dan Wilmar International Limited. Fang CH juga telah dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama dengan seksyen 188(2)(a) CMSA dengan 7 kesalahan kerana bersubahat dengan Fang Siew Yee dalam memperoleh 2,600,000 unit saham 3A antara 27 Ogos 2009 dan 5 Oktober 2009 ketika mempunyai maklumat dalaman berkaitan dengan cadangan usaha sama antara perniagaan 3A dan Wilmar dan maklumat berkaitan dengan cadangan penempatan tertutup sehingga 20% modal terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar. Fang CH dikenakan pertuduhan pada 25 Oktober 2016.
4. Dagangan orang dalam

Tan Bee Geok

Tan dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama dengan seksyen 188(2)(a) CMSA atas 8 pertuduhan kerana bersubahat dengan Fang Siew Yee dalam memperoleh 2,720,000 unit saham Three-A Resources Bhd (3A) antara 27 Ogos 2009 dan 5 Oktober 2009 ketika mempunyai maklumat dalaman berkaitan dengan cadangan usaha sama antara perniagaan 3A dan Wilmar dan maklumat berkaitan dengan cadangan penempatan tertutup sehingga 20% modal terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar. Tan dikenakan pertuduhan pada 25 Oktober 2016.
5. Dagangan orang dalam

Chew Lian Foon

Chew dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama dengan seksyen 188(2)(a) CMSA atas 7 kesalahan kerana bersubahat dengan Fang Siew Yee dalam memperoleh 2,620,000 unit saham Three-A Resources Bhd (3A) antara 27 Ogos 2009 dan 2 Oktober 2009 ketika mempunyai maklumat dalaman berkaitan dengan cadangan usaha sama antara perniagaan 3A dan Wilmar dan maklumat berkaitan dengan cadangan penempatan tertutup sehingga 20% modal terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar. Chew dikenakan pertuduhan pada 25 Oktober 2016.
6. Dagangan orang dalam

Ong Kok Aun

Ong dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama dengan seksyen 188(2)(a) CMSA atas 1 kesalahan kerana bersubahat dengan Fang Siew Yee dalam memperoleh 100,000 unit saham Three-A Resources Bhd (3A) pada 5 Oktober 2009 ketika mempunyai maklumat dalaman berkaitan dengan cadangan penempatan tertutup sehingga 20% modal terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar.

Ong dikenakan pertuduhan pada 25 Oktober 2016.

Pendakwaan Jenayah yang Dimulakan – Individu Dikenakan Pertuduhan

1.

Kenyataan palsu dalam perkara material

Ishak bin Ismail Ishak dikenakan pertuduhan atas satu kesalahan membuat kenyataan palsu di bawah seksyen 177(b) CMSA dalam satu rencana yang disiarkan dalam surat khabar ‘The Star’ bertarikh 5 Jun 2010. Ishak dikenakan pertuduhan pada 13 Jun 2016.
2. Dagangan orang dalam Ishak bin Ismail Ishak dikenakan pertuduhan atas dua kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah menjual 58,691,900 saham Kenmark pada 9 dan 11 Jun 2010 ketika mempunyai maklumat dalaman bahawa dua pelanggan Kenmark telah muflis dan EON Bank Bhd tidak bersetuju untuk  meningkatkan kuasa penerima ke atas Kenmark. Ishak dikenakan pertuduhan pada 13 Jun 2016.

Pendakwaan Jenayah yang Dimulakan – Individu Dikenakan Pertuduhan

1. Secara salah menyebabkan kerugian kepada  sebuah syarikat tersenarai [seksyen 317A(1) CMSA yang dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Jenayah]
  • Law Siew Ngoh
  • Robert Daniel Tan Kim Leng
  • Ng Back Heang
  • Yap Wee Hin
Law, Tan, Ng dan Yap, bekas pengarah eksekutif Patimas Computers Bhd (Patimas) secara bersama dikenakan 10 pertuduhan kerana secara salah menyebabkan kerugian kepada  Patimas. Mereka didakwa telah membuat pembayaran berjumlah RM5.1 juta antara Julai 2010 hingga Disember 2010, ataas dakwaan pembangunan pelbagai perisian bagi  Patimas walhal sebenarnya pembayaran tersebut tidak digunakan untuk tujuan tersebut. Law, Tan, Ng dan Yap dituduh pada 29 September 2016.
2.

Penawaran sekuriti tanpa mempunyai prospektus yang didaftarkan oleh SC [seksyen 232(1) yang dibaca bersama seksyen 370(c) CMSA]

Raja Samsul Bahri bin Raja Muhammad (“Raja Samsul”) Raja Samsul dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 232(1) yang dibaca bersama seksyen 370(c) CMSA 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen232(7) Akta yang sama. Raja Samsul merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Astana Resources Bhd (sebelum ini dikenali sebagai JPG Holdings Bhd) ketika syarikat menawarkan 6.9 juta saham tanpa prospektus berkaitan dengan saham tersebut didaftarkan oleh SC di bawah seksyen 233 CMSA 2007. Raja Samsul dikenakan pertuduhan pada 1 Jun 2016.
3. Penerbitan sekuriti tanpa mempunyai prospektus yang didaftarkan oleh SC [seksyen 232(1) yang dibaca bersama s.370(c) CMSA]
  • Noor Aida binti Abdullah (“Noor Aida”)
  • Dato’ Abdul Malek bin Yusof (“Dato’ Abdul Malek”)
Noor Aida & Dato’ Abdul Malek dituduh di bawah seksyen 232(1) yang dibaca bersama seksyen 370(c) CMSA 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen 232(7) Akta yang sama. Kedua-duanya merupakan pengarah Astana Resources Bhd (sebelum ini dikenali sebagai JPG Holdings Bhd), apabila syarikat menerbitkan 6.9 juta saham tanpa prospektus berkaitan dengan saham didaftarkan oleh SC di bawah seksyen 233 CMSA 2007. Noor Aida & Dato’ Abdul Malek dikenakan pertuduhan pada 1 Jun 2016.

Hasil Pendakwaan Jenayah – Individu Dikenakan Pertuduhan

1. Mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.
  • Norhamzah Bin Nordin
  • Mohd Azham Bin Mohd Noor
  • Lim Hai Loon
Norhamzah ketika itu merupakan Pengarah Urusan Kumpulan manakala Mohd Azham merupakan pengarah eksekutif Kosmo Technology Industrial Bhd (Kosmo Tech). Norhamzah dan Mohd Azham dituduh di bawah seksyen 122B(a)(bb) yang dibaca bersama dengan seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan seksyen 369(a)(B) yang dibaca bersama dengan seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA)kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung lapan laporan suku tahun keputusan belum diaudit Kosmo Tech yang digabungkan bagi tahun  kewangan 2006 dan 2007. Lim Hai Loon, Pengurus Akaun Kosmo Tech pada ketika itu dikenakan pertuduhan kerana bersubahat dengan Kosmo Tech dalam mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung laporan suku tahun keputusan belum diaudit Kosmo Tech yang digabungkan bagi tahun kewangan 2006 dan 2007.

Mohd Azham dan Lim Hai Loon dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Mei 2011.

Norhamzah dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 Jun 2011. Pada 23 September 2016, ketiga tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen pada akhir kes pendakwaan. SC telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Hasil Pendakwaan Jenayah – Individu Didenda dan Dipenjara

1. Kenyataan palsu berhubung pembelian sekuriti [seksyen 87A (c) SIA 1983] Wahid Ali Kassim Ali Wahid Ali, pengarah Aiwanna Manage Assets Sdn Bhd (Aiwanna) dikenakan pertuduhan pada 10 Oktober 2005 dengan tiga kesalahan menggugurkan fakta material berhubung pelaburan pelanggan Aiwanna, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) di mana fakta material tersebut adalah perlu bagi penyediaan penyata akaun yang dikeluarkan kepada EPIC, tidak mengelirukan. Mahkamah Tinggi pada 14 Januari 2013 menolak rayuan Wahid Ali terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Jun 2009. Wahid Ali kemudian menfailkan  rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Pada 14 Mei 2015, Mahkamah Rayuan merujuk kes tersebut ke Mahkamah Tinggi bagi pendengaran semula rayuan tersebut. Pada 27 Mei 2016 ketika pendengaran semula rayuan tersebut, Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan tersebut bagi kesemua 3 pertuduhan. Bagi setiap pertuduhan, dia dijatuhi hukuman satu tahun penjara dan denda sebanyak RM1 juta (atau sejumlah RM3 juta denda, 1 tahun penjara). Hukuman penjara tersebut diperintahkan agar dijalankan serentak. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Wahid Ali untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
2. Manipulasi pasaran Low Thiam Hock Low, Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd (Repco), dikenakan pertuduhan kerana memanipulasi harga saham Repco di bawah seksyen 84(1) SIA.

Pada 11 Januari 2016, Mahkamah Sesyen menyabitkan Low kerana manipulasi pasaran di bawah seksyen 84(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Pada 29 Februari 2016, Low dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan denda sebanyak RM5 juta (atau 5 tahun penjara). Low telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Latar Belakang
Low dikenakan pertuduhan pada 18 September 1999. Pada akhir kes pihak pendakwaan setelah seramai 25 saksi dipanggil, Mahkamah Sesyen membebaskan Low atas alasan bahawa pertuduhan tersebut tidak dibuktikan. SC kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi yang mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen. Mahkamah Rayuan bagaimanapun, pada 28 Februari 2013 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan Low untuk membela diri bagi pertuduhan ke atasnya, dan merujuk kes kembali ke Mahkamah Sesyen. Kes pembelaan bermula pada 18 Oktober 2013.

 

3. Manipulasi pasaran
  • Wong Chee Kheong
  • Bun Lit Chun
Wong dan Bun dituduh kerana memanipulasi harga saham Suremax Group Bhd melalui 153 akaun, di samping niat bersama dengan Ng Chong Yeng di bawah seksyen 84(1) SIA yang dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Jenayah. Dalam pertuduhan alternatif, mereka dituduh memanipulasi saham Suremax dengan mewujudkan gambaran dagangan aktif saham Suremax yang mengelirukan melalui 9 akaun, di samping niat bersama dengan Ng Chong Yeng di bawah seksyen 84(1) SIA yang dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Jenayah.

Pada 9 Mac 2016, Mahkamah Rayuan sebulat suara menyokong sabitan tersebut terhadap Wong dan Bun. Mahkamah Rayuan juga mengesahkan hukuman 24 bulan penjara dan RM3 juta denda dikenakan oleh Mahkamah Sesyen terhadap Wong dan hukuman 3 bulan penjara dan RM2 juta denda terhadap Bun.

Latar Belakang
Wong dan Bun dituduh pada 25 Oktober 2005. Pada 7 Januari 2011, Wong dan Bun disabitkan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan alternatif. Pada 12 Januari 2011, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman terhadap Wong 24 bulan penjara dan denda sebanyak RM3 juta (atau 6 bulan penjara). Bun dijatuhi hukuman 3 bulan penjara dan denda sebanyak RM2 juta (atau 6 bulan penjara). Pada 18 Mac 2014, Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan tersebut dan menolak rayuan terhadap sabitan oleh Wong dan Bun. Pada 27 Mac 2014, Bun merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dan dibenarkan sebahagiannya yang mana hukuman penjara dikurangkan daripada  3 bulan kepada 1 hari. Denda sebanyak RM2 juta dikenakan oleh Mahkamah Sesyen telah disahkan. Pada 9 April 2014, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Wong terhadap hukuman ke atasnya dan mengesahkan hukuman 24 penjara dan denda sebanyak RM3 juta. Wong dan Bun kemudian menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan manakala pihak pendakwaan menfailkan rayuan silang terhadap hukuman terhadap Bun yang dikurangkan.

 

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup