Kemas Kini Pendakwaan Jenayah pada 2021
Permulaan Tindakan Perampasan
No. Jenis Kesalahan Responden Fakta Kes Keputusan Kes
Memfail Permohonan Perampasan
1. Pengubahan wang haram
  • Havana Bayview Sdn Bhd (No. Syarikat 1091507-M)
  •  Wong Shee Kai (No. KP 811212-14-5957)

Pendakwa Raya memulakan permohonan jenayah di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (“AMLATFPUAA”) untuk memperoleh kembali hartanah yang dikenali sebagai Hakmilik Induk/Lot Gran 704444, No. Lot 230, Seksyen 58, Bandar dan Daerah Kuala Lumpur dan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No. Parcel 62-2 Four Seasons Private Residences Kuala Lumpur, yang beralamat pos Unit No. 62-2, Four Seasons Place Kuala Lumpur, No. 145 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, yang dimiliki oleh Responden pertama, Havana Bayview Sdn Bhd (No syarikat 1091507-M).

Di samping itu, permohonan juga dibuat untuk memperoleh kembali wang sebanyak RM445,039.28 di dalam akaun Responden kedua, Wong Shee Kai, di HSBC Bank Bhd Cawangan Damansara Heights dengan nombor akaun 359-147998-108.

Perintah juga dipohon di bawah Seksyen 63 dan 64 AMLATFPUAA bahawa Wong Shee Kai telah  melarikan diri.

Notis usul dan afidavit sokongan yang berkaitan difailkan pada 3 Mei 2021.
No. Jenis Kesalahan Pesalah Fakta Kes  Keputusan Kes
Keputusan Perbicaraan dan Rayuan Jenayah
1.  Gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasat SC berhubung satu siasatan. Ong Kar Kian

Ong Kar Kian (“Ong”) didakwa atas 3 pertuduhan kerana tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasat SC pada 2018.  Perintah tersebut mengkehendaki beliau hadir di hadapan Pegawai Penyiasat agar keterangannya direkodkan di bawah seksyen 32(8)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Ong yang merupakan akauntan Kumpulan Asia Media Group Bhd dikehendaki oleh Pendakwa Raya untuk membantu siasatan yang sedang berjalan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan AMLATFPUAA.

Ong didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Februari 2020.
Pada 10 Disember 2020, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan Ong ke atas kesemua 3 pertuduhan dan menjatuhkan hukuman berikut:

  • Denda RM75,000 (iaitu RM25,000 bagi setiap pertuduhan atau 3 bulan penjara bagi setiap pertuduhan) dan penjara 1 hari bagi setiap pertuduhan; dan
  • Denda harian sebanyak RM1,500 bagi 673 hari yang beliau gagal menghadirkan diri di hadapan Pegawai Penyiasat Pendakwa Raya, berjumlah RM1,009,500 (atau 7 bulan penjara).

Keseluruhannya, Ong dikehendaki membayar denda berjumlah RM1,084,500. Hukuman penjara bagi Ong dijalankan serentak.

Pada 17 Disember 2020, Ong memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dan sabitannya bersama permohonan untuk menangguhkan pembayaran dendanya sementara menunggu keputusan rayuannya. 

Pada 8 Januari 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ong untuk menangguhkan pembayaran dan memerintahkan Ong untuk membayar denda yang ditetapkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan.

Pada 23 Disember 2021, Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan dan hukuman terhadap Ong di atas kesemua 3 pertuduhan tetapi mengetepikan denda harian sebanyak RM1,500 untuk 673 hari, (berjumlah RM1,009,500.

Pada 5 Januari 2022, AGC memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan denda harian yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen. 

2. Dagangan orang dalam
  • Tan Swee Hock
  • Chan Sze Yeng
  • Cheng Seng Chow

Tan Swee Hock didakwa atas 28 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Beliau didakwa telah memperoleh 632,700 saham Transocean Holdings Bhd (THB) antara 20 Ogos 2009 dan 6 November 2009 ketika memiliki maklumat material bukan awam berkaitan dengan cadangan tawaran pengambilalihan saham THB oleh Kumpulan Kenderaan Malaysia Bhd (maklumat dalaman).

Chan Sze Yeng didakwa di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama seksyen 188(2)(a) CMSA dengan 15 pertuduhan bersubahat dengan Tan Swee Hock untuk memperoleh 379,100 saham THB antara 9 September 2009 dan 6 November 2009 ketika memiliki maklumat dalaman tersebut.

Cheng Seng Chow didakwa di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama seksyen 188(2)(a) CMSA dengan 15 pertuduhan bersubahat dengan Tan Swee Hock untuk memperoleh 379,100 saham THB antara 9 September 2009 dan  6 November 2009 ketika memiliki maklumat dalaman tersebut.

Ketiga-tiga Pesalah didakwa pada 8 Disember 2015.

Pada 6 Disember 2021, pertuduhan dagangan orang dalam terhadap Tan Swee Hock, Chan Sze Yeng dan Cheng Seng Chow (tiga Pesalah) telah ditamatkan oleh SC. Ini berikutan penghakiman persetujuan di antara SC dan tiga Pesalah tersebut yang diputuskan di Mahkamah Tinggi sivil pada 26 Oktober 2021. Kesemua tiga Pesalah kemudiannya dibebaskan dan dilepaskan dari semua pertuduhan oleh mahkamah. 

Butiran mengenai penghakiman persetujuan tersebut boleh didapati di:

https://www.sc.com.my/bm/kawal-selia/penguatkuasaan/tindakan/kemas-kini-pendakwaan-jenayah-pada-2021

 

3. Dagangan orang dalam Thai Kim Sim (“Thai”) Thai didakwa di bawah seksyen 188(3)(a) CMSA atas pertuduhan memaklumkan maklumat material bukan awam kepada Tiong Kiong Choon antara 26 Oktober 2007 dan 29 Oktober 2007. Maklumat material bukan awam tersebut adalah berkaitan dengan pengubahsuaian audit yang telah dicadangkan oleh juruaudit APL Industries (APLI) yang akan menyebabkan APLI melaporkan kerugian yang lebih tinggi untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007 berbanding dengan laporan suku keempat yang tidak diaudit untuk tahun kewangan yang sama dan akan menyebabkan APLI diklasifikasikan sebagai penerbit yang terjejas menurut Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005.

Thai didakwa pada 15 Disember 2014.

Pada 24 November 2017, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan Thai dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda RM5 Juta.

Pada 29 September 2020, Mahkamah Tinggi membenarkan  rayuan Thai terhadap sabitan dan hukumannya.

Pada 2 Oktober 2020, AGC telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 9 November 2021, AGC menarik balik rayuan tersebut.

4. Dagangan orang dalam Tiong Kiong Choon (“Tiong”) Tiong KC didakwa dengan 2 pertuduhan di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA atas kesalahan memperoleh sejumlah 6,208,500 saham APL Industries (APLI) pada 26 Oktober 2007 dan 29 Oktober 2007 ketika memiliki maklumat dalaman. Maklumat material bukan awam tersebut adalah berkaitan dengan pengubahsuaian audit yang dicadangkan oleh juruaudit APLI yang akan mengakibatkan APLI melaporkan kerugian yang lebih tinggi untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007 berbanding dengan laporan suku keempat yang tidak diaudit sebelumnya untuk tahun kewangan yang sama dan APLI akan diklasifikasikan sebagai penerbit yang terjejas menurut Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005.

Tiong didakwa pada 15 Disember 2014.

Pada 24 November 2017, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan Tiong dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda RM5 Juta bagi setiap pertuduhan.

Pada 29 September 2020, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Tiong terhadap sabitan dan hukumannya.

Pada 2 Oktober 2020 AGC memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. 

Pada 9 November 2021, AGC menarik balik rayuan tersebut.

 5.  Dagangan orang dalam Dato’ Sreesanthan a/l Eliathamby (Sreesanthan)

Pada 20 Julai 2012, Sreesanthan dikenakan pertuduhan atas tujuh kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan seksyen 89E(2)(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA). Dia didakwa telah menjalankan dagangan dalam saham empat syarikat awam tersenarai ketika memiliki maklumat dalaman berkaitan pelbagai pelaksanaan korporat, yang butirannya dinyatakan di bawah:

  • Pemerolehan saham Sime Darby Bhd ketika memiliki memiliki maklumat mengenai cadangan pemerolehan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope oleh Synergy Drive.
  • Pemerolehan saham Maxis Communication Bhd ketika memiliki maklumat cadangan penswastaan Maxis.
  • Pemerolehan saham UEM World Bhd ketika memiliki maklumat pelaksanaan penstrukturan semula korporat kumpulan UEM.
  • Pemerolehan saham VADS Bhd ketika memiliki maklumat cadangan penswastaan VADS.

 

Pertuduhan dagangan orang dalam bagi saham Sime Darby Bhd
Pada 11 Januari 2021, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan Sreesanthan pada akhir kes pendakwaan.

Pada 22 Januari 2021, Pendakwa Raya memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Pada 20 Oktober 2021, Pendakwa Raya menarik balik rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan dagangan orang dalam bagi saham Maxis Communications Bhd
Pada 20 Oktober 2021, Pendakwa Raya menarik balik pertuduhan terhadap Sreesanthan.

Pertuduhan dagangan orang dalam bagi saham UEM World Bhd
Pada 20 Oktober 2021, Pendakwa Raya menarik balik pertuduhan terhadap Sreesanthan.

Pertuduhan dagangan orang dalam bagi saham VADS Bhd
Pada 20 Oktober 2021, Pendakwa Raya menarik balik pertuduhan terhadap Sreesanthan.

Rayuan jenayah dan pertuduhan jenayah ditarik balik lanjutan daripada Persetujuan Penyelesaian Kawal Selia antara Sreesanthan dan SC pada 13 Oktober 2021. Butiran mengenai penyelesaian kawal selia tersebut boleh didapati di:

https://www.sc.com.my/bm/kawal-selia/penguatkuasaan/tindakan/tindakan-sivil-pada-2021

 

 

6. Dengan niat menipu, mengemukakan penyata mengelirukan kepada Bursa Malaysia Gan Boon Aun (Gan)

Gan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Transmile Group Bhd (Transmile) didakwa atas kesalahan bersubahat dengan Transmile dengan mengemukakan penyata mengelirukan berkaitan dengan pendapatan Transmile dalam Laporan Suku Tahunan syarikat mengenai Hasil Digabungkan yang Tidak Diaudit untuk Tahun Kewangan berakhir pada 31 Disember 2006 yang berkemungkinan besar adalah untuk mempengaruhi pembelian saham Transmile, suatu kesalahan di bawah seksyen 86(b) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C (c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA).

Gan juga didakwa atas pertuduhan alternatif, mengemukakan penyata mengelirukan kepada Bursa Malaysia dalam penyata kewangan yang sama, suatu kesalahan di bawah seksyen 122B(a)(bb) yang dibaca bersama dengan 122(1) SIA

Pada 12 Julai 2007, Gan didakwa atas pertuduhan utama di bawah seksyen 86(b) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) SIA.

Pada 26 Mei 2008, Gan menghadapi pertuduhan alternatif di bawah seksyen 122B(a)(bb) yang dibaca bersama dengan seksyen 122(1) SIA.

Perbicaraan dimulakan pada 22 Julai 2010 dan Pendakwaan menutup kes pada 28 Januari 2011 setelah memanggil 42 saksi.

Pada 16 Mac 2011, Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa Pendakwaan telah membuktikan kes prima facie dan memerintahkan Gan untuk membela diri terhadap pertuduhan alternatif.

Pada hari sebelum perbicaraan kes pembelaan, Gan memfailkan permohonan di bawah seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 ("CJA") untuk mencabar konstitusi seksyen 122 (1) SIA.

Pada 15 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa seksyen 122 (1) SIA adalah berperlembagaan dan memerintahkan agar kes itu diserahkan kepada Mahkamah Sesyen untuk memulakan kes pembelaan Selepas itu pada 27 April 2017, Gan mengemukakan permohonan di bawah peraturan 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 untuk menyemak dan mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 15 Mac 2017. Pada 21 Jun 2017, permohonan Gan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada hari sebelum perbicaraan kes pembelaan, Gan membuat permohonan lain yang serupa di bawah seksyen 30 CJA di Mahkamah Sesyen tetapi sekali lagi tidak berjaya.

Pada 6 Disember 2017, Gan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi dan pada masa yang sama mengemukakan usul untuk semakan ke Mahkamah Tinggi pada 15 Disember 2017.

Pada 15 Januari 2018, Mahkamah Tinggi menolak usul semakan Gan.  Pada hari yang sama, Gan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Rayuan Gan di Mahkamah Tinggi ditolak pada 17 Mei 2018 setelah Pendakwaan berjaya mengemukakan bantahan awal.

Pada 18 Mei 2018, Mahkamah Rayuan membenarkan bantahan awal pendakwaan dan menolak rayuan Gan. Mahkamah Rayuan memerintahkan agar kes pembelaan dimulakan.

Kes pembelaan akhirnya dimulakan pada bulan Julai 2018 dan pada 14 Februari 2020, pihak pembelaan menutup kesnya tanpa memanggil saksi lain.

Pada 27 Ogos 2020, Gan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan alternatif. Gan dijatuhkan hukuman denda RM2.5 juta (atau 18 bulan penjara) dan penjara 1 hari.

SC telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, sementara Gan memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

Pada 18 Oktober 2021 Mahkamah Tinggi menolak rayuan Gan terhadap sabitan. 

Rayuan SC terhadap hukuman masih lagi berjalan.

7. Aktiviti terlarang individu yang memiliki maklumat dalaman
  • Dato’ Lim Kim Chuan (“Lim KC”)
  • Tay Hup Choon (“Tay HC”)
  • Theng Boon Cheng (“Theng BC”)

Lim KC didakwa dengan 11 pertuduhan di bawah seksyen 188 (2)(a) CMSA kerana memperoleh saham M3nergy Bhd (M3nergy) antara 6 Ogos 2008 hingga 11 September 2008 ketika memiliki maklumat dalaman. Lim KC merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Melewar Industry Group Bhd dan juga merupakan Pengarah M3nergy pada ketika itu.

Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan tawaran pengambilalihan yang dicadangkan oleh Melewar (BVI) Ltd (Melewar) untuk memperoleh M3nergy yang diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 12 September 2008. Saham tersebut diperoleh oleh Lim KC melalui akaun dagangan milik 2 individu yang lain.

Tay HC didakwa dengan 9 pertuduhan bersubahat dengan Lim KC dalam melakukan kesalahan di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama dengan seksyen 188 (2)(a) CMSA. Tay HC adalah salah seorang pemegang akaun dagangan yang digunakan oleh Lim KC untuk memperoleh saham M3nergy. Tay adalah abang ipar Lim KC.

Theng BC didakwa dengan 11 pertuduhan bersubahat dengan Lim KC dalam melakukan kesalahan di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama dengan seksyen 188(2)(a) CMSA. Theng BC adalah remisier yang menjalankan dagangan saham M3nergy untuk Lim KC.

Lim KC, Tay HC dan Theng BC didakwa di Mahkamah Sesyen pada 24 November 2015. Pada 30 April 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan Lim KM, Tay HC dan Theng BC tanpa menuntut pembelaan.

Pada 3 Mei 2018, Pendakwaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

Pada 7 Julai 2020, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan itu dan mengetepikan perintah pembebasan dan meminta ketiga-tiga tertuduh membela diri. Kes pembelaan akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen yang sama.

Tuduhan terhadap Lim KC, Tay HC dan Theng BC ditamatkan oleh SC pada 26 Julai 2021 berikutan penghakiman persetujuan antara ketiga-tiga orang tertuduh dan SC pada 28 April 2021.

Butiran mengenai penghakiman persetujuan tersebut boleh didapati di:

https://www.sc.com.my/bm/kawal-selia/penguatkuasaan/tindakan/tindakan-sivil-pada-2021

 

8.

Dagangan orang dalam

Sreesanthan A/L Eliathamby

Sreesanthan dikenakan pertuduhan atas tujuh kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan seksyen 89E(2)(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA). Dia didakwa telah menjalankan dagangan dalam saham empat syarikat awam tersenarai ketika memiliki maklumat dalaman berkaitan pelbagai pelaksanaan korporat, yang butirannya dinyatakan di bawah:

  • Sime Darby Bhd ketika memiliki maklumat mengenai cadangan pemerolehan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope oleh Synergy Drive.
  • Maxis Communication Bhd ketika memiliki maklumat cadangan penswastaan Maxis.
  • UEM World Bhd ketika memiliki maklumat pelaksanaan penstrukturan semula korporat kumpulan UEM.

VADS Bhd ketika memiliki maklumat cadangan penswastaan VADS.

Dalam salah satu tindakan jenayah terhadap Sreesanthan, pada 20 Julai 2012 beliau didakwa dengan 3 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 89E(2)(a) SIA kerana menjalankan dagangan saham Sime Darby Bhd ketika memiliki maklumat mengenai cadangan pemerolehan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope oleh Synergy Drive.

Pada 11 Januari 2021, Mahkamah Sesyen membebas dan melepaskan Sreesanthan pada akhir kes pendakwaan.

Pada 22 Januari 2021, Pendakwa Raya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Mahkamah Tinggi. 

9. Dagangan orang dalam Ewe Lay Peng

Pada 29.3.2017, Ewe Lay Peng telah didakwa di bawah seksyen 188 CMSA berkaitan dengan cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat oleh OSPL Holdings Sdn Bhd (OHSB) untuk memperoleh semua saham mengundi dalam PacificMas yang belum dimiliki oleh OHSB. 

Pada 14 Julai 2021, pertuduhan utama dan alternatif dagangan orang dalam terhadap Ewe Lay Peng ditarik balik berikutan daripada penghakiman persetujuan di Mahkamah Sesyen sivil dengan Ewe Lay Peng pada 24 Mei 2021.

Butiran mengenai penghakiman persetujuan tersebut boleh didapati di: 

https://www.sc.com.my/bm/kawal-selia/penguatkuasaan/tindakan/tindakan-sivil-pada-2021

10. Dagangan orang dalam Ramesh a/l Rajaratnam

Ramesh didakwa dengan 3 kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA). Beliau didakwa menjual sebanyak 10,200,800 saham Malaysian Merchant Marine Bhd (MMM) pada 11 Januari 2010, 19 Februari 2010 dan 22 Februari 2010 ketika memiliki maklumat dalaman berkaitan dengan:

  • Cadangan oleh Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) untuk menurunkan penarafan kredit Hutang Sekuriti Islam Al-Bai’ Bithaman Ajil (BaIDS) RM120 juta milik MMM  dari gred pelaburan kepada gred bukan pelaburan; dan

  • Klasifikasi MMM sebagai syarikat PN17.

Ramesh didakwa pada 29 April 2015 dengan tiga pertuduhan dagangan orang dalam.

Pada 11 September 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Ramesh bersalah di atas semua pertuduhan.  Ramesh dikenakan hukuman penjara 5 tahun dan denda sebanyak RM3 juta (atau 3 tahun penjara) bagi setiap pertuduhan. Hukuman penjara berjalan serentak.

Pada 20 Mei 2021, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Ramesh dan mengetepikan sabitan dan hukumannya. 

Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan.

11. Bersubahat dengan United U-Li Corporation Bhd (“U-Li”) mengemukakan penyata mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Yue Chi Kin

Yue Chi Kin (“Yue”) didakwa di bawah seksyen 122B (b)(bb) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) Akta Industri Sekuriti 1983 kerana bersubahat dengan U-Li dalam mengemukakan penyata mengelirukan kepada Bursa Malaysia dalam Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004.

Yue pada ketika itu merupakan rakan kongsi audit Messrs Roger Yue, Tan & Associates yang mengaudit keputusan kewangan U-Li bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004.

Yue didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 April 2009.

Pada 9 Januari 2014, Mahkamah Sesyen mengarahkan Yue untuk membela diri terhadap pertuduhan ke atasnya.

Pada 21 Oktober 2015, Mahkamah Sesyen memutuskan Yue bersalah di bawah seksyen 122B (b)(bb) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) Akta Industri Sekuriti 1983 dan menjatuhkan hukuman penjara satu tahun dan denda RM400,000 (atau 6 bulan penjara).

Pada 10 Mac 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Yue dan mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen.

Pendakwa Raya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan pada 25 Mac 2019.

Pada 19 April 2021, Pendakwa Raya menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan.

12. Dagangan orang dalam Fang Siew Yee

Fang Siew Yee (Fang), bekas Pengarah Eksekutif Three-A Resources Bhd (3A), didakwa di bawah seksyen 188(3)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan  2007 (CMSA) kerana memaklumkan maklumat material bukan awam kepada Fong Chiew Hean pada 5 September 2009.

Maklumat material bukan awam tersebut adalah berkaitan dengan usaha niaga kolektif di antara 3A dan Wilmar International Limited (Wilmar) yang kemudian dilaksanakan melalui penempatan tertutup 20% modal saham terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar.

Fang didakwa pada 25 Oktober 2016.

Pada 23 Mac 2021, Fang mengaku bersalah terhadap pertuduhan. Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan Fang dan menjatuhkan hukuman 1 hari penjara dan denda RM2.5 juta.

13. Dagangan orang dalam Fang Siew Yee

Fang Siew Yee (Fang), bekas Pengarah Eksekutif Three-A Resources Bhd (3A), didakwa dengan 8 pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan  2007 (CMSA) kerana memperoleh 2,720,000 unit saham 3A di antara 27 Ogos 2009 dan 5 Oktober 2009 ketika memiliki maklumat material bukan awam. 

Maklumat material bukan awam tersebut adalah berkaitan dengan usaha niaga kolektif di antara 3A dan Wilmar International Limited (Wilmar) yang kemudian dilaksanakan melalui penempatan tertutup 20% modal saham terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar.

Fang didakwa pada 25 Oktober 2016.

Pada 23 Mac 2021, Fang mengaku bersalah terhadap kesemua 8 pertuduhan. Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan Fang bagi 8 pertuduhan tersebut dan  menjatuhkan hukuman 1 hari penjara dan denda RM2.5 juta bagi pertuduhan pertama.

Tujuh pertuduhan yang lain dipertimbangkan oleh Mahkamah Sesyen di bawah seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah ketika hukuman dijatuhkan.

14. Gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasat Pendakwa Raya berhubung satu siasatan. Ong Kar Kian

Ong Kar Kian (“Ong”) didakwa atas 3 pertuduhan kerana tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasat SC pada 2018.  Perintah tersebut mengkehendaki beliau hadir di hadapan Pegawai Penyiasat agar keterangannya direkodkan di bawah seksyen 32(8)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Ong yang merupakan akauntan Kumpulan Asia Media Group Bhd dikehendaki oleh Pendakwa Raya untuk membantu siasatan yang sedang berjalan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan AMLATFPUAA.


Ong didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Februari 2020.

Pada 10 Disember 2020, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan Ong ke atas kesemua 3 pertuduhan dan menjatuhkan hukuman berikut:

  •  Denda RM75,000 (iaitu RM25,000 bagi setiap pertuduhan atau 3 bulan penjara bagi setiap pertuduhan) dan penjara 1 hari bagi setiap pertuduhan; dan

  • Denda harian sebanyak RM1,500 bagi 673 hari yang beliau gagal menghadirkan diri di hadapan Pegawai Penyiasat Pendakwa Raya, berjumlah RM1,009,500 (atau 7 bulan penjara).

Keseluruhannya, Ong dikehendaki membayar denda berjumlah RM1,084,500. Hukuman penjara bagi Ong dijalankan serentak.

Pada 17 Disember 2020, Ong memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dan sabitannya bersama permohonan untuk menangguhkan pembayaran dendanya sementara menunggu keputusan rayuannya. 

Pada 8 Januari 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ong untuk menangguhkan pembayaran dan memerintahkan Ong untuk membayar denda yang ditetapkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan.

Perbicaraan rayuan Ong di Mahkamah Tinggi telah ditetapkan pada 23 Februari 2021.

No. Jenis Kesalahan  Pesalah Fakta Kes Tarikh Pertuduhan
Pendakwaan Jenayah Dimulakan – Individu yang Didakwa
1. Dengan niat menipu, mengemukakan penyataan palsu kepada Bursa Malaysia Mohd Abdul Karim bin Abdullah

Mohd Abdul Karim bin Abdullah didakwa mengemukakan penyataan palsu berhubung dengan pendapatan Serba Dinamik kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pertuduhan tersebut yang dipilih di bawah seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) adalah berhubung dengan Laporan Suku Tahunan Serba Dinamik mengenai Keputusan Digabungkankan bagi Suku Tahun dan Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Mohd Karim, yang merupakan pengarah Serba Dinamik Holdings Bhd, ketika kesalahan tersebut dilakukan, dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 369(a)(B) yang dibaca bersama dengan seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 369 Akta yang sama.

Mohd Karim didakwa pada 29 Disember 2021 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 
2. Pemalsuan rekod Muhammad Hafiz bin Othman Muhammad Hafiz bin Othman didakwa kerana memalsukan maklumat Serba Dinamik Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Serba Dinamik Holdings Bhd. Muhammad Hafiz didakwa telah mengarahkan penyediaan dokumen palsu berkaitan dengan jualan  Serba Dinamik Sdn Bhd di mana maklumat dalam dokumentasi palsu tersebut dicatatkan dalam rekod perakauanan Serba Dinamik Sdn Bhd. Pertuduhan yang dipilih adalah berkaitan dengan seksyen 368(1)(b)(i) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 368(2)  Akta yang sama. 

Muhammad Hafiz bin Othman didakwa pada 29 Disember 2021 di Mahkamah Sesyen Shah Alam. 
3.  Dengan niat menipu, mengemukakan penyataan palsu kepada Bursa Malaysia Serba Dinamik Holdings Berhad (“Serba Dinamik”)

Serba Dinamik didakwa mengemukakan penyataan palsu berhubung dengan pendapatan Serba Dinamik kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pertuduhan tersebut yang dipilih di bawah seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) adalah berhubung dengan Laporan Suku Tahunan Serba Dinamik mengenai Keputusan Digabungkan bagi Suku Tahun dan Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Serba Dinamik didakwa pada 28 Disember 2021 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 
4. Dengan niat menipu, mengemukakan penyataan palsu kepada Bursa Malaysia Syed Nazim bin Syed Faisal

Syed Nazim bin Syed Faisal didakwa mengemukakan penyataan palsu berhubung dengan pendapatan Serba Dinamik kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pertuduhan tersebut yang dipilih di bawah seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) adalah berhubung dengan Laporan Suku Tahunan Serba Dinamik mengenai Keputusan Digabungkankan bagi Suku Tahun dan Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Syed Nazim, yang merupakan pengarah Serba Dinamik Holdings Bhd, ketika kesalahan tersebut dilakukan, dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 369(a)(B) yang dibaca bersama dengan seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 369 Akta yang sama.

Syed Nazim bin Syed Faisal didakwa pada 28 Disember 2021 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 
5. Dengan niat menipu, mengemukakan penyataan palsu kepada Bursa Malaysia Azhan Bin Azmi

Azhan Bin Azmi didakwa mengemukakan penyataan palsu berhubung dengan pendapatan Serba Dinamik kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pertuduhan tersebut yang dipilih di bawah seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) adalah berhubung dengan Laporan Suku Tahunan Serba Dinamik mengenai Keputusan Digabungkankan bagi Suku Tahun dan Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Azhan bin Azmi, yang merupakan pegawai Serba Dinamik Holdings Bhd, ketika kesalahan tersebut dilakukan, dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 369(a)(B) yang dibaca bersama dengan seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 369 Akta yang sama. 

Azhan Bin Azmi didakwa pada 28 Disember 2021 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 
6. Dengan niat menipu, mengemukakan penyataan palsu kepada Bursa Malaysia Muhammad Hafiz bin Othman

Muhammad Hafiz bin Othman didakwa mengemukakan penyataan palsu berhubung dengan pendapatan Serba Dinamik kepada Bursa Malaysia Securities Bhd. Pertuduhan tersebut yang dipilih di bawah seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) adalah berhubung dengan Laporan Suku Tahunan Serba Dinamik mengenai Keputusan Digabungkankan bagi Suku Tahun dan Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Muhammad Hafiz, yang merupakan pegawai Serba Dinamik Holdings Bhd, ketika kesalahan tersebut dilakukan, dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 369(a)(B) yang dibaca bersama dengan seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 369 Akta yang sama.

Muhammad Hafiz bin Othman didakwa pada 28 Disember 2021 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.  
7. Dengan sengaja menyebabkan pengemukaan penyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd Ong Kar Kian

Ong Kar Kian didakwa dengan satu pertuduhan dengan sengaja menyebabkan pengemukaan penyataan palsu berhubung dnegan pendapatan Asia Media Group Bhd (“Asia Media”) kepada Bursa Malaysia Securities Bhd. Pertuduhan tersebut yang dipilih di bawah seksyen 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) yang dibaca bersama dengan seksyen 367(1) CMSA adalah berkaitan dengan penyataan palsu yang terkandung dalam Lapuran Suku Tahunan Asia Media mengenai Keputusan Digabungkankan bagi Suku Tahun Keempat Berakhir 31 Disember 2015.

Ong Kar Kian didakwa pada 30 September 2021 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
8. Bertindak sebagai pengurus dana tanpa lesen.

Uzir Bin Abdul Samad
(“Uzir”)

Uzir bekas pengarah UAS Management Bistari Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana bertindak sebagai pengurus dana walhal dia tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana yang dikawal selia.

Uzir juga didakwa melakukan dua kesalahan di bawah seksyen 362(3) CMSA kerana menggunakan gelaran "Pengurus Dana" dan "pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal Suruhanjaya Sekuriti (CMSRL)", untuk mewujudkan kepercayaan bahawa dia memiliki lesen untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana.

Uzir didakwa pada 24 Mac 2021 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. 
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup