Kemas kini Pendakwaan Jenayah pada 2018
No. Jenis Kesalahan Pesalah Fakta Kes Tarikh Pertuduhan
Pendakwaan Jenayah yang Dimulakan – Individu yang Dikenakan Pertuduhan
1. Dagangan orang dalam Tan Giap How ("Tan") Tan dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 188(3)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana didakwa memaklumkan maklumat material bukan awam kepada Ng Ee Fang antara 25 September 2011 dan 20 Oktober 2011. Maklumat  material bukan awam adalah berhubung dengan cadangan tawaran pengambilalihan oleh MBM Resources Bhd untuk memperoleh semua saham mengundi dan waran belum tebus dalam Hirotako Holdings Bhd. Tan dituduh pada 13 Mac 2018.
2. Dagangan orang dalam Ng Ee Fang ("Ng") Ng dikenakan pertuduhan empat kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah memperoleh 1,000,000 unit saham Hirotako Holdings Bhd (Hirotako) antara 14 Oktober 2011 dan 20 Oktober 2011 ketika memiliki maklumat material bukan awam berhubung dengan cadangan tawaran pengambilalihan oleh MBM Resources Bhd untuk memperoleh semua saham mengundi dan waran belum tebus dalam Hirotako. Ng dituduh pada 13 Mac 2018.
3. Membenarkan individu yang bukan nomini yang diberi kebenaran bagi sekuriti yang didepositkan untuk melaksanakan urus niaga berhubung sekuriti yang didepositkan Daniel Yong Chen-I ("Daniel") Daniel dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 29A Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA). Daniel, yang memiliki akaun di CIMB Investment Bank Bhd, didakwa telah  membenarkan Ng Ee Fang untuk melaksanakan pemerolehan sebanyak 1,000,000 unit saham Hirotako Holdings Bhd antara 14 Oktober 2011 dan 20 Oktober 2011. Daniel dituduh pada 13 Mac 2018
4. Dagangan orang dalam A.F.M Shafiqul Hafiz ("Shafiqul") Shafiqul dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 188(3)(a) CMSA kerana memaklumkan kepada Harjit Singh a/l Gurdev Singh antara 22 Mac 2009 dan 6 April 2009 maklumat material bukan awam berhubung dengan cadangan penswastaan Johor Land Bhd (JLand) melalui Tawaran Am Sukarela pada harga RM1.55 sesaham. Shafiqul dituduh pada 22 Februari 2018.
5. Dagangan orang dalam Harjit Singh a/l Gurdev Singh ("Harjit") Harjit dikenakan pertuduhan tiga kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah memperoleh 346,500 unit JLand saham antara 23 Mac 2009 dan 6 April 2009 ketika memiliki maklumat material bukan awam berhubung dengan cadangan penswastaan JLand melalui Tawaran Am Sukarela pada harga RM1.55 sesaham. Harjit dituduh pada 22 Februari 2018.
6. Dagangan orang dalam Mohd Nor Bin Abdul Wahid ('Nor') Mohd Nor dikenakan pertuduhan one count of dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah memperoleh 500,000 unit Three-A Resources Bhd saham Pada 5 Oktober 2009 ketika memiliki maklumat dalaman tersebut berhubung dengan cadangan usaha sama antara perniagaan Three-A Resources Bhd dan Wilmar International Limited. Nor dituduh pada 13 Februari 2018.
7. Membenarkan individu yang bukan nomini yang diberi kebenaran bagi sekuriti yang didepositkan untuk melaksanakan urus niaga berhubung sekuriti yang didepositkan Azuzay Bin Zamani ('Azuzay') Azuzay dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 29A SICDA. Azuzay, yang memiliki akaun di OSK Investment Bank Bhd, didakwa telah  membenarkan Mohd Nor Abdul Wahid untuk melaksanakan pemerolehan saham Three-A Resources Bhd sebanyak 500,000 unit pada 5 Oktober 2009. Azuzay dituduh pada 13 Februari 2018.
8. Terlibat dalam tindakan yang dianggap sebagai penipuan  berhubung dengan pembelian sekuriti Ismail bin Basir Ismail dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan seksyen 179(b) CMSA. Antara Ogos 2007 dan November 2008, Ismail didakwa telah menipu Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Proton Bhd (KOPRO) berhubung pelaburannya sebanyak RM350,000 bagi pembelian sekuriti. Ismail juga didakwa telah memaklumkan kepada KOPRO bahawa dia adalah seorang remisier, walhal sebenarnya dia tidak pernah dilesenkan oleh SC. Ismail dituduh pada 16 Januari 2018
Hasil Pendakwaan Jenayah yang Dimulakan – Cabaran Perlembagaan
1. Dagangan orang dalam Sreesanthan a/l Eliathambhy

Sreesanthan dikenakan pertuduhan atas tujuh kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA dan seksyen 89E(2)(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA). Dia didakwa telah menjalankan dagangan dalam saham empat syarikat awam tersenarai ketika memiliki maklumat dalaman berkaitan pelbagai pelaksanaan korporat, yang butirannya dinyatakan di bawah:

  • Pemerolehan saham Sime Darby Bhd ketika memiliki memiliki maklumat mengenai cadangan pemerolehan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope oleh Synergy Drive.
  • Pemerolehan saham Maxis Communication Bhd ketika memiliki maklumat cadangan penswastaan Maxis.
  • Pemerolehan saham UEM World Bhd ketika memiliki maklumat pelaksanaan penstrukturan semula korporat kumpulan UEM.
  • Pemerolehan saham VADS Bhd ketika memiliki cadangan penswastaan VADS.

 

Sreesanthan dituduh pada 20 Julai 2012 dengan tujuh kesalahan dagangan orang dalam.

Pada September 2012, sebelum perbicaraan bermula,  Sreesanthan menfailkan permohonan di bawah seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA) untuk merujuk 10 soalan perlembagaan kepada Mahkamah Tinggi.

Pada Disember 2012, Mahkamah Sesyen membenarkan Permohonan Sreesanthan dan memberi penangguhkan kepada prosiding.

Pada November 2013, Mahkamah Tinggi membatalkan permohonan tersebut atas alasan bahawa tiada merit permohonan tersebut.

Sreesanthan menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan pada September 2014, Mahkamah Rayuan merujuk 3 soalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan tanpa pendengaran merit rayuan tersebut.

Pada Mei 2015, Mahkamah Persekutuan merujuk kes tersebut ke Mahkamah Rayuan untuk mendengar merit kes atas alasan kekurangan bidang kuasa untuk mendengar kes yang dirujuk oleh Mahkamah Rayuan.
Pada September 2016, berikutan keputusan kes Gan Boon Aun v Pendakwa Raya [2016] 4 MLJ 265 di mana telah diputuskan bahawa Mahkamah Tinggi patut tidak mendengar rujukan di bawah seksyen 30 CJA, Sreesanthan menfailkan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk  membatalkan perintah Mahkamah Persekutuan pada Mei 2015, untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi pada November 2013 dan arahan wajar yang selanjutnya.

Pada Januari 2017, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Sreesanthan dan memerintahkan perkara tersebut dirujuk ke Mahkamah Tinggi dipertimbangkan, sekiranya ada, dan menyatakan soalan pada pendapatnya telah membangikitkan kesan peruntukan perlembangaan dalam bentuk kes khusus dan merujuknya kepada Mahkamah Persekutuan bagi penentuan menrutu seksyen 84(3) dan 84(4) CJA.

Pada Jun 2017, Mahkamah Tinggi merujuk satu soalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan bagi penentuan iaitu, “Sama ada seksyen 128 dan 134 SCA adalah konsisten dengan Artikel 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan”. Mahkamah Tinggi memberi penangguhkan kepada prosiding di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Pada Mac 2018, sebelum pendengaran kes khas, Pihak Pendakwaan telah membangkitkan bantahan awal bahawa tiada soalan perlembagaan yang perlu dijawab oleh Mahkamah Persekutuan.  Selepas mendengar kedua-dua pihak, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menyokong bantahan awal tersebut dan memerintahkan kes tersebut dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk memulakan perbicaraan.

Hasil Pendakwaan Jenayah yang Dimulakan – Cabaran Perlembagaan
1. Dagangan orang dalam Lim Bun Hwa
(Lim BH)
Lim BH dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) CMSA kerana bersubahat dengan Lim Boon Cheng  dalam memperoleh PacificMas Bhd saham antara 18 Disember 2007 dan 31 Disember 2007 di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA ketika Lim Boon Cheng mempunyai maklumat dalaman berhubung cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat oleh OSPL Holdings Sdn Bhd (OHSB) untuk memperoleh semua saham mengundi dalam PacificMas Bhd yang tidak dimiliki oleh OHSB. Pada 3 Oktober 2018, Lim BH mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan kerana dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA susulan permohonan tawaran pengakuan bersalah di bawah seksyen 172C Kanun Prosedur Jenayah. Menurut permohonan tersebut, pertuduhan terhadap Lim BH kerana bersubahat digantikan dengan lima pertuduhan dagangan orang dalam. Lim BH dijatuhi hukuman 6 bulan penjara dan denda sebanyak RM1 juta.
2. Dagangan orang dalam Lim Boon Cheng
(Lim BC)
Lim BC dikenakan lima pertuduhan atas kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah memperoleh 145,000 unit saham PacificMas Bhd (PacMas) antara 18 Disember 2007 dan 31 Disember 2007 ketika memiliki maklumat dalaman berhubung dengan cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat oleh OSPL Holdings Sdn BHd (OHSB) untuk memperoleh semua saham mengundi dalam PacificMas Bhd yang tidak dimiliki oleh OHSB. Pada 3 Oktober 2018, semua pertuduhan terhadap Lim BC telah ditarik balik susulan pengakuan bersalah oleh Lim Bun Hwa. SC mengambil tindakan pentadbiran terhadap Lim BC kerana melanggar seksyen 134(5)(c) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA). Penalti sebanyak RM100,000 telah dikenakan terhadap Lim BC oleh SC menurut seksyen 354(3) CMSA.
3. Dagangan orang dalam Vincent Leong Jee Wai Dato’ Vincent Leong Jee Wai dikenakan dua pertuduhan atas kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(3)(a) CMSA kerana memaklumkan kepada Datuk Leong Wye Keong antara 26 November 2010 dan 18 Januari 2011 maklumat dalaman adalah berkaitan dengan pengurangan ekuiti pemegang saham Maxbiz yang menyebabkan Maxbiz hampir diklasifikasikan sebagai syarikat bermasalah kewangan dan pengklasifikasian Maxbiz sebagai penerbit tersenarai yang terjejas di bawah kriteria Nota Amalan 17 (PN17) 2.1(a). Dato’ Vincent dituduh pada 22 Mei 2017. Semua pertuduhan ditarik balik pada 17 Oktober 2018 atas arahan Peguam Negara.
4. Dagangan orang dalam Leong Wye Keong Datuk Leong Wye Keong dikenakan pertuduhan terhadap empat kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah menjual sebanyak 2,131,400 unit saham Maxbiz Corporation Bhd (Maxbiz) dalam akaun Leong Khai Shaun pada 30 Disember 2010 dan sebanyak 8,100,000 unit saham Maxbiz dalam akaunnya sendiri antara 30 Disember 2010 dan 18 Januari 2011 ketika memiliki maklumat dalaman tersebut. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan pengurangan ekuiti pemegang saham Maxbiz yang menyebabkan Maxbiz hampir diklasifikasikan sebagai syarikat bermasalah kewangan dan pengklasifikasian Maxbiz sebagai penerbit tersenarai yang terjejas di bawah kriteria Nota Amalan 17 (PN17) 2.1(a). Datuk Leong dituduh pada 29 Mei 2017. Semua pertuduhan ditarik balik pada 17 Oktober 2018 atas arahan Peguam Negara.
5.

Terlibat dalam tindakan yang dianggap sebagai penipuan berhubung dengan pembelian sekuriti

Pecah amanah

 

  • (Lybrand) Ngu Tieng Ung
  • (Daniel) Wong Jit Kiang

2 pertuduhan dikenakan terhadap Ngu Tieng Ung, pengarah Pancaran Ikrab Bhd (PIB) pada ketika itu, kerana melakukan tindakan dianggap sebagai penipuan kepada PIB dengan menggunakan dana PIB sebanyak RM15.5 juta untuk membiayai pembelian saham PIBnya walhal wang tersebut sepatutnya tidak digunakan untuk tujuan tersebut.

Ngu juga dikenakan pertuduhan kerana melakukan pecah amanah berhubung dana PIB sebanyak RM21.5 juta.

Ngu juga dikenakan pertuduhan alternatif kepada 3 pertuduhan utama kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM37 juta Dana PIB.
Wong Jit Kiang dikenakan pertuduhan kerana bersubahat dengan Ngu dalam kesemua pertuduhan tersebut.

 

Ngu Tieng Ung dan Wong Jit Kiang telah dikenakan pertuduhan pada 5 Mei 2005.

Wong Jit Kiang gagal hadir di mahkamah sejak 23 Mac 2009 dan pada 24 Mac 2010, Mahkamah Sesyen membenarkan pembatalan pertuduhan yang tidak dikira pembebasan terhadapnya. Waran tangkap masih berkuat kuasa terhadapnya.

Pada Oktober 2010, Ngu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan utama di bawah SIA dan dijatuhi hukuman satu hari penjara dan RM1 juta denda bagi setiap pertuduhan. Pada Ogos 2011 setelah merayu, Mahkamah Tinggi, mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman tersebut, dan menetapkan kes bagi perbicaraan semula ke Mahkamah Sesyen.

Perbicaraan semula terhadap Ngu bermula pada Januari 2012. Pada Ogos 2013, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ngu untuk membela diri atas pertuduhan alternatif kerana melakukan pecah amanah RM37 juta Dana PIB.

On 11 September 2015, Mahkamah Sesyen menyabitkan kesalahan pecah amanah Ngu di bawah seksyen 409 Kanun Jenayah dan menjatuhinya hukuman 6 tahun penjara dan RM1 juta denda, atau 2 tahun penjara.
Pada 5 Mei 2017, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan dan Ngu mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen. Rayuan silang Pihak Pendakwaan terhadap hukuman tersebut juga telah dibatalkan.
Pada 6 September 2018, Mahkamah Rayuan membatalkan Rayuan pihak Pendakawaan dan mengesahkan pembebasan Ngu.

 

6. Dagangan orang dalam Tan Bee Hong Tan BH dikenakan pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen188(2)(a) CMSA kerana didakwa telah menjual sebanyak 350,000 saham APL Industries Bhd (APLI) saham pada 31 Oktober 2007 ketika memiliki maklumat dalaman tersebut berhubung dengan pelarasan audit yang dicadangkan oleh juruaudit APLI yang menyebabkan APLI melaporkan kerugian yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir pada  30 Jun 2007, berbanding yang sebelum ini dilaporkan dalam keputusan suku tahun keempat bagi tahun kewangan yang sama dan APLI diklasifikasikan sebagai penerbit terkesan menurut Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005. Tan BH dituduh pada 15 Disember 2014. Pada 9 Ogos 2018, Tan BH telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan denda RM7 juta.
7. Dagangan orang dalam Tan Bee Geok Tan BG dikenakan pertuduhan di bawah seksyen188(3)(a) CMSA kerana memaklumkan kepada Tan Bee Hong antara 23 hingga 31 Oktober 2007 maklumat dalaman berhubung pelarasan audit yang dicadangkan oleh juruaudit APLI yang menyebabkan APLI melaporkan kerugian yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir pada  30 Jun 2007, berbanding yang sebelum ini dilaporkan dalam keputusan suku tahun keempat bagi tahun kewangan yang sama dan APLI diklasifikasikan sebagai penerbit terkesan menurut Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005. Tan BG dituduh pada 15 Disember 2014. Pada 9 Ogos 2018, Tan BG telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan RM7 juta denda.
8. Gagal hadir untuk bertemu Pegawai Penyiasat SC berhubung dengan suatu penyiasatan Chok Chew Lan ('Chok') Chok dikenakan 2 pertuduhan kerana gagal hadir untuk bertemu Pegawai Penyiasat SC untuk disiasat secara lisan pada 5 September 2017 dan 19 September 2017 di bawah seksyen 134(5) SCMA.

Chok dikenakan pertuduhan di Mahkamah Seysen Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2017.

Pada 30 Julai 2018, Chok mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM35,000 (atau 3 bulan penjara)  bagi setiap pertuduhan.

 

9. Tatalaku yang dilarang oleh individu yang memiliki  maklumat dalaman Dato' Lim Kim Chuan ("Lim KC")

Tay Hup Choon ("Tay HC")

Theng Boon Cheng ("Theng BC")

Lim KC dikenakan 11 pertuduhan di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA kerana memperoleh saham M3nergy Bhd (M3nergy) antara 6 Ogos 2008 hingga 11 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman. Lim KC merupakan CEO dan Pengarah Melewar Industry Group Bhd dan juga Pengarah M3nergy pada ketika itu.

Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan cadangan tawaran pengambilalihan oleh Melewar (BVI) Ltd (Melewar) to acquire M3nergy yang telah diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 12 September 2008. Saham tersebut diperolehi oleh Lim KC melalui akaun dagangan yang dimiliki oleh 2 individu lain.

Tay HC dikenakan pertuduhan 9 pertuduhan kerana bersubahat dengan Lim KC dalam melakukan kesalahan di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama dengan seksyen 188(2)(a) CMSA. Tay HC merupakan salah seorang pemegang akaun bagi akaun dagangan yang digunakan oleh Lim KC untuk memperoleh saham M3nergy. Tay ialah saudara ipar kepada Lim KC.

Theng BC dikenakan pertuduhan 11 pertuduhan kerana bersubahat dengan Lim KC dalam melakukan kesalahan di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama dengan seksyen 188(2)(a) CMSA. Theng BC merupakan remisier yang melaksanakan dagangan saham M3nergy bagi Lim KC.

 

Lim KC, Tay HC dan Theng BC dituduh di Mahkamah Sesyen pada 24 November 2015. Pada 30 April 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan daripada pertuduhan Lim KM, Tay HC dan Theng BC tanpa memanggil mereka untuk membela diri.

Pada 3 Mei 2018, Pihak Pendakwaaan menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

 

10. Pengemukaan maklumat mengelirukan kepada SC berhubung suatu cadangan Dato' Lim Kim Ming ("Lim KM")

Lim KM dikenakan pertuduhan telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama dengan seksyen 138(2) SCA apabila GP Ocean Food Bhd (GP Ocean) dikemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat mengelirukan kepada SC yang terkandung dalam:

  • Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan Teraudit Gropoint Fisheries Sdn Bhd pada 31 Januari 2006; dan
  • ‘Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan Teraudit Gropoint Seafood Industries Sdn Bhd pada 31 Januari 2006.

Gropoint Fisheries Sdn Bhd dan Gropoint Seafood Industries Sdn Bhd merupakan pada ketika itu subsidiari GP Ocean. Maklumat tersebut perlu dikemukakan kepada SC berhubung dengan cadangan penyenaraian GP Ocean di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

 

Lim KM dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen on 22 Mei 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskannya daripada pertuduhan.

Pihak Pendakwaan kemudian merayu kepada Mahkamah Tinggi, yang mana pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan tersebut dan memerintahkan Lim KM untuk membela diri atas pertuduhan ke atasnya.

Pada 28 Mac 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan Lim KM pada penghujung kes pihak Pembelaan.
Pada 9 April 2018, Pihak Pendakwaaan menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

 

11. Pengemukaan maklumat mengelirukan kepada SC berhubung suatu cadangan Lim Kim Hai ("Lim KH") Lim KH dikenakan pertuduhan telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama dengan seksyen 138(2) SCA apabila GP Ocean mengemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat mengelirukan kepada SC yang terkandung dalam Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan GP Ocean pada 31 Januari 2006. Maklumat ini dikehendaki untuk dikemukakan kepada SC berhubung dengan cadangan penyenaraian GP Ocean di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Lim KH dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen on 22 Mei 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskannya daripada pertuduhan. Pihak Pendakwaan kemudian merayu kepada Mahkamah Tinggi, yang mana pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan tersebut dan memerintahkan Lim KH untuk membela diri atas pertuduhan ke atasnya.

Pada 28 Mac 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan Lim KH pada akhir kes pihak Pembelaan.

Pada 9 April 2018, Pihak Pendakwaaan menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

 

12. Pengemukaan maklumat mengelirukan kepada SC berhubung suatu cadangan Lee Sin Teck ("Lee") Lee dikenakan pertuduhan telah melakukan kesalahan bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama dengan seksyen 138(2) SCA apabila GP Ocean dikemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat mengelirukan kepada SC yang terkandung dalam Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan GP Ocean pada 31 Januari 2006. Maklumat ini dikehendaki untuk dikemukakan kepada SC berhubung dengan cadangan penyenaraian GP Ocean di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Lee dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen on 18 April 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskannya daripada pertuduhan. Pihak Pendakwaan kemudian merayu kepada Mahkamah Tinggi, yang mana pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan tersebut dan memerintahkan Lee untuk membela diri atas pertuduhan ke atasnya.

Pada 28 Mac 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan Lee pada penghujung kes pihak Pembelaan.
Pada 9 April 2018, Pihak Pendakwaaan menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

 

13. Pengemukaan maklumat mengelirukan kepada SC berhubung suatu cadangan Tan Siok Wan ("Tan") Tan dikenakan pertuduhan telah melakukan kesalahan bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama dengan seksyen 138(2) SCA apabila GP Ocean dikemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat mengelirukan kepada SC  yang terkandung dalam senarai bertajuk “GP Ocean Food Bhd Group Top Ten Customer”. Maklumat ini perlu dikemukakan kepada SC berhubung cadangan penyenaraian GP Ocean di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Tan dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen on 18 April 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskannya daripada pertuduhan tersebut. Pihak Pendakwaan kemudian merayu kepada Mahkamah Tinggi, yang mana pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan tersebut dan memerintahkan Tan untuk membela diri terhadap pertuduhan ke atasnya.
Pada 28 Mac 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan Tan pada akhir kes pihak Pembelaan.

Pada 9 April 2018, Pihak Pendakwaaan menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

 

14. Pecah amanah
(seksyen 409 Kanun Jenayah)

 

Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram ('Alan Rajendram')

Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram, bekas pengarah LFE Corporation Bhd (LFE), dituduh pada 24 Jun 2010 dengan dua pertuduhan kerana pecah amanah (CBT) sebanyak RM18.99 juta. Pertuduhan bagi CBT tersebut sebelum ini dibicarakan bersama dengan empat lagi pertuduhan di bawah undang-undang sekuriti kerana mengemukakan maklumat palsu kepada bursa saham berhubung perbelanjaan operasi LFE di bawah seksyen 122B(b)(bb) SIA dan seksyen 369(b)(B) CMSA.

Bagi pertuduhan CBT, Alan Rajendram didakwa telah menggunakan dana sebanyak RM18.99 juta yang dimiliki oleh LFE yang sepatutnya digunakan untuk modal kerja subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh LFE, LFE International Limited. Sebaliknya, Alan Rajendram telah menggunakan dana tersebut untuk membiaya langganan saham peribadinya dalam LFE dan untuk membayar hutang korporatnya.

 

Pada 10 Mei 2012, Mahkamah Sesyen membebaskan Alan Rajendram daripada 2 pertuduhan CBT pada akhir kes Pihak Pendakwaan. Pihak Pendakwaan membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi. Pada 21 Januari 2016, Mahkamah Tinggi mengesahkan pembebasan tersebut dan Pihak Pendakwaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Pada 3 November 2016, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan tersebut dan memerintahkan Alan Rajendram untuk membela diri.
Pada 10 April 2018, Alan Rajendram mengaku bersalah terhadap pertuduhan CBT tersebut di Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman 3 tahun penjara.

 

15. Kenyataan mengelirukan berhubung dengan pembelian sekuriti
[seksyen 87A (c) SIA]

 

Wahid Ali Kassim Ali Wahid Ali, pengarah Aiwanna Manage Assets Sdn Bhd (Aiwanna) dituduh pada 10 Oktober 2005 dengan tiga kesalahan kerana menggugurkan fakta material berhubung pelanggan pelaburan Aiwanna, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) di mana fakta material yang perlu untuk menyediakan penyata akaun yang dikeluarkan kepada EPIC, tidak mengelirukan.

Mahkamah Tinggi pada 14 Januari 2013 membatalkan rayuan Wahid Ali terhadap sabitan beliau dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Jun 2009. Wahid Ali kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Pada 14 Mei 2015, Mahkamah Rayuan merujuk kes tersebut kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran semula rayuan tersebut.

Pada 27 Mei 2016 pada pendengaran semula rayuan, Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan kesalahan bagi semua 3 pertuduhan. Bagi setiap pertuduhan, dia dijatuhi hukuman satu tahun penjara dan denda sebanyak RM1 juta (atau  sejumlah RM3 juta denda, 1 tahun penjara). Hukuman penjara diperintah agar dijalankan serentak. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Wahid Ali untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Pada 13 April 2018, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Wahid Ali dan mengetepikan sabitan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

 

16. Dagangan orang dalam Goh Keng Huat Goh dikenakan pertuduhan 10 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 89E(2)(a) SIA. Dia didakwa telah memperoleh 851,600 unit Road Builder Holdings (M) Bhd (RBH) saham melalui akaun Wee Siew Ling antara 4 September 2006 dan 16 Oktober 2006 ketika memiliki maklumat dalaman tersebut. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan yang berkaitan dengan cadangan pemerolehan kesemua aset dan liabiliti RBH oleh IJM Corporation Bhd bagi jumlah pembayaran bagi pembelian kira-kira RM1.56 bilion. Pada 10 April 2018, Goh mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut susulan tawaran pengakuan bersalah di bawah seksyen 172C CPC. Sembilan daripada baki pertuduhan telah dipertimbangkan oleh Mahkamah.
Goh dijatuhi hukuman 6 bulan penjara dan denda sebanyak RM1 juta, atau 6 bulan penjara.

 

17. Dagangan orang dalam Wee Siew Ling Wee dikenakan pertuduhan 10 counts di bawah seksyen 122C(c) yang dibaca bersama dengan seksyen 89E(2)(a) SIA kerana bersubahat dengan Goh Keng Huat dalam memperoleh 851,600 unit saham Road Builder Holdings (M) Bhd (RBH) melalui akaun Wee antara 4 September 2006 dan 16 Oktober 2006 ketika Goh mempunyai maklumat dalaman. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan yang berkaitan dengan cadangan pemerolehan kesemua aset dan liabiliti RBH oleh IJM Corporation Bhd bagi jumlah pembayaran bagi pembelian kira-kira RM1.56 bilion. Pada 10 April 2018, kesemua pertuduhan terhadap Wee telah ditarik balik susulan pengakuan bersalah oleh Goh.
18. Dengan sengaja membenarkan pengemukaan maklumat palsu kepada bursa saham Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram

('Alan Rajendram')

Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram, bekas pengarah LFE Corporation Bhd (LFE), dituduh pada 24 Jun 2010 dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 122B(b)(bb) SIA dan dua pertuduhan di bawah seksyen 369(b)(B) CMSA 2007 kerana dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata palsu oleh LFE kepada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung keputusan kewangan tidak teraudit LFE bagi semua empat suku tahun bagi tahun kewangannya yang berakhir 31 Disember 2007. Penyata palsu tersebut adalah berhubung pembelian yang direka sebanyak  RM119 juta oleh LFE International Ltd, subsidiari LFE.

Pada 10 Oktober 2012, Mahkamah Sesyen menyabitkan kesalahan Alan Rajendram atas kesemua empat pertuduhan dan dia dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda sebanyak RM300,000 bagi setiap pertuduhan. Hukuman penjara dijalankan serentak.

Pada 28 November 2016, rayuan Alan Rajendram terhadap sabitan dan hukumannya telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi yang mana selepas itu dia menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Pada 23 Mac 2018, Mahkamah Rayuan membatalkan rayuannya dan Alan Rajendram diperintahkan untuk menjalani hukumannya serta-merta.

19. Terlibat dalam tindakan yang dijalankan secara penipuan  berhubung dengan pembelian sekuriti Ismail bin Basir Ismail dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 87A(b) SIA dan seksyen 179(b) CMSA. Antara Ogos 2007 dan November 2008, Ismail didakwa menipu dalam jumlah sebanyak RM350,000 daripada Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Proton Bhd (KOPRO) berhubung dengan pembelian saham Proton Holdings Bhd. Ismail juga didakwa telah memaklumkan kepada KOPRO bahawa dia seorang remisier, walhal sebenarnya dia tidak pernah dilesenkan oleh SC. Ismail dituduh pada 16 Januari 2018. Pada 28 Februari 2018, Ismail mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dana dijatuhi hukuman 1 tahun penjara & denda sebanyak RM1 juta (atau 6 bulan penjara) bagi setiap pertuduhan. Hukuman penjara dijalankan serentak.
20.
  • Menyamar sebagai wakil berhubung aktiviti yang dikawal selia, iaitu berdagang dalam kontrak niaga hadapan tanpa memegang Lesen wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL).
  • Menjalankan perniagaan dalam aktiviti yang dikawal selia, iaitu menjalankan dagangan niaga hadapan tanpa memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL).
Zamani bin Hamdan

Pada 28 Oktober 2011, Zamani dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 59(1) CMSA kerana menyamar sebagai wakil pemegang CMSL untuk menjalankan dagangan kontrak niaga hadapan, tanpa CMSRL. Zamani juga dikenakan pertuduhan alternatif kerana menjalankan perniagaan dagangan kontrak niaga hadapaan tanpan memegang CMSL, melalui Rantau Simfoni Sdn Bhd (Rantau Simfoni), satu kesalahan di bawah seksyen 58(1) CMSA, yang dibaca bersama dengan seksyen 367(1).

Zamani, pada ketika itu pengarah Rantau Simfoni.

 

Pada 30 April 2013, Zamani telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan alternatif kerana menjalankan perniagaan dagangan kontrak niaga hadapan tanpa CMSL melalui syarikatnya, Rantau Simfoni. Mahkamah Sesyen menjatuhinya hukuman denda sebanyak RM1 juta (atau, 1 tahun penjara).

Zamani telah menfailkan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman tersebut on 2 Mei 2013 manakala Pihak Pendakwaan menfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut pada 8 Mei 2013.

Pada 19 Januari 2017, Mahkamah Tinggi membatalkan rayuan Zamani terhadap sabitan ke atasnya. Mahkamah Tinggi kemudian melanjutkan hukuman dengan menambah hukuman penjara selama 2 bulan dan mengurangkan denda kepada RM215,000 (atau empat bulan penjara).
SC menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan pada 2 Februari 2017 terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 30 Januari 2018, Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan terhadap hukuman tersebut  kerana notis perdengaran tidak dapat disampaikan kepada Zamani walaupun SC telah mengambil pelbagai usaha untuk menjejakinya.  

 

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup